Monday, July 4, 2016

Hikmah Zakat

Zakat rukun Islam yang wajib bagi setiap umat Islam. Pada bulan Ramadhan ada zakat fitrah. Saidina Abu Bakar as-Siddiq pada zamannya akan memerangi orang Islam yang taknak keluarkan zakat.

Zakat bermaksud penyucian hawa nafsu dan harta yang dimiliki. Harta secara umumnya dimiliki Allah sebenarnya. Allah boleh tarik balik jika kita tak pandai menjaga harta pinjaman tersebut. Bila banyak dapat keuntungan tapi tak bersyukur juga Allah akan tarik balik. 

Erti penyucian adalah suci dari tamak haloba bakhil yang mencemar muslim sejati. 

SATU, Orang yang bakhil adalah antara yang rugi jauh dari Allah dan orang mukmin. 

DUA, Allah akan suburkan harta jika telah bayar zakat. Wang yang telah dizakat bukan semakin berkurang tapi akan makin bertambah. 

Tidak seorang pun teraniaya kerana zakat malah Allah akan naikkan darjatnya. Harta yang dizakat umpama telaga yang semakin subur dan banyak airnya. 

TIGA, Allah takkan mencabut nikmat jika kita tak pandai bersyukur dan taat kepada Allah swt. 

 Ahad 29 Ramadhan 1437H 03/07/16

Sunday, July 3, 2016

Iman tak dapat diwarisi

Bani Israel sangat mulia hingga ramai dikalangan para nabi-nabi Allah turunkan daripada bani ini.

Semua ibadat yang Allah wajibkan akan berkaitan dengan orang beriman dan Allah tak kaitkan dengan orang Islam. Nabi Muhammad saw berkata kepada sahabat Muaz bin Jabal mintalah tolong dengan Allah dengan doa. 

Iman kita tak sama antara setiap individu. Allah buat bandingan isteri Nabi Nuh dan Nabi Lut. Masuklah dua isteri nabi ke dalam api neraka walau pun duduk dibawah jagaan nabi yang soleh. Sepatutnya isteri sebagai pembantu nabi seperti Siti Khadijah membantu Nabi Muhammad saw. 

Bangsa Nabi Nuh as kata nabi mereka gila bina kapal atas bukit, isteri Nabi Nuhas mengiyakan. Isteri Firaun iaitu Asiah pula beriman dengan Nabi Musa. Allah tunjukkan kepada Asiah rumah beliau di syurga. Menunjukkan iman itu tak boleh diwariskan kepada anak bini. Iman itu ada enampuluh cabang. Paling tinggi beriman dengan Lailahaillallah. 

Golongan VVIP bangsa dari Nabi Syuib as menghalau Nabi Syuib kerana mahukan nabi dari kalangan bukan manusia. Kaum Nabi Salleh kata kepada golongan pengikut Nabi Saleh dari golongan yang biasa yang bukan vvip adakah kamu yakin dengan Nabi Saleh as. 

Walid bin Mughirah pakar bahasa arab.
Sabtu 28 Ramadhan 1437H 02/07/16

Solat Terawih dan Solat Witir

Ijtihad para sahabat walaupun Nabi Muhammad saw tak pernah buat lagi sesuatu amalan tersebut. Contoh seperti ijtihad berikut:-

1. Saidina Umar al-Khattab melakukan solat terawih 20 rakaat, 
2. Bilal bin Rabah melakukan solat wuduk selepas menjaga wuduknya. 
3. Imam Malik ada diriwayatkan melakukan solat terawih 36 rakaat. 
4. Zaman Saidina Usman solat terawih sehingga bertongkat. 

Nabi Muhammad saw ada bersabda ikutlah sunnahku dan sunnah Khalifah ar-Rasyidin. 

Solat terawih berjemaah lebih afdal daripada solat terawih berseorangan. Selain dapat pahala berjemaah, dapat membaca surah yang panjang. 

Solat witir dapat membezakan antara pencinta Allah atau pencinta tidurnya. 

Allah amat mengasihi orang yang melakukan solat witir di sepertiga malam. 

Berwitir boleh dibuat dalam bilangan rakaat yang ganjil iaitu 3, 5, 7, 9 atau 11. 

Dalil solat witir dari Sunan Abu Daud Nabi saw bersabda berwitir adalah amalan setiap orang muslim. 

Sesiapa yang suka berwitir lima rakaat maka lakukanlah. 

Solat witir adalah benar, sesiapa yang tidak solat witir bukanlah dikalangan kami(yang mengamalkan sunnah). 

Hukumnya sunat muakkad. 

Sabtu 27 Ramadhan 1437H 02/07/16

Friday, July 1, 2016

Adab dengan Al-Quran

Kita sebagai hambaNya diperintahkan untuk melaksanakan satu kefardhuan di dalam bulan Ramadhan iaitu dalam surah Al-Baqarah 2:185, 

Allah bagi panjang umur untuk berada dalam bulan Ramadhan. 

Allah turunkan Al-Quran utk dijadikan petunjuk bagi sekalian manusia tidak khusus kepada orang muslim sahaja. 

Surah alQadr berlaku malam alQadr ada yang kata berlaku sepanjang tahun, ada pendapat sepanjang bulan Ramadhan, ada yang kata sepuluh malam terakhir, ada yang pendapat pada malam yang ganjil. 

Mereka yang ingat kepada Allah akan melaksana tanggungjawab kepada Allah dalam keadaan diri duduk atau baring, maka lakukanlah ibadat tanpa terikat pada malam tertentu. 

Kitab bagaimana dengan adab kita dengan Al-Quran, golongan 

SATU Orang beriman yang membaca Al-Quran seperti jeruk luaran menarik perhatian dalaman juga mereka yakin dan beramal dengan ayat Allah swt, 

DUA orang beriman baca Al-Quran jarang-jarang seperti buah tamar di dalam bulan Ramadhan, luaran nampak tak hebat tetapi dalaman masih lagi beramal dengan Al-Quran suka majlis ilmu dan masih nak memahami Al-Quran. 

TIGA Orang munafik, dalam Al-Quran banyak menyatakan ciri orang munafik, seperti minyak wangi boleh menarik orang dengan baunya, nabi Muhammad saw suruh hiaskan bacaan Al-Quran dengan suara yang baik dan bacaan yang bertaranum, tetapi bila sebut nak beramal dengan Al-Quran mereka tak mahu beramal dengan sebahagian ayat Al-Quran. 

 EMPAT orang munafik yang jarang bersama dengan Al-Quran seperti buah khanzalah luaran tak menarik dalaman juga mempunyai rasa yang pahit. 

Gunakan kewarasan dan iman kita untuk menjadi golongan yang mana. 

Khamis 26 Ramadhan 1437H 30/06/16

Sunday, June 12, 2016

Kelebihan orang berpuasa Ramadhan

Puasa menahan lapar dan dahaga, kelebihan pada bulan Ramadhan seperti ditutup pintu neraka dibuka pintu syurga, dan lain-lain. Manakala kelebihan orang yang berpuasa:- 

PERTAMA, Kita diberi pahala berpuasa, kerana setiap ibadah yang kita lakukan adalah kerana Allah swt dan akan diganjar dengan pahala. Bila solat akan diganda 10 kali, tetapi bila puasa itu dilakukan hanya untuk Allah, maka hanya Allah yang tahu berapa gandaan pahala yang akan diberi kepada kita. Kerana perbuatan pahala itu sendiri tiada makhluk Allah lain yang tahu melainkan diri sendiri. Kita hanya akan tahu bila kita bertanya orang yang berpuasa baharu kita tahu orang itu berpuasa. Kita tidak tahu berapa kadar pahala yang akan diberi Allah bersandarkan hadis Imam Muslim. 

KEDUA, kita dapat kegembiraan bila kita dapat berbuka puasa, kita hanya dapat makan pada masa bersahur dan berbuka sahaja. Fitrah manusia bila sampai masa untuk berbuka kita akan keseronokan untuk makan dan minum setelah berpuasa sehari. 

Gembira kedua bila dapat bertemu dengan Allah swt, kegembiraan ketiga dapat menyucikan hati, untuk sucikan hati adalah dengan cara membaca Al-Quran dan bertadabur. Al-Quran bukan untuk bacaan bermusim, bukan dibaca bila orang mati. Para sahabat akan diajar sepuluh ayat Al-Quran sehari oleh Nabi saw dan takkan takkan beralih ayat selagi tak memahami dan tak bertadabur ayat tersebut. Suci kedua menyuci batin, 

KETIGA, membangunkan malam, qiamulail, tadarus Al Quran, tidur sebentar, bangun sepertiga malam, solat tahajud, solat taubat dan beristighfar sebanyaknya. Mengharapkan pahala dari Allah akan diberi ganjaran diampunkan pahala oleh Allah. 

KEEMPAT, Bersungguh berdoa kepada Allah swt. Doa itu senjata bagi orang beriman, ada wakttu mustajab yang banyak ketika bulan ramadhan seperti selepas bersahur, lima minit sebelum berbuka puasa, doa diantara azan dan iqamah, semasa sujud dalam solat. 

KELIMA, Duduk dengan orang alim dan soleh, banyak rakaman majlis ilmu dalam internet yang boleh dilihat. Ada hadis menyatakan bila kita duduk dengan tukang besi kita akan dapa bau besi tapi bila kita duduk dengan orang berilmu maka kita akan dapat ilmu dari mereka. 

Hendaklah kita berpuasa dengan sebenarnya, jaga pendengaran dari umpat keji, jaga pebglihatan dari perkara maksiat yang boleh hilangkan pahala puasa kita, jaga lisan lidah, bila mampu jaga ketiga-tiganya kita mampu menjaga puasa kita sebenar-benarnya.   

Sabtu, 7 Ramadhan 1437H, 11/06/16

Solat Dalam Ramadhan

Taqwa peri pentingnya dalam hidup, lihatlah apa yang telah kamu lakukan dalam penghidupan yang telah lalu, lihatlah hari-hari Ramadhan yang telah berlalu dan apa yang telah kita lakukan. Bagaimana prestasi sahur, qiamulail, solat tahajud, puasa, iftar, solat fardu kita. Sesungguh berjaya orang beriman bila orang ini telah melakukan solat dengan penuh khusyuk. 

Intipati kepada solat adalah khusyuk. Yang lebih baik bagi lelaki adalah mengutamakan solat fardu berjemaah di masjid. Bagi perempuan lebih afdal solat di rumah. Boleh solat di masjid jika keselamatan dapat dijaga. Saidina Umar alkhattab r.a dan isteri Atiqah. Berkatnya bulan Ramadhan bila isya dan subuh lebih ramai berjemaah di masjid walaupun masa solat tetap sama pada bulan-bulan lain. Orang solat tidak selamat, dalam kubur di tanya tiang agama dahulu, sesungguhnya telah berjaya, nak berjaya dihari akhirat perlu menghadapi pelbagai halangan, yang apabila mereka solat mereka akan solat dengan khusyuk. Tanda hari kiamat antaranya solat tanpa khusyuk.

Ibnu Zahabi menceritakan ketika pembukaan Islam di Asia Tengah terlibat dengan sekumpulan tentera yang terpaksa tidur didalam hutan, kena ada yang bertugas menjaga ketika yang lain tidur. Ada seorang tentera bernama Silah. Witir terbaik adalah sebelum sahur, witir lepas terawih masih boleh dibuat solat sunat lain selepas itu. Sahur terbaik lebih kurang bacaan 50 ayat AlQuran iaitu sepuluh minit sebelum Azan Subuh.

Silah seorang tentera punyai tabiat bangun malam, kisah harimau keluar di tempat Silah sedang solat witir tapi dia masih khusyuk solat hingga habis. Selepas itu dia mengundurkan diri sambil mata bertentang mata dengan rimau hinggakan dia makin jauh dan harimau itu pun bergerak masuk semula ke dalam hutan.

Syeikh al-Ghazali sebut tentang bagaimana untuk khusyuk solat bergantung kepada makanan tertentu, wuduk sempurna dan doa selepas wuduk, doa terbaik dalam Ramadhan 'ya Allah kaulah maha pengampun dan ampunkanlah aku' dibaca lima minit sebelum berbuka puasa. Tiga golongan orang yang tidak ditolak doanya iaitu doa orang musafir, orang berpuasa dan orang yang dizalimi.

Perkara yang perlu dibuat untuk khusyuk

1. Hadirkan hati sebagai khusyuk batin sepenuh hati fokus hanya kerana Allah kepada Allah sahaja. Solat kena ada ihsan umpama Allah ada melihat kita

2. Faham bacaan dalam solat, paling baik memahami bacaan surah ketika imam baca ketika solat berjemaah terawih.

3. Atta'zim membesarkan Allah swt memasukkan rasa hamba kepada Allah swt

4. AlHibbah rasa kehebatan Allah swt, maha kaya tak pernah habis kekayaan tak seperti manusia

5. ArRaddat penuh pengharapan, baca alfatihah paling minimum 17 kali sehari semalam, tak pernah bosan membacanya menunjukkan ia adalah mukijzat yang diturunkan Allah swt.

6. Alhaya'u ada rasa malu kepada Allah swt letak usaha semaksimum mungkin. 

Panduan untuk membaiki solat sempena bulan Ramadhan, azam untuk perbaiki sifat buruk yang ada pada kita. Bezakan Ramadhan tahun ini dengan tahun-tahun lepas.

Ahad, 7 Ramadhan 1437H 12/06/16.

Wednesday, June 8, 2016

Jasmani dan Rohani Ramadhan

Allah bagi kekuatan rohani untuk membuat solat malam hari. Nikmat Allah, tak semua orang yang dapat diberi nikmat menghidupkan Ramadhan. Nabi war-warkan kepada para sahabat, telah datang kepada kamu bulan Ramadhan yang mana bulan ini adalah bulan yang berkat. Orang Islam yang tak puasa pun turut sama mendapat keberkatan. Sama ada orang Islam hidupkan atau tak tetap bulan Ramadhan itu masih ada keberkatannya. Setiap malam hingga 30 Ramadhan akan ada pengurangan jemaah.

Nikmat yang Allah beri ada bermacam-macam seperti anak isteri, makan minum dan lain-lain. Dua nikmat yang orang sentiasa lupa iaitu masa dan sihat. Bila dah sakit atau kehilangan sesuatu barulah kita berasa kerugian amat sangat atas nikmat Allah yang mungkin kecil.

Penyakit rohani dan jasmani, sakit rohani adalah sifat mazmumah. Ada tiga perbezaan sakit rohani dan sakit jasmani iaitu:-

PERTAMA, Sakit jasmani mudah untuk di ubati seperti jantung, kulit dan sebagainya, boleh berhabis duit untuk sembuh. Manakala sakit rohani perlu ada keimanan dan kemahuan yang tinggi dalam diri manusia itu sendiri yang ingin berubah.

KEDUA, penyakit jasmani tuanpunya diri lebih mengetahui sakit sendiri daripada orang lain manakala rohani orang lain lebih mengetahui sakit dia daripada diri dia sendiri seperti kedekut, sombong, keras hati.

KETIGA, jasmani ada jangka masa selepas berikhtiar akan sihat atau meninggal tetapi rohani dalam dunia lagi dah rasa sakit dengan orang lain, maka akan rasa susah sehingga di akhirat dan kita dah tahu mana dia akan pergi.

Bulan Ramadhan inilah bulan menyembuhkan penyakit jasmani dan juga rohani. Mendidik diri agar bersabar dengan ujian Ramadhan. Ikhlas dengan amalan yang dibuat. Merasakan diri kita benar-benar hamba kepada Allah swt.

Gunakan kesempatan dalam bulan ramadhan untuk membersihkan diri jasmani dan rohani.

Selasa 3 Ramadhan 1437H 07/06/16