Friday, November 30, 2012

Darjat Orang Berilmu

Penceramah : Ustaz Dato' Ismail Kamus,
Tempat : Masjid Klang Gate,
Kitab : Kitab Al-Jauhar Al-Mauhub Wa Munabbihat Al-Qulub,

[kredit gambar: Syarikat Jaffar Rawas Sdn Bhd

Orang beriman dan berilmu diangkat darjat beberapa darjat, beza atas orang mukmin yang berilmu dan tidak berilmu 700 darjat, satu darjat sama dengan jarak 500 langkah berjalan kaki.

Daripada Imam Syafie - jangan berkawan dengan orang yang tidak suka ilmu dekatlah dengan orang berilmu. Tuntut ilmu itu wajib, ibadat wajib ada ilmu,

Daripada Saidina Ali -barangsiapa cari ilmu seolah mencari syurga dan barangsiapa mencari maksiat seperti mencari neraka, ilmu yang dimaksudkan adalah ilmu syariat yang manfaat, yang dituntut dan diamalkan. Seperti Imam Ahmad bin Hanbal yang dipenjara kerana tidak menarik kata2nya yang bercanggah melawan arahan pemerintah.

Daripada Abu Zar - ketika dalam menuntut ilmu jika mati dikira mati syahid, syahid dunia akhirat, syahid akhirat akan terlepas seksa kubur bagi yang berilmu dengan syarat cukup solat 5 waktu, membaca Al-Quran, berwirid dan bersedekah. Tuntut ilmu/baca Al-Quran jika tidak buat lebih dari 40 hari nanti akan gelap hati.

Daripada Ibnu Mas'ud - duduk didalam majlis ilmu walau duduk sahaja akan dapat pahala seribu tahun ibadat. Firaun tak pernah sakit. Saidina Usman solat sunat 2 rakaat dengan membaca 30 juzuk, Imam Ahmad solat sunat 100 rakaat sehari, kita kena yakin solat kita diterima dengan syarat betul semua bacaan dan perbuatan.

Daripada Saidina Umar al-Khatab - pergi menuntut ilmu satu langkah dikira 1 kebajikan, 1 dosa dikira 1, 1 pahala dikira 10 pahala. Solat seorang diri dapat 1 pahala tetapi bila solat berdua 27 pahala, solat sunat dengan bersugi dapat 70 pahala tapi bila solat dengan tidak  bersugi 1 pahala.

Hadis Nabi s.a.w. - 1 orang alim syaitan takut seperti seribu orang biasa padanya, cerita setan pergi menghasut Barsisa.

Sabda Nabi - kelebihan orang alim dan orang abid adalah seperti bulan dan bintang-bintang dikelilingnya, abid di sini merujuk kepada orang yang rajin beribadat tanpa ilmu.

Tujuan berilmu ada 3 -
1. Menghilangkan kejahilan,
2. Diamalkan dan
3. Disampaikan kepada orang lain,

Riwayat ibnu Abas- diampunkan Allah dosa orang yang mengajar ilmu dan disihatkan dan dipanjangkan umur dia, 5 ayat Al-Quran panjang umur 1 ayat ada 1 qaf.

Daripada Umamah - malaikat, ikan didalam perut laut, burung di udara mendoakan orang yang menuntut ilmu, barangsiapa yang tak nak masuk neraka tengoklah orang yang suka mengaji.

Daripada Ibnu Mas'ud -  mengaji lebih baik daripada 7 ribu tahun umur dunia siang berpuasa malam beramal.

08:29pm Fri 30-11-12

Saturday, November 24, 2012

Kejarlah Akhirat

Penceramah : Ustaz Norsham Abd Aziz,
Tempat : IISB, kuliah jumaat,

Celakalah kamu orang yang cuai dalam mengerjakan solat,

Bila kita kejar akhirat dunia akan ikut kita,

Allah beri rezeki macam-macam, tapi kita masih tak jaga solat, dalam solat kita sedang bercakap dengan Allah tapi adakah kita faham 100%, betulkah bacaan doa iftitah kita?

Kualiti solat kita macamana, kita nak dekat dengan Allah kitalah yang kena usaha sendiri.

Tugas kita sebagai khalifah dunia untuk menyampaikan walau satu ayat. Kemuliaan terhadap Allah tiada pada bangsa Rohinya, Bosnia yang membuatkan Allah hilangkan daripada dunia, tak sanggup untuk keluar berjihad pertahankan agama Allah,

Laksana jihad perlu ada ilmu, jadi seperti burung yang cuba untuk padamkan api yang membakar Nabi Ibrahim walaupun tahu tak mampu,

Buku apa ertinya saya menganut Islam,



Bila kita lupakan Allah, Allah akan lupakan kita, bagi rasuah kita akan bersalah dengan Allah. Allah uji kita dengan hantar penguatkuasa polis dan sebagainya.

Yakin dengan Allah dia akan bagi macam-macam kesenangan, kebahagiaan di dunia. Niat kita bekerja kerana Allah.

11:54am Fri 23-11-12

Friday, November 23, 2012

Forum Maulidur Rasul 1433H


Ahli Panel  : Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz dan Ustaz Dr Azhar Yaakob
Moderator : Ustaz Mohd Ikram Ahmad Badaruddin
Tempat : Masjid Bandar Baru Ampang




Moderator: Demi sesungguhnya bagi kamu Rasulullah s.a.w. itu suri teladan yang baik (Surah al-Ahzab:21)
Dato: Mula daripada lahir hingga wafat semua yang nabi buat adalah merupakan teladan kepada bukan sahaja kepada umatnya yang muslim malah kepada non-muslim juga, banyak perkara tak betul pada zaman ini, apakah nabi buat, benarkan, suruh? contoh mudah membiarkan kuku panjang, majlis memotong jambul, melukis ditubuh badan termasuk yang menggunakan inai.

Moderator: Hadis 2 pusaka AlQuran dan AsSunnah.
Dr : mengikut kajian dari 5 orang Malaysia seorang dalam keadaan stress. Perempuan lebih stress daripada lelaki. Sebab paling besar stress adalah kekangan ekonomi. Contoh beli kancil. Cara yang nabi ajar 9 per 10 dari rezeki datang dari perniagaan. Walau makan gaji tapi jiwa besar dengan jiwa bisnes dan enterpreneur ikut sunnah.

Moderator: Bagaimana cara nak tunjuk kita sayang Rasul.
Dato: golongan anti hadis ada 5 risalah i. Tiang agama ii. Solat, iii. Ahli sunnah waljamaah dan syiah adalah kristian iv. Fenomena ahli sunnah v. Hanya ikut Al-Quran sahaja. Barang siapa yang hidupkan sunnah Rasul itu bermakna dia sayang nabi dan dia akan bersama aku di syurga nanti. Al Quran Nabi Muhammad bawa rahmat sekalian alam.

Moderator: Konsep Negara Islam.
Dr: Kemuncak islam bila tertegaknya negara islam. Daulat disambung oleh 4 khalifah, hingga Usmaniyah. Negara yang transparent dan mendapat keampunan Allah. Nilai kehidupan bersama Allah hingga Maqam Syahadah, Maqam Muraqabah, takut cinta sayang dan mengharap redha Allah, alBaqarah, apa munasabah jika tolak syariat Allah. Jangan seperti ikan duyung yang tak boleh dimakan tak boleh kawin.

Adab ziarah maqam Nabi, bagi salam keatas Rasul dan doa.

17 Feb 2012 (Jumaat)

Thursday, November 22, 2012

Bebas Palestin

Sememangnya Allah telah tetapkan Palestin akan dibebaskan suatu hari nanti...

Sama-samalah kita mendoakan moga Palestin menjadi negara Islam yang berdaulat.


Friday, November 16, 2012

Perkara yang halal dihukum bunuh

Penceramah : Ustaz Zaki
Tempat : Masjid Mahabbah, Raub.

Orang yang sesat agama umpama buah busuk yang gugur yang dikutip semula.
Allah tanya kepada kita, aku yang lebih tahu atau kamu yang lebih tahu? Kerana ilmu itu milik Allah.

Perkara yang halal dihukum bunuh

1. Janda/duda yang berzina,
- tujuan untuk jaga keturunan,
- anak zina tak boleh menjadi wali, tidak mewarisi harta pusaka, hidup dalam keadaan malu dan dibunuh jiwa,
- janda/duda yang pernah berkahwin dan berzina dinamakan orang Mohsin, hukum direjam dengan batu sederhana besar sampai mati,
- teruna dara tak pernah kawin dan berzina hukum di pukul 100 kali dan buang daerah selama setahun, hadis bukhari

2. Bunuh diri orang lain

3. Murtad

07:32pm Fri 16-11-12

Monday, November 12, 2012

Bermunajat

Penceramah : Ustaz Shukri Haron,
Tempat : Surau Islamiah,
Sirah Nabi, Kitab Ms159 Bermunajat,

Doa Rasulullah ketika munajat ketika selesai perang Uhud, gambaran Qada' dan Qadar Allah yang nabi terima ketika kekalahan dalam perang.

Hanya ada seorang sahabat tak pernah kalah iaitu Khalid al-Walid dengan gelaran Saifullah. Jumlah yang gugur 70 iaitu 64ansar 4muhajirin 1yahudi, 20musyrikin. Muslimat Bani an-Najar nama Hindun tanya bagaimana dengan Rasulullah begitu cintanya kepada nabi lebih daripada kematian suaminya,

8 Syawal 3H mereka masih berkawal takut-takut orang Quraisy serang semula.  Abu Sufian rancang nak serang semula. 10-12hb nabi berada di hamra al-asad sebelum balik ke madinah, muawiyah seorang pengintip abu sufian yang tinggal lebih 3 hari di Madinah

07:29pm Mon 12-11-12