Ustaz Awang Rani, Kitab Hikmah, hikmah ke 214, meresapnya rasa manisnya hawa nafsu ke dalam hati kita. Nafsu itu sentiasa ada, kalau didorong rasa baik akan baiklah perangai. Allah kata aku nak pilih manusia sebagai khalifah di atas mukabumi ini, malaikat kata kami tahu melalui Allah jua manusialah yang akan merosakkan mukabumi dan menumpah darah. Allah balas aku tahu apa yang aku buat. Ayat lain, Allah kata sesungguhnya kami akan mewariskan dunia dengan manusia-manusia yang soleh yang akan mentadbir bumi. Pembunuhan pertama Qabil kepada Habil, mula sebab korban Habil diterima daripada korban Qabil, kembar Qabil akan diarahkan kahwin dengan Habil. Sebab nafsu, Qabil cemburu dan bernekad membunuh Habil. Diajak bermain dibawah bukit, Habil disuruh tunggu dibawah dan Qabil naik atas bukit, lalu digolek batu besar ke bawah bukit. Nafsu nakkan perempuan yang cantik.
Manis pada nafsu akan menjadi penyakit sosial jika tidak dibendung, nak betulkan nafsu kena berbalik kepada Allah dan hukum Allah. Allah yang meletakkan dalam hati manusia rasa gerun ke atas hukumNya bukan atas hukuman manusia. Sebarkan ilmu dulu ke atas orang Islam tentang hukum Allah sebelum menjalankan undang-undang tersebut.
Hati itu nikmat iman dan makrifah tapi bila hati penuh dengan kecintaan kepada nafsu, hati sukar untuk diubati. Nabi bersabda cinta kasih kepada dunia ibu kepada segala dosa.
Khamis keempat 24/4/14
Friday, June 6, 2014
Cinta Dunia Ibu Segala Dosa
Saturday, May 24, 2014
Nikmat yang termampu
Ustaz Awang Rani, Kitab Hikmat (alhakam) 213, bulan lepas, lihatlah orang yang dibawahmu janganlah lihat orang diatasmu. Allah nak kita mensyukuri nikmat yang kita ada, nak elakkan sifat hasad dengki, bagi urusan akhirat lihatlah orang yang diatasmu. Rezeki yang Allah bagi kita sentiasa cukup.
Jangan bingungkan kepadamu datangnya kurnia Allah kepadamu bertimbun untuk menunaikan kewajipan mensyukurinya. Pertama ucap Hamdalah, ambil wuduk dan sujud syukur, gunakan nikmat yang dapat untuk Allah. Nikmat kejadian dan nikmat sejak lahir. Nikmat lanjutan sepanjang hidup. Perasaan demikian akan merendah harga dirimu sendiri. Kesyukuran bukan boleh diukur dengan betapa besar nikmat yang Allah bagi. Allah beri nikmat ikut kadar kemampuan kita. Nabi Daud a.s. ada berkata ya tuhanku anak adam ini kau telah beri nikmat rambut ke atasnya, maka bagaimana nak syukurnya. Allah kata aku beri sebanyaknya dan
Umar Abd Aziz seorang tabi'in ada berkata nilai hamdalah itu lebih besar dari nikmat yang Allah beri.
Khamis kedua 10/4/14
Thursday, July 11, 2013
Kualiti Ibadat Ramadhan
Tazkirah 3 Ramadan 1434H,
Quality ibadat hingga ke tahap '...Laalakum tattakun...' iaitu darjat orang yang bertaqwa, sifat paling tinggi, kita menadah tangan berdoa minta masuk syurga tak nak masuk neraka, tidak akan dapat sifat rajin kalau tiada sifat taqwa. Allah tak pernah mungkir janji.
Ramadhan dieja dalam huruf jawi berbunyi Ra, Mim, Dhod, Alif dan Nun.
Ra bermaksud rahmah kasih sayang Allah kepada orang yang beriman. Ada terdapat 3 bahagian dalam sebulan Ramadhan iaitu Peringkat Rahmah, Peringkat Makfirah dan Peringkat terakhir 'Itqun Minannar' Kebebasan dari api neraka, ditafsirkan umpama bidadari bersiap-siap di dalam syurga dan menunggu kedatangan orang Islam yang berpuasa.
Mim bermaksud makfirah, iaitu Allah bersifat Maha Pengampun.
Dhod bermaksud jaminan Allah.
Alif bermaksud ampunan Allah.
Nun bermaksud bebas dari neraka.
Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan sama dengan 83 tahun. Terawih membawa makna rehat-rehat , solat sambil rehat.
Iltizam untuk wujudkan manusia yang paling taqwa.
Puasa yang menyihatkan, hadis cukuplah bagi anak adam satu pertiga makanan, satu pertiga minuman dan satu pertiga kesihatan.
Hadis -Syurga ada 1 pintu iaitu Pintu Rayyan yang mana tidak masuk melalui pintu ini kecuali orang yang berpuasa.
3 bahagian puasa iaitu
1. Puasa orang awam makan minum sahaja
2. Puasa khusus - orang yang hidupkan dengan beramal, makan yang bersih.
3. Puasa para anbia
10:04pm Thu 11-07-13
Thursday, June 27, 2013
Kisah bulan Rejab dan Syaaban
Surau Islamiah,
Bulan Rejab nabi naik ke langit dan selepasnya.
1. Alam nyata, bumi, zahir
2. Alam langit, nabi Isa duduk di langit dan akan turun ke bumi bunuh dajal dan menegakkan agama Islam.
Bulan Syaaban.
Nur ahli makrifat sentiasa terang, hati mendahului apa yang akan dikatakan. Syaitan tak boleh bersarang di dalam badan orang ini kerana sentiasa mengingati Allah. Kalimah yang keluar dari mulutnya benar belaka. Bila nak sampai nasihat, dia sandarkan kepada Allah, hanya minta taufik hidayah daripada Allah, pokok pangkal kebijaksanaan mereka adalah takutkan Allah.
Sesungguhnya orang yang paling takutkan Allah adalah para ulamak. Yang berani bercakap benar menegak yang hak dan mencegah yang batil.
Madrasah sheikh tahir,
08:55pm Thu 27-06-13
Thursday, April 25, 2013
Orang berhidayah
Surau Islamiah,
Tafsir al Baqarah 257,
Menghapuskan kemungkaran menegakkan yang maaruf, kemungkaran perkara yang murkai Allah, wajiblah kita hapuskan kemungkaran.
Orang yang mendapat hidayah dan beriman menukar kegelapan sifat kekufuran (zulumat) kepada nur keimanan.
Manakala taghut keluarkan daripada cahaya kepada kegelapan. Syair imam syafie.
08:54pm Thu 25-04-13
Menukar Gelap kepada Cahaya
Tempat : Surau Islamiah,
Surah al Baqarah 257, menghapuskan kemungkaran menegakkan yang maaruf, kemungkaran perkara yang dimurkai oleh Allah, wajiblah kita hapuskan kemungkaran.
Orang yang mendapat hidayah dan beriman menukar kegelapan sifat kekufuran (zulumat) kepada nur keimanan manakala Taghut mengeluarkan daripada cahaya keimanan kepada kegelapan kekufuran.
Renung-renungkan...
08:54pm Thu 25-04-13
Thursday, February 28, 2013
Iman dan Otak
Surau Islamiah,
ms 186, sesungguhnya mesti diingat itu orang yang lupa yang kita mesti ingatkan tentang perkara iman.
Otak terbahagi 2 iaitu otak terima yang besar, otak yang simpan yang kecil dibelakang kepala.
Imam yang berMazhab Hanbali di Mekah yang baca Bismillah dengan sil(perlahan).
Manusia memang mempunyai sifat pelupa. Nak kuatkan ingatan
1. Kena rajin baca Al-Quran.
2. Jangan meludah ke dalam lubang tandas.
3. Jangan merenung najis dalam lubang tandas.
Harus tegur kepada orang yang lalai. Abu Bakar al-Wasiti diminta orang supaya berdoa untuk kesenangan dunia dia tanya balik tak cukup lagikah apa yang dah jadi hakmilik kamu?
Kisah Nabi Huzair yang tidur selama 100 tahun. Azali sediakala.
Ujub perasan bagus sangat daripada orang lain, riak takkabur, azazil malaikat ketua kepada malaikat lain. Rendah diri, tolak satu ayat Al-Quran Allah dah turunkan darjat azazil jadi iblis.
Abdullah al Munazil. 6prinsip hidup doa,
08:57pm Thu 28-02-13
Thursday, January 31, 2013
Prinsip hidup
Tempat : Surau Islamiah,
Kitab : ms 185
Harus atas kehendak Allah terjadinya sesuatu. Prinsip hidup :-
1. Ikhtiar dan berusaha. Kalau merancang sahaja tanpa beribadat kepada Allah tak guna juga. Nak majukan agama juga perlu berusaha.
2. Buat bersungguh dalam bidang masing-masing.
3. Berharap (alroja')
4. Bertawakal berserah kepada Allah
5. Berlapang dada dan redha
6. Rasa cukup dengan pemberian Allah (qana'ah), puashati.
Walaupun kita dah berdoa tapi semua yang berlaku atas kehendak Allah. Sifat iradah kehendak Allah tak bersandar kepada apa-apa pun.
Syarat dapat hidayah
1. Jangan rasa lebih pandai
2. Jangan rasa angkuh dan takbur dengan Allah
3. Jangan rasa cukup sempurna.
Surah An-Nahar, yang bermaksud, Allah menyesatkan siapa yang dia kehendaki dan beri hidayah kepada siapa yang dikehendaki.
Allah tidak dapat ditanya kenapa terjadi suatu perkara.
08:51pm Thu 31-01-13
Friday, April 13, 2012
Cahaya Hati
Tempat : Surau Islamiah
Kitab Rujukan : Kitab ms162
Tempat terbit cahaya nur ilahi dengan ilmu dan rahsia adalah di dalam hati yang bersih. Ia tidak akan keluar daripada hati yang tidak baik. Bintang ilmu bulan makrifah nur iman takkan keluar daripada hati yang penuh maksiat. Umpamanya orang yang sengaja tinggal solat subuh akan melarat kepada zuhur, asar melainkan mujahadah/berjuang melawan maksiat.
Kalau ikut zahir hadis daripada Imam Hanafi, tinggal solat secara sengaja dikira kafir, segala perkara akan jadi tidak sah seperti wali nikah dan sembelih ayam. Jika mengikut Imam Syafie, akan mendapat dosa besar dan selagi tidak bertaubat nasuha/ berterusan dikira batal segala ibadat. Imam Waqi' guru kepada Imam Syafie pernah berkata nur hidayah takkan masuk kepada hati yang derhaka. Hati yang kotor natijahnya takkan sensitif dengan benda yang kotor dan perkara mungkar. Saidina Umar r.a. begitu agresif terhadap mungkar hingga dia yang merotan sendiri anaknya yang dihukum kerana berzina.
Ubah mungkar dengan tangan, tidak dapat dengan tangan guna mulut, tidak dapat dengan mulut guna hati.
Tazkirah membersihkan hati, cara-caranya
1. Berasa jijik kepada maksiat,
2. Nabi Muhammad s.a.w. ajar beristighfar 100 kali sehari semalam,
3. Bertasbih,
4. Mendengar ceramah atau nasyid.
08:59pm Thu 12-04-12