Showing posts with label Ustaz Salman Maskuri. Show all posts
Showing posts with label Ustaz Salman Maskuri. Show all posts

Saturday, July 13, 2013

Kualiti Solat Terawih

Ustaz Salman Maskuri,
Surau Islamiah
Tazkirah 4 Ramadan 1434H,

Bulan yang penuh dengan ganjaran, lebih utamakan kualiti, bilangan rakaat 8 atau 20, ada hadis kata Aisyah kata Nabi s.a.w tak pernah buat lebih daripada 11 rakaat, nabi s.a.w tak pernah kata tidak boleh buat lebih malah lebih baik.

Ikut sejarah Saidina Umar telah tukar kepada 20 rakaat dengan surah pendek.

Amalan tahlil lepas terawih, tiada nas yang kata tak sampai, kalu banding dengan upah haji, haji boleh sampai.

10:05pm Fri 12-07-13

Friday, February 8, 2013

Adab Kepada Rasulullah S.A.W

Ustaz Salman Maskuri,
Surau Islamiah,

Surah alhujarat:2 Jangan kamu memanggil Rasulullah dengan panggilan yang keras atau perkara yang menyakiti Rasulullah hingga boleh merosakkan amalan tanpa sedar.

Surah alHijr:96 kami akan sudahkan sesiapa yang menghina atau menyakiti Rasulullah.

Mughair, aswad, Aswad b Abi Yaghus, Haris b Akhtoi asSahwani, Aas b Walir antara orang kafir yang menghina Rasulullah dan terima padahnya.

Orang Islam sepasang suami isteri, isteri mencerca Rasulullah lalu suami angkat pedang dan bunuh isteri.

Kisah seekor serigala yang ingin makan kambing belaan seorang lelaki tetapi dihalang  lalu dia berdiri dan bercakap dengan  lelaki tadi katanya takutlah kamu dengan Allah dan kamu telah menghalang aku mendapatkan makananku, terkejut laki tu.

Abu Hurairah duduk dengan Rasulullah di masjid nabi selama 3 tahun puji keindahan pada wajah Rasulullah.

Sejauh mana kita membalas jasa Nabi dan sumbangan kita untuk membela maruah nabi.

08:32pm Fri 08-02

Friday, August 10, 2012

Hadir hati dalam ibadah

Penceramah : Ustaz Salman Maskuri,
Tempat : Surau Islamiah,
Tazkirah Ramadhan 22,

Surah al-Aroff : 205 yang bermaksud '...dan sebut nama tuhan kamu dengan penuh takut dan tidak lalai'. Hadir hati dalam ibadah yang dilakukan,

Surah Taha:14 menyatakan tujuan mengingatkan Allah,  belum sampai masa untuk khusyuk kepada Allah? Bila masa hendak hadir hati dalam ibadah, kalau tidak khusyuk ibadah jadi sia-sia.

Dalam satu hadis, kaum bani israel beribadah tanpa hati bersama tuhan, Allah berfirman sia-sia apa yang kami buat. Ke mana kita bawa hati dan wajah menghadap kiblat, takbir Allah maha besar tetapi hati teringat kasut diluar masjid,

Allah bertanya mana yang lebih besar. Berapa ramai orang yang solat tetapi hanya dapat lalai dan letih,

Surah al-Haj:37 korban yang dibuat tidak sampai darah kepada Allah,

Abdullah bin Zubir bin Awang seorang sahabat yang kuat ibadah suatu hari dia telah dikejar tentera kafir hingga ke masjid, sampai ke dalam masjid terus solat, dalam dia bersolat dia ditembak tetapi tidak berganjak,

Sahabat kedua, Ani bin Husin bin Ali disengat tebuan 16 ekor tetapi masih tidak bergerak,
Sahabat ketiga, Muslim bin Yasar dihinggap beberapa ekor burung sebab tidak bergerak,

Saidina Ali pula mukanya berubah menjadi pucat lesi apabila beliau mula masuk masjid.

Surah al-Mukminun:60, orang takwa buat baik tetapi takut, Aisya bertanya kepada Nabi s.a.w., bagaimana dengan orang jahat yang bertaubat? Nabi kata bukan, Surah al-Anbia:89-90 Allah terima doa dengan cepat sebab:-

1. Berlumba membuat kebajikan,
2. Rasa pengharapan dan ketakutan
3. Khusyuk merayu sampai keluar airmata penuh rasa cemas,

Alah hanya catat kebaikan apabila solat kita khusyuk.

09:59pm Fri 10-08-12