Showing posts with label Cari makan. Show all posts
Showing posts with label Cari makan. Show all posts

Monday, March 19, 2012

Ana Ikan Bakar Petai, Bandar Baru Bangi

Mencari tempat makan malam di Bangi sebenarnya tak susah... ada banyak kedai-kedai, restoran yang bermacam tema dan citarasa ada di Bangi. Tapi aku jarang pergi ke kedai makan dan restoran yang macam-macam ini kecuali ada kawan-kawan yang bagi cadangan.

Hari ini hari Ahad, disebabkan perlu ke Kajang untuk mengambil barang, kami sekeluarga memutuskan untuk makan malam di Bandar Baru Bangi. Kami sampai di Masjid Hasanah, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi tepat ketika azan untuk solat maghrib.

Dan kali ini aku rasa teringin untuk singgah di kedai makan milik sahabat sekolah lama aku iaitu Restoran Ana Ikan Bakar Petai. Ia terletak betul-betul di sebelah Balai Bomba Bangi, Persiaran Kemajuan.


View Larger Map

Tempatnya yang besar dan selesa, siap dengan kemudahan surau dan tandas, tempat permainan kanak-kanak dan yang penting ruang meletak kenderaan yang luas dan percuma.

Tempat memilih ikan juga agak luas dengan maklumat pilihan ikan, udang, sotong yang segar dengan harga dan cara masakan yang memuaskan.

Kami sekeluarga hanya memilih untuk makan nasi putih bersama Udang Goreng Butter, Sotong Bakar(gambar di bawah), Kerabu Mangga dan juga sup daging.


Amat memuaskan, memang sedap dan amat berselera. Dengan pilihan sos yang disediakan iaitu sambal kicap dan air asam, makan bersama sotong bakar memang terangkat!



Menurut tuanpunya restoran, Ummu Aiman, asal restoran ini adalah daripada Tanjung Lumpur, Kuantan yang mana terdapat 3 cawangan termasuk di Bandar Baru Bangi. Specialty atau hidangan istimewa di sini adalah Ikan, Udang atau Sotong Bakar Petai. Manakala terdapat juga hidangan sampingan seperti keropok lekor dan satar Kuantan. Restoran dibuka setiap hari bermula jam 5 petang hingga 12 tengah malam.

Dengan kepuasan makan seperti malam ini, aku takkan teragak-agak untuk datang lagi sekali membawa keluarga dan rakan-rakan untuk makan di sini.

Tahniah dan terima kasih kepada Ummu Aiman, Semoga bertambah maju jaya...


Wednesday, November 10, 2010

Makanan sedap yang aku jumpa dan sedang cari

Ada banyak makanan sedap yang aku dah jumpa. dan ada juga tempat makan sedap yang aku tak jumpa lagi. Antaranya ialah

1. Kacang pool - aku jumpa satu tempat di area KL tapi belum sempat serbu iaitu di Kacang Pool Haji di D-G-07 Ritze Perdana, No 5 Jln PJU 8/2, Damansara Perdana. Kacang pool ni memang sedap. Asalnya dari JB. Satu hari aku tetap akan ke sana. Salah satu blog yang aku jumpa ada cerita pasal kacang pool ialah blog Entahlah

2. Nasi Lemak - Tempat paling best pernah aku makan adalah di Mali's Corner, Taman Bunga Raya, Setapak dekat dengan area Kolej Tunku Abdul Rahman. Mula dibuka pada pukul 5 petang hingga 2 pagi, orang ramai yang datang terpaksa beratur panjang.

3. Char Kue Teow - memang tak dapat dinafikan kalau nak cari char kue teow paling best di malaysia kena la carik di Penang tapi kalau di KL, korang kenalah pergi ke tempat yang sama dengan nasi lemak diatas iaitu Mali's Corner.

4. Nasi Ayam - Nasi ayam ataupun nasi ayam Hainan yang paling best aku makan adalah di Shah Alam Seksyen 11 iaitu Pak Mal Nasi Ayam. Lain- lain tempat aku jumpa adalah di Taman Melawati dan Bandar Tun Razak.

5.Sate - Ramai orang kata bahawa sate yang paling sedap di Malaysia ada di Kajang. Tapi bagi aku yang selalu sangat makan sate Kajang dan kerana inginkan kelainan, aku telah berjumpa dengan tempat sate yang aku rasa lebih sedap dari sate Kajang. Tempat itu adalah di Satay Station di Kampung Pandan. Dengan keadaan premis yang berasal dari kawasan rumah lama yang diubahsuai menjadi premis perniagaan sate yang cantik.