Showing posts with label Ustaz Rozalie Hj Zahari. Show all posts
Showing posts with label Ustaz Rozalie Hj Zahari. Show all posts

Wednesday, July 25, 2012

Ujian Taqwa

Penceramah : Ustaz Rozalie Hj Zahari, 
Tempat : Masjid al-Azim 

Ada sebab bila Allah memfardhukan ibadat seperti solat dan puasa bulan Ramadhan, ada tanda Allah nak menguji ketakwaan hambaNya. 

Jika dibulan selain Ramadhan kita amat payah untuk ibadat fardhu apatah lagi yang sunat, berbeza pula pada Ramadhan apabila di siang hari diwajibkan berpuasa lapar dahaga, pada malamnya pula umat Islam masih mampu untuk beribadat solat fardhu maghrib dan isyak berjemaah, berterawih 8 ataupun 20 rakaat, witir lagi, berqiamulail pula di 2/3 malam, maka di sini Allah nak tunjuk tanda-tanda orang bertakwa itu adalah orang yang konsisten ibadatnya, kena jaga agar jangan batal puasa & hilang pahala puasa. 

Ada suatu cerita seorang lelaki dari luar kampung telah terlihat satu kubur yang bercahaya sangat terang sehingga menerangi awan di waktu malam. Lelaki itu berfikir pasti kubur itu milik para imam, bilal atau siak masjid kampung tersebut. Lalu dia memacak sebatang kayu pada kubur tersebut. 

Keesokan pagi, lelaki tadi pergi bertanya orang-orang kampung milik siapa. Orang kampung menjawab bukan milik pak imam seperti sangkaan lelaki tadi tetapi ia adalah milik seorang petani yang tidak boleh membaca Al-Quran tetapi sangat cintakan ayat-ayat Al-Quran, bertahun-tahun dia berdoa setiap malam sehingga menangis basah dan lusuh Al-Quran hinggalah akhirnya meninggal dunia dan Allah menerima doanya.

Dan lagi perbanyakkan berselawat ke atas Nabi s.a.w. ketika di bulan Ramadhan ini. 

09:16pm Wed 25-07-12

Thursday, June 28, 2012

Sifat-sifat Kejadian Malaikat

Penceramah : Ustaz Rozalie Hj Zahari 
Tempat : Masjid al-Azim 

Malaikat dicipta Allah s.w.t. sebelum Nabi Adam, bila manusia diciptakan untuk menjadi khalifah, malaikat bertanya adakah Allah mahu merosakkan bumi dengan sifat manusia yang menumpahkan darah, suka berperang, amalan seseorang ikut ilmu yang dia ada, Allah kata dia lebih tahu apa yang malaikat tak tahu. 

Nabi Muhammad s.a.w. ada bersabda bahawa Allah mencipta malaikat daripada cahaya, dan nabi juga ada mengatakan yang malaikat Jibril mempunyai 600 pasang sayap yang mana wajib kita percaya tanpa banyak tanya. 

Ada satu riwayat menyatakan bahawa apabila Jibril a.s membuka salah satu sayap akan terlindunglah seluruh alam dan bercahaya sangat cantik, Allah kata hanya ada dua makhluk yang lebih mulia daripada Jibril iaitu syurga dan Nabi Muhammad s.a.w.

Malaikat daripada cahaya, jin daripada api, manusia (adam) daripada unsur tanah dan mani yang keluar daripada tempat yang hina. 

Malaikat juga digelar sebagai makhluk nurani, amat berlainan dengan manusia dengan tidak makan minum dan tidur, tidak berbuat dosa, tiada jantina lelaki mahupun perempuan, tetapi boleh menyamar dengan kebenaran Allah jadi manusia lelaki seperti peristiwa berjumpa dengan Maryam, Nabi Muhammad dan bertanya tentang Islam, Iman dan Ihsan, bertanya tanda-tanda kiamat, banyak uruskan manusia, bisik perkara baik ke telinga manusia. 

Makhluk yang amat mulia, kita beriman kepada malaikat dengan apa yang ada didalam Al-Quran dan As-Sunnah sahaja. 

08:36pm Wed 27-06-12