Showing posts with label Kancil. Show all posts
Showing posts with label Kancil. Show all posts

Saturday, May 4, 2013

Kancil 850 : Mengganti tayar, penyerap dan mounting hadapan.

Lokasi : Chong Seng Tyre & Auto Service Centre Taman Pandan Cahaya Ampang,

Penukaran alat ganti bermula dengan tayar Silverstone Powerblitz 1800 155/70R12 2 unit (RM120/unit) berserta injap (RM5/unit),



absorber depan Kayaba Shock Absorber Premium (RM115/unit) yang mana kali terakhir tukar 17.4.09,



keuzuran terserlah...





absorber baru berada di tempat yang sepatutnya...

absorber mounting depan DH 8194 (RM120/2unit),

    mounting lama di sebelah kiri dan yang baru di sebelah kanan... nampak beza?

absorber mounting (front) dengan product no DH8194



alignment tayar dengan mesin Hunter (RM20) perlu ubahsuai camber depan(RM50)

12:21pm Sat 04-05-13

Thursday, April 12, 2012

Operasi Air Kancil

Melibatkan radiator dan waterpump dan juga diselitkan sekali oil ring. Setelah dibuat pemeriksaan rambang dipercayai radiator telah tersumbat dan perlu diservis.




Semasa proses cucian dijalankan, amoi Ban Hoe Radiator telah menawarkan harga menarik untuk menukar kepada radiator double layer yang semakin popular masakini.

Aku bersetuju memandangkan radiator Denso yang lama sudah berusia 12 tahun. Setelah siap pasang, timbul isu lain, water pump tidak berfungsi seperti biasa.

Pekerja Ban Hoe, anne, telah mengsyorkan satu bengkel iaitu 32, jalan 6/3 untuk kerja pemeriksaan lanjut terhadap waterpump.



Hasilnya setelah diperiksa water intake point yang mengawal pengaliran air hangat dari dalam enjin ke radiator sudah tidak berfungsi dan ia perlu dibuang, ya dibuang untuk melancarkan pengaliran air.

12:37pm Thu 12-04-12