Tempat : Masjid Klang Gate,
Kitab : Kitab Al-Jauhar Al-Mauhub Wa Munabbihat Al-Qulub,
[kredit gambar: Syarikat Jaffar Rawas Sdn Bhd]
Orang beriman dan berilmu diangkat darjat beberapa darjat, beza atas orang mukmin yang berilmu dan tidak berilmu 700 darjat, satu darjat sama dengan jarak 500 langkah berjalan kaki.
Daripada Imam Syafie - jangan berkawan dengan orang yang tidak suka ilmu dekatlah dengan orang berilmu. Tuntut ilmu itu wajib, ibadat wajib ada ilmu,
Daripada Saidina Ali -barangsiapa cari ilmu seolah mencari syurga dan barangsiapa mencari maksiat seperti mencari neraka, ilmu yang dimaksudkan adalah ilmu syariat yang manfaat, yang dituntut dan diamalkan. Seperti Imam Ahmad bin Hanbal yang dipenjara kerana tidak menarik kata2nya yang bercanggah melawan arahan pemerintah.
Daripada Abu Zar - ketika dalam menuntut ilmu jika mati dikira mati syahid, syahid dunia akhirat, syahid akhirat akan terlepas seksa kubur bagi yang berilmu dengan syarat cukup solat 5 waktu, membaca Al-Quran, berwirid dan bersedekah. Tuntut ilmu/baca Al-Quran jika tidak buat lebih dari 40 hari nanti akan gelap hati.
Daripada Ibnu Mas'ud - duduk didalam majlis ilmu walau duduk sahaja akan dapat pahala seribu tahun ibadat. Firaun tak pernah sakit. Saidina Usman solat sunat 2 rakaat dengan membaca 30 juzuk, Imam Ahmad solat sunat 100 rakaat sehari, kita kena yakin solat kita diterima dengan syarat betul semua bacaan dan perbuatan.
Daripada Saidina Umar al-Khatab - pergi menuntut ilmu satu langkah dikira 1 kebajikan, 1 dosa dikira 1, 1 pahala dikira 10 pahala. Solat seorang diri dapat 1 pahala tetapi bila solat berdua 27 pahala, solat sunat dengan bersugi dapat 70 pahala tapi bila solat dengan tidak bersugi 1 pahala.
Hadis Nabi s.a.w. - 1 orang alim syaitan takut seperti seribu orang biasa padanya, cerita setan pergi menghasut Barsisa.
Sabda Nabi - kelebihan orang alim dan orang abid adalah seperti bulan dan bintang-bintang dikelilingnya, abid di sini merujuk kepada orang yang rajin beribadat tanpa ilmu.
Tujuan berilmu ada 3 -
1. Menghilangkan kejahilan,
2. Diamalkan dan
3. Disampaikan kepada orang lain,
Riwayat ibnu Abas- diampunkan Allah dosa orang yang mengajar ilmu dan disihatkan dan dipanjangkan umur dia, 5 ayat Al-Quran panjang umur 1 ayat ada 1 qaf.
Daripada Umamah - malaikat, ikan didalam perut laut, burung di udara mendoakan orang yang menuntut ilmu, barangsiapa yang tak nak masuk neraka tengoklah orang yang suka mengaji.
Daripada Ibnu Mas'ud - mengaji lebih baik daripada 7 ribu tahun umur dunia siang berpuasa malam beramal.
08:29pm Fri 30-11-12
No comments:
Post a Comment