Showing posts with label Ustaz Mohd Zaki b Syukri. Show all posts
Showing posts with label Ustaz Mohd Zaki b Syukri. Show all posts

Sunday, June 12, 2016

Solat Dalam Ramadhan

Taqwa peri pentingnya dalam hidup, lihatlah apa yang telah kamu lakukan dalam penghidupan yang telah lalu, lihatlah hari-hari Ramadhan yang telah berlalu dan apa yang telah kita lakukan. Bagaimana prestasi sahur, qiamulail, solat tahajud, puasa, iftar, solat fardu kita. Sesungguh berjaya orang beriman bila orang ini telah melakukan solat dengan penuh khusyuk. 

Intipati kepada solat adalah khusyuk. Yang lebih baik bagi lelaki adalah mengutamakan solat fardu berjemaah di masjid. Bagi perempuan lebih afdal solat di rumah. Boleh solat di masjid jika keselamatan dapat dijaga. Saidina Umar alkhattab r.a dan isteri Atiqah. Berkatnya bulan Ramadhan bila isya dan subuh lebih ramai berjemaah di masjid walaupun masa solat tetap sama pada bulan-bulan lain. Orang solat tidak selamat, dalam kubur di tanya tiang agama dahulu, sesungguhnya telah berjaya, nak berjaya dihari akhirat perlu menghadapi pelbagai halangan, yang apabila mereka solat mereka akan solat dengan khusyuk. Tanda hari kiamat antaranya solat tanpa khusyuk.

Ibnu Zahabi menceritakan ketika pembukaan Islam di Asia Tengah terlibat dengan sekumpulan tentera yang terpaksa tidur didalam hutan, kena ada yang bertugas menjaga ketika yang lain tidur. Ada seorang tentera bernama Silah. Witir terbaik adalah sebelum sahur, witir lepas terawih masih boleh dibuat solat sunat lain selepas itu. Sahur terbaik lebih kurang bacaan 50 ayat AlQuran iaitu sepuluh minit sebelum Azan Subuh.

Silah seorang tentera punyai tabiat bangun malam, kisah harimau keluar di tempat Silah sedang solat witir tapi dia masih khusyuk solat hingga habis. Selepas itu dia mengundurkan diri sambil mata bertentang mata dengan rimau hinggakan dia makin jauh dan harimau itu pun bergerak masuk semula ke dalam hutan.

Syeikh al-Ghazali sebut tentang bagaimana untuk khusyuk solat bergantung kepada makanan tertentu, wuduk sempurna dan doa selepas wuduk, doa terbaik dalam Ramadhan 'ya Allah kaulah maha pengampun dan ampunkanlah aku' dibaca lima minit sebelum berbuka puasa. Tiga golongan orang yang tidak ditolak doanya iaitu doa orang musafir, orang berpuasa dan orang yang dizalimi.

Perkara yang perlu dibuat untuk khusyuk

1. Hadirkan hati sebagai khusyuk batin sepenuh hati fokus hanya kerana Allah kepada Allah sahaja. Solat kena ada ihsan umpama Allah ada melihat kita

2. Faham bacaan dalam solat, paling baik memahami bacaan surah ketika imam baca ketika solat berjemaah terawih.

3. Atta'zim membesarkan Allah swt memasukkan rasa hamba kepada Allah swt

4. AlHibbah rasa kehebatan Allah swt, maha kaya tak pernah habis kekayaan tak seperti manusia

5. ArRaddat penuh pengharapan, baca alfatihah paling minimum 17 kali sehari semalam, tak pernah bosan membacanya menunjukkan ia adalah mukijzat yang diturunkan Allah swt.

6. Alhaya'u ada rasa malu kepada Allah swt letak usaha semaksimum mungkin. 

Panduan untuk membaiki solat sempena bulan Ramadhan, azam untuk perbaiki sifat buruk yang ada pada kita. Bezakan Ramadhan tahun ini dengan tahun-tahun lepas.

Ahad, 7 Ramadhan 1437H 12/06/16.

Wednesday, September 18, 2013

Buat Baik Kepada Ibubapa

Ustaz Mohd Zaki Shukri
Surau Islamiah.
Kitab Tafsir assughuni syria

Surah Luqman:14, isra:23, nisa:36 Biru waliwalidaiya buat baik kepada kedua ibubapa.
Nafkah yang paling baik adalah nafkah kepada ibu dan bapa.
Memzahirkan dua gaya bahasa iaitu taat kepada Allah tiada pengecualian dan taat kepada ibu dan bapa ada pengecualian iaitu selagi mereka menyuruh kamu berbuat baik.
Anak soleh yang mendoakan ibubapa, Islam ajar kita hidup ada dua kali. Hidup yang pertama ada had dan limitasi. Allah kata ada yang Aku suruh dan ada yang Aku larang.
Makna umum 1.alBari nama salah satu dari 99 nama Allah, yang mewakili sifatNya.
Hak kepada anak jaga dan mempersiapkan dari segi fizikal dan spiritual anak-anak.
Hak kepada kedua ibubapa

Satu hadis siapakah yang berhak dipanggil orang yang jihad? Nabi saw menjawab Orang yang sebarluaskan akidah Islam ke seluruh alam adalah sebenar-benar jihad.
17/9/13 8:30pm

Monday, April 1, 2013

Al Quran Tempat Rujukan Tertinggi

Ustaz Mohd Zaki b Syukri, graduan Undang-undang Sivil dan Syariah UIAM,
Surau Islamiah,
Riwahayul Bayan, asSheikh Ali Zainal Abidin,

Al-Quran bukan bahan bacaan untuk dapat pahala semata, wajib diangkat lebih tinggi lagi sebagai tempat rujukan  berbagai aspek sesuai dengan nama-namanya yang pelbagai, baca faham amal dan sebar.

Manfaat baca Al-Quran, sifat Al-Quran ayat pertama dalam surah Al-Baqarah, sebagai cahaya kepada kita, akan berdamping dengan kita di akhirat, sebab-sebab bukan jadi sebab terjadinya suatu perkara.

Surah al-Hujurat:6-10, fasiq datang dengan perkhabaran, jangan terima hingga tergolong dalam golongan al fasiq, alfasiq adalah orang yang keluar dari sempadan syaraq yang melakukan perkara seperti:-

1. Melazimi melakukan dosa besar
2. Melakukan kesalahan jenayah hudud. Kesalahan khusus dengan hukuman yang khusus yang diturunkan Allah dalam Al-Quran,
3. Antihadis, orang bida'ah.

Orang fasiq hati dan lisannya betul tetapi tindakannya tidak betul. Dua bahagian besar dan kecil.

Perkhabaran berita maklumat yang berkesan kepada ummah yang perlu kita selidik dahulu sebelum terima atau kita akan menjadi sebahagian daripada orang-orang yang menyesal.

08:43pm Mon 01-04-13