Ustaz Mohd Zaki b Syukri, graduan Undang-undang Sivil dan Syariah UIAM,
Surau Islamiah,
Riwahayul Bayan, asSheikh Ali Zainal Abidin,
Al-Quran bukan bahan bacaan untuk dapat pahala semata, wajib diangkat lebih tinggi lagi sebagai tempat rujukan berbagai aspek sesuai dengan nama-namanya yang pelbagai, baca faham amal dan sebar.
Manfaat baca Al-Quran, sifat Al-Quran ayat pertama dalam surah Al-Baqarah, sebagai cahaya kepada kita, akan berdamping dengan kita di akhirat, sebab-sebab bukan jadi sebab terjadinya suatu perkara.
Surah al-Hujurat:6-10, fasiq datang dengan perkhabaran, jangan terima hingga tergolong dalam golongan al fasiq, alfasiq adalah orang yang keluar dari sempadan syaraq yang melakukan perkara seperti:-
1. Melazimi melakukan dosa besar
2. Melakukan kesalahan jenayah hudud. Kesalahan khusus dengan hukuman yang khusus yang diturunkan Allah dalam Al-Quran,
3. Antihadis, orang bida'ah.
Orang fasiq hati dan lisannya betul tetapi tindakannya tidak betul. Dua bahagian besar dan kecil.
Perkhabaran berita maklumat yang berkesan kepada ummah yang perlu kita selidik dahulu sebelum terima atau kita akan menjadi sebahagian daripada orang-orang yang menyesal.
08:43pm Mon 01-04-13
No comments:
Post a Comment