Friday, March 22, 2013

Perkara Membatalkan Syahadah

Ust UIA,
Surau Islamiah,
sambungan...

 2. Mengaku perkara zahir batin bukan hak Allah,
Surah al-Ankabut:58, ingat Allah hanya ketika susah dan waktu tertentu sahaja.

Surah Az-Zuhruf:51-54 Firaun kata Sungai Nil yang besar dan terpanjang mengalir atas arahan beliau. Nabi Musa ketika itu tiada apa. Firaun kata kalau Musa hebat mana malaikat yang tak jadi pengapit nabi. Dibanding dengan Firaun yang penuh gelang emas di tangan.

3. Beramal kepada selain dari Allah.
Doa iftitah dalam surah an'am:152-153 hanya sunat hai'at bukan fardhu.

Pengakuan ikrar rasmi ibadat kerana Allah. Berkhidmat kerana Allah untuk negara. Ibadat tak khusus untuk yang lima sahaja tetapi apa saja amalan baik yang Allah tak larang dengan niat kerana Allah. Bina masjid dengan sebaik-baiknya dengan niat kerana Allah.

Banyak amalan syirik seperti khidmat untuk kebangsaan, perkauman macam Ansar dan Muhajirin bilamana dijadikan qasad tujuan.

Mazhab berbeza merupakan satu rahmat daripada Allah. Taksub mazhab seperti tawaf tersentuh wanita wajib ambil semula wuduk.

Sahabat tanya nabi apakah itu Assobiyah/perkauman, nabi kata bila kamu tolong kaum kamu walaupun dia zalim dan kamu bukanlah dikalangan umat aku.

08:41pm Fri 22-03-13

No comments: