Ucapan oleh Penasihat Sekolah Rendah Islam Al-Imtar, Ustaz Ahmad Husni Harun dan Ucapan oleh wakil Yayasan SEDHAR (Sumbangan Ehsan Dato Haji Abdul Rahman), En Zulkifli Mohd Karim. En Zulkifli merupakan bekas pegawai yang pernah berkhidmat selama beberapa tahun di Yayasan Selangor.
Sebagai pengenalan, Sekolah SRI al-Imtar ini dibuka pada Disember 2002 atas tajaan bersama Yayasan SEDHAR dan telah dirasmikan pada November 2009 oleh Yang DiPertuan Agong pada masa itu iaitu Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin yang turut melancarkan Dana Sekolah Islam Al-Imtar.
Persembahan oleh artis kumpulan nasyid baru iaitu, Al-Wadi yang menyumbangkan beberapa lagu seperti Ya Habibi, Bebas Palestin dan Damai. Sebenarnya terdapat 9 orang ahli tetapi disebabkan ada komitmen lain, yang dapat datang hanya 3 orang sahaja. Walaupun begitu persembahan mereka masih tetap meriah.
Persembahan Kumpulan Al-Wadi bersama pelajar |
(sumber : YouTube)
Pelajar-pelajar juga tidak ketinggalan membuat persembahan. Persembahan daripada pelajar tadika, pelajar Tahun 1 dengan lagu Hasbi Rabbi, Pelajar Tahun 2 dan 3 dengan lagu Andai Ku Tahu,
Persembahan pelajar Tahun 2 dan 3, Andai Ku Tahu |
Persembahan Pelajar Tahun 1, Hasbi Rabbi |
Pada upacara penyampaian hadiah pelajar, anak sulung kami Amir Hazim, Alhamdulillah, telah mendapat tempat pertama bagi Akademik Tahun Satu sesi pagi, KAFA Tahun Satu sesi petang dan juga Pelajar Cemerlang Lelaki SRI Al-Imtar.
Muhammad Amir Hazim menerima Trofi Pelajar Cemerlang Lelaki SRI Al-Imtar |
Majlis telah bersurai pada jam 5 petang.
Mabruk! Muhammad Amir Hazim bersama 3 trofi |
No comments:
Post a Comment