Tuesday, January 1, 2013

Taklimat Sri Al Imtar 2013 : Perkembangan Ilmu

Oleh Dr Awang Sariyan, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kenapa kita patut kembangkan ilmu yang kita perolehi sejak alam roh, satu kontrak agung perihal aqidah mengesakan Allah, bila kembali ke alam barzakh ditanya kembali.

Kitaran hidup dari alam roh hingga alam barzakh berpaksi kepada ilmu aqidah. Surah Al-Baqarah ayat 31 yang bermaksud,

'Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: “Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar”'[Surah al-Baqarah, 2:31].

Nabi Adam perkara pertama yang diberi Allah kepada baginda adalah ilmu, Allah menggambarkan sebatang pohon berkenaan orang yang beriman, akar yang menunjang, batang yang kuat, pucuk dan daun menghala ke langit.

The rational animal, sarjana barat menggelar manusia yang berbeza dengan binatang yang mana manusia hebat pada 2 perkara iaitu akal fikiran dan bahasa, dengan akal dan bahasa kita dapat mencari ilmu. 

Dengan ilmu manusia sampai ke angkasa, Surah Yasin ada menceritakan tentang angkasa, 

[37]Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;

[38]Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;

[39]Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya – (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.

[40](Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing. [Surah Yasin, 36:37-40]


sekira umat Islam masih menjadi masyarakat penumpang bukan masyarakat pencipta selama itu tetap menjadi masyarakat kelas kedua.

Saintis Islam dahulu seperti Ibnu Sina segala ilmu beliau telah diterjemah kepada bahasa barat sehinggakan nama turut diubah jadi Avecenna.

Ilmu fardu ain dan kifayah, fardu ain sebagai pemula dan fardu kifayah sebagai pelengkap. Jika hanya ada ilmu fardu kifayah yang hebat takkan lengkap jika tiada ilmu fardu ain. Akan berlaku tiada pertimbangan akhlak sehingga jenayah dan rasuah semakin menular. Syirik pintu iaitu feng shui yang lebih utamakan nasib atau luck daripada berserah kepada Allah. Imanul al ikhwah. 

Prof al attas ada berkata, orang dewasa yang masih remaja sepanjang hayat, masih tak selesai dengan ilmu-ilmu asas seperti solat masbuq bagaimana mahu meneroka bidang ilmu yang lebih mendalam.

Apabila Gaza menangis kita hanya mampu mengutip derma, tiada kekuatan aqidah. Umat islam lebih gemar bergaduh sesama mereka daripada menentang Israel atau Amerika. Fahaman Qadiani, Syiah dan berbagai lagi yang berjaya menarik golongan intelektual. Perpecahan umat amat menyimpang daripada ilmu Al-Quran.

Apabila ilmu tidak dikembangkan, fitnah berleluasa, sifat orang melayu suka ambil tahu dan memberitahu bukan setakat yang baik malah yang buruk juga.

Pergantungan kepada Allah juga lemah hingga timbul hasad dengki saling menjatuhkan. Kecenderungan hiburan melampau, dalam media massa, mantan remaja turut terpengaruh, menqadakan rancangan tv lebih berbanding solat. Ayat Al-Quran tidak akan mungkin sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu.

Cita-cita unggul membina umat rabbani masyarakat kelas pertama dan menjadi masyarakat imam.

10:38am Tue 01-01-13

No comments: