Ustaz Fadhullah Ismail, Hadis 40, hadis 21, istiqamah dan iman. Abi amru aka Sufian bin Abdullah al-Zaqafi r.a. bertanya kepada Nabi s.a.w, ucapkanlah suatu perkataan tentang Islam dan yang takkan ditanya pada orang lain, Nabi s.a.w kata ucapkanlah aku beriman dengan Allah dan hendaklah beristiqamahlah dengannya dan kamu takkan mampu. Jawab minhul karim ucapan nabi yang ringkas dan pendek. Istilah penting - Tentang islam maksud tentang akidah dan syariat. Satu perkataan maksud yang jelas mencakupi semua berkenaan Islam. Istiqamah maksud tetapkan dan teguhkanlah iman kamu. Beriman dengan Allah maksud beriman dengan segalanya. Alfusilat:30 Allah akan turunkan ilham kepada kita supaya jangan bimbang atas segala musibah, Al-Aktof:13 tak perlu berdukacita atas musibah. Istiqamah bermaksud tak mensyirikkan kepada sesuatu, yakin bahawa Allah itu Rabb kita, pengajian tauhid itu tiga bahagian, zaman nabi tiada pembahagian tauhid rubbubiyah, ulluhiyyah dan asmaul sifat. Ayat mutasyabihat contoh tangan Allah atas tangan-tangan mereka. Fussilat:6 istiqamahlah. Istiqamah bermula dari hati kalau hati tak terima macamana nak diikuti dengan tindakan. Ilmu tasauf bincang penyakit hati, sekarang dipanggil ilmu akhlak. Berhati dengan tiga kumpulan yang ada unsur agenda musuh islam 1. Gerakan tasauf tapi tolak jihad 2. Gerakan jihad yang tolak siasah politik contoh Syria yang di bawah gerakan al-Qaeda, gerakan Islam yang boleh menang dalam pilihanraya seperti Turki, Algeria, al-Hamas, 3. Gerakan kumpulan Islam sederhana. Istiqamah nak tak nak mesti dengan lisan, nabi kata manusia masuk ke neraka disebabkan dua benda iaitu antara dua bibir (lidah) dan dua peha (kemaluan). Nabi Muhammad s.a.w kata istiqamah di kedua hati dan lidahnya. Apabila berpagi-pagi anak Adam segala anggota kata pada lidah segala perbuatan kami bergantung kepada kamu jika kamu istiqamah dalam keadaan lurus atau bengkok. Istiqamah tanda orang teguh hati dan tekun buat sesuati perkara. Rabu minggu pertama 5/2/14 8.50pm.
Monday, February 24, 2014
Monday, December 16, 2013
Sifat malu
Surau Islamiah
Sifat Malu
Bahagian Malu
Hasil Malu
Sunday, November 10, 2013
Mati dalam Husnul Khotimah
Surau Islamiah
Mati dalam husnul khotimah dalam keadaan baik. Mendapat syahid.
8. Sesapa yang mintak syahid dengan Allah bersungguh.
9, 10. Orang yang mati mabuk laut dan mati tenggelam dalam laut.
11. Orang mati dimakan binatang buas.
12. Orang yang mati tersedak ketika minum air.
13. Orang yang pegang teguh agama ketika agama difitnah.
14. Orang yang tergelincir dari puncak gunung. Hadis ibnu Mas'ud
15. Orang yang berjaga di medan perang siang dan malam dan mati terbunuh.
16. Orang yang menghadap pemerintah zalim dan menyarankan agar pemerintah tersebut buat benda baik dan cegah mungkar tetapi dibunuh oleh pemerintah. Akan bersama dengan penghulu syahid.
17. Orang mati mengerjakan amalan baik, mati dalam keadaan berpuasa, sedekah.
18. Orang yang dalam masa sakitnya mengamal doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali. Jika sembuh akan bersih dari segala dosa.
19. Mati dalam runtuhan timbunan bangunan.
21. Mati kerana sakit perut, menderita sakit perut dan bersabar menanggungnya.
22. Mati dalam keadaan nifas hendak melahirkan anak.
23, 24. Orang mati terbakar dan mati menghidap radang selaput dada.
25,26,27. Orang mati membela agama, jiwa dan keluarga.
28. Orang mati membela harta dan melawan. Seseorang yang datang nak rampas harta dan nak membunuh dia, jika kita mati akan mendapat syahid.
29. Orang mati berperang di medan perang.
30. Orang mati menghidap penyakit paru-paru.
31. Orang mati di Madinah al-Munawwarah.
8:30pm 6/11/13
Saturday, October 5, 2013
Hadis 40 Imam Nawawi
Ustaz Fadhlulah Ismail
Surau Islamiah
Kitab al Wafi Syara Hadith, hadis 40 Imam Nawawi
Hadis 18 Takwa kepada Allah
Daripada Abu Zar, Abi Rahman daripada Nabi saw bersabda, bertaqwalah kepada Allah dimana sahaja, ikutilah kejahatan dengan buat kebaikan, kebaikan akan mengatasi kejahatan. Berakhlak kepada manusia dengan akhlak yang baik.
Hadis adalah sesuatu yang datang daripada Nabi saw sama ada ucapan nabi, perbuatan nabi, diam nabi dan sifat nabi. Malam ini hadis ucapan. Jundup bin Junaidah dan Abi Rahman.
Ittaqillah takutlah kamu kepada Allah, ulamak kata mencari suatu sebagai pelindung terhadap azab Allah. Duduk antara kita dan azab Allah. Manusia dididik untuk takut kepada benda seperti cctv.
Dimana sahaja kamu berada bermakna dalam apa jua keadaan, di mana pun.
Ikutilah makna selepas buat jahat segera buat baik.
Yang menghilangkan kesalahan bermakna buat baik malaikat pandang semula.
Sebab muncul hadis, ketika nabi dengan Muaz b Jabal nak hantar muaz ke negara Yemen, ajar islam, nasihat nabi saw kepada Muaz jangan buat zalim kepada orang yang teraniaya. Kemudian Muaz bertanya adakah Lailahaillah itu salah satu perkara baik? Nabi saw pun menjawab ya dan sebesar-besar kebaikan.
Tika Nabi bersama Abu Zar, Abu Zar berkata ajarkan aku bagaimana aku dapat dekat dengan syurga dan jauhkan diri dari neraka. Apabila Sahabat nabi saw bertanya mereka akan bersungguh-sungguh nak buat. Nabi saw kata buat benda baik dapat 10 kali ganda. Kemudian Abu Zar tanya adakah Lailaha'ilallah itu perkara baik. Nabi saw menjawab Ya malah lebih baik lagi.
Perkara tak baik yang boleh dipadam semula dosanya hanyalah dosa-dosa kecil, tidak termasuk dosa besar kerana ia perlu disertai dengan solat taubat.
Manusia adalah khalifah di bumi Allah, tidak sama dengan malaikat yang sentiasa bertasbih kepada Allah, taat kepada Allah tapi tak campur dengan manusia. Kelebihan manusia berbanding dengan malaikat adalah manusia dapat beribadat kepada Allah dan pada masa yang sama dapat bercampur gaul dengan semua manusia bersosial, berakhlak baik.
Nabi Muhammad saw mengajar kepada kita punca kejayaan adalah taqwa. Ada ayah yang cukup marah bila anak tak pergi tuisyen tapi tak marah bila anak pergi sekolah tak solat subuh. Hanya kerana tuisyen memerlukan duit yang banyak tetapi solat tak perlu mengeluarkan duit. Manusia lebih memandang duit sebagai pengukur kejayaan daripada ibadat.
Orang yang berbuat dosa dan tidak solat masih boleh berjaya dalam hidup tetapi ianya takkan lama.
Suasana memuntahkan ilmu iaitu sumbat hafal ilmu kemudian keluarkan depan kertas periksa. Lepas muntah adakah budak tu nak telan balik muntah tu?
Orang tak solat adalah orang yang khianat kepada Allah.
Islam datang muncul ilmuan yang cemerlang dunia akhirat, contoh ibnu sina, al khwarizmi. Islam betulkan makna kejayaan.
Benda pelik dalam dunia ada 6 mukjizat, karomah, maunah,istidraj mcm firaun nikmat Allah bagi dalam keadaan marah, sihir, irhaz seperti kanak-kanak yang boleh bercakap masa kecil.
Nak dapat taqwa, kita mesti tahu apa yang Allah tak suka dan suka, kena duduk dalam majlis ilmu.
Sesungguhnya Nabi saw memuji orang yang bersusah payah nak pergi ke majlis ilmu. Sememangnya untuk nak dapat masuk syurga perlu bersusah payah dahulu.Nak cepat pergi neraka layanlah benda syahwat.
Segeralah buat baik lepas buat jahat seperti dosa kecil sahaja, dosa besar hanya dengan taubat dan solat taubat.
Amalan kalau buat Allah akan hilangkan dosa dan angkat darjat
1 angkat wuduk secara tenang
2 langkah ke masjid
3 menunggu waktu azan selepas solat sebelumnya.
Hadis tentang Akhlak
Kubak b Amir tentang sebaik akhlak yang sebaik-baik penduduk dunia di akhirat
1 hubungkan silaturahim dengan orang yang putuskan dengan kamu
2 menghalalkan pemberian orang yang mengharamkan pemberiannya kepada kita
3 beri kemaafan kepada orang buat zalim kepada kamu.
Cat Steven kata aku masuk Islam setelah aku mengkaji tentang Islam, jika aku melihat tentang orang Islam nescaya aku takkan masuk Islam.
Syeikh Muhd Abduh kata aku pergi negara arab ramai orang Islam tapi agama Islam tiada di situ, bila aku pergi ke barat tiada orang Islam disitu tapi tiada agama Islam.
Kebersihan adalah sesuatu milik Islam.
2/10/13 8:30pm
Wednesday, April 3, 2013
Hadis tentang 12 Malaikat, Ludah, Abu Bakar masuk syurga & Konflik Dua VIP
Surau Islamiah,
HADIS 1 Hadis tentang 12 malaikat
Anas r.a menceritakan satu ketika seorang lelaki masuk saf solat termengah-mengah dan tergopoh-gopoh lewat. Sebelum mengangkat takbir dia mengucapkan alhamdulillah hilazi hamdan kasiro mubarakatan fiq.. Habis solat Nabi s.a.w. terus menoleh ke belakang dan bertanya siapakah yang ucap ayat tadi? Pada mulanya tiada orang mengaku. Kali kedua lelaki tadi menjawap saya ya Rasulullah. Nabi pun berkata aku nampak ada 12 malaikat berebut nak angkat ucapan tadi.
Moral: Nabi s.a.w. menunjukkan teknik menegur orang yang buat salah dengan memuji dahulu di khalayak ramai seperti Nabi s.a.w. buat.
HADIS 2, Hadis tentang ludah,
Anas r.a ternampak kesan ludah pada dinding masjid hingga Nabi Muhammad s.a.w. marah merah muka, datang seorang perempuan membersihkan dan menyembur minyak wangi, Nabi s.a.w berkata alangkah bagus perbuatan perempuan ini.
Moral :
1. Nabi Muhammad s.a.w. marah dalam keadaan diam hingga muka merah. Tak perlu membebel merepek buang masa.
2. Buat tindakan cepat selesaikan masalah seperti perempuan tadi. Dia taknak bagi nabi marah lagi dan dia pun tahu perbuatan itu tak elok. Ditambah lagi buat benda elok.
3. Nabi Muhammad s.a.w. puji perbuatan bukan puji orang.
Hadis 3 Abu Bakar masuk syurga,
Abu Hurairah kata Nabi s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat siapa dikalangan kamu puasa sunat pada hari ini, Abu Bakar menjawap aku ya Rasulullah, Nabi s.a.w. bertanya lagi siapa yang ada menghantar jenazah pada hari ini, Abu Bakar menjawap aku ya Rasulullah, Nabi s.a.w. bertanya lagi siapa yang ada bersedekah kepada orang miskin, Abu Bakar juga menjawap aku ya Rasulullah, soalan terakhir Nabi s.a.w. bertanya siapa yang ada melawat orang sakit. Abu Bakar pun menjawap aku ya Rasulullah.
Nabi berkata sesiapa yang membuat semua perbuatan tadi pasti akan masuk syurga.
Moral:
1. Tidak memuji Abu Bakar tetapi untuk memberi galakan kepada orang lain berbuat perkara yang sama.
2. Memberi penghargaan kepada orang yang buat baik.
HADIS 4 Dua VIP berkonflik,
Abd Rahman b Auf seorang kaya mengadu kepada Nabi s.a.w. tentang Khalid al-Walid, nabi pun memanggil seorang demi seorang. Bila bercakap dengan Khalid al-Walid nabi ingatkan jangan kamu sakiti hati ahli perang Badar yang kalau sedekah segunung emas masih tidak dapat menandingi Abdul Rahman bin Auf.
Nabi s.a.w panggil Abdul Rahman, kata jangan kamu sakiti Khalid al-Walid dia merupakan salah satu daripada pedang Allah yang dihantar memerangi orang kafir.
Moral : Cara yang betul menjadi orang tengah dengan menghargai kedua-dua belah pihak.
08:41pm Wed 03-04-13
Monday, February 25, 2013
Hadis 40 Imam Nawawi
Penceramah : Ustaz Fadlullah Ismail,
Tempat : Surau Islamiah,
Kitab : Hadis 40 Imam Nawawi, ilmu hadis, makna sanat matan dll.
Ada 6 ulamak hadis yang terkenal iaitu Abu Daud, Bukhari, Muslim, Tarmizi, Nasaei, Majah.
Hadis terbahagi kepada tiga iaitu
i. Hadis Sahih,
ii. Hadis Daif,
iii. Hadis Mauduq.
Hadis Sahih ada beberapa syarat iaitu
i. Perawi bersifat adil bukan fasiq,
ii. Perawi seorang dobiq iaitu kuat ingatan,
iii. Perawi selamat daripada keganjilan iaitu ianya tidak berbeza dengan hadis yang sama yang dibawa oleh perawi lain.
Hadis Daif bermaksud hadis yang lemah dan pelik.
Hadis Mauduq bermaksud hadis yang disahkan palsu.
Hadis DAIF contoh - hadis menuntut ilmu itu fardu bagi setiap muslim, ia menjadi hadis lemah kerana daripada turutan perawi terdapat seorang perawi yang terkenal dengan sifat pelupa yang bernama Abd Malik bin Ali dan juga hadis ganjaran terawih setiap malam. Hadis Daif boleh diceritakan kepada orang lain dalam bab akhlak tetapi bukan untuk bab akidah dan amalan ibadah.
Hadis MAUDUQ wujud sejak zaman Saidina Usman yang mana bermulanya zaman pertembungan orang Islam yang berpecah apabila Saidina Usman melantik saudara maranya di dalam jemaah menteri pemerintahan. Ketika di zaman Saidina Ali muncul pula golongan Syiah seperti Zairiah dan Jaafari dll.
Terpecah kepada 3 golongan
1. Syiah yang menyokong Saidina Ali
2. Khawarij yang menolak Saidina Ali tetapi menyokong Muawiyah
3. Golongan yang tidak menyokong dua-dua pihak, imam azuhri imam syiah,
Sebab-sebab kemunculan hadis palsu
SATU telah muncul hadis palsu yang banyak dibuat oleh golongan Syiah atas sebab taksub kepada ketua. Golongan muawiyah dan golongan ketiga juga ada hadis palsu. Bani umaiyah syria, muawiyah anak abu sufian. Bani abasiyah iraq, abas ibni abu talib.
DUA Golongan zihir yang benci Islam turut ada hadis pelik dan lawak.
TIGA Assabiyah yang taksub kepada bangsa juga ada mereka hadis palsu.
EMPAT Taksub dan benci kepada 4 imam, contoh imam Abu Hanifah.
LIMA Amalan sesetengah zikir
ENAM Pertahan mazhab Abu Hanifa tiadalah solat baginya yang angkat tangan selepas ruku', mazhab Imam Syafie ada mengatakan Jibril membaca basmallah dengan kuat ketika solat.
TUJUH Kelebihan surah direka oleh Noh bin Abi Mariam.
LAPAN Golongan pengampu pemerintah seperti kisah Riyad bin Ibrahim yang masuk berjumpa khalifah Mahdi bapa khalifah Harun arRashid sedang bermain dengan burung merpati lalu berkata dia kepada khalifah bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda bermain burung merpati itu harus.
Cara ingin tahu Hadis Mauduq
1. Ada sebab keuntungan dan tersilap tulis
2. bercanggah dengan akal contoh Bahtera Nabi Noh bertawaf 7 kali di Kaabah, ayam putih adalah kekasihku(nabi),
3. Bercanggah dengan Al-Quran contoh anak zina tidak boleh masuk syurga hingga tujuh keturunan.
4. Terang pahala besar atas amalan kecil atau kesalahan kecil mendapat dosa besar seperti contoh mengerjakan solat dhuha akan mendapat pahala 70 nabi, keburukan atau kelebihan hari tertentu.
Nabi s.a.w ada bersabda jangan berdusta dan bersandar atas namaku nescaya tunggulah azab di neraka kelak.
08:44pm Wed 03-10-12 yayasan aman
Wednesday, February 6, 2013
Cakap perkara baik, Muliakan Jiran dan Tetamu
Tempat : Surau Islamiah,
Kitab : Hadis 40 Imam Nawawi, hadis ke 15,
Riwahul Bukhari dan Muslim, siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat bila Allah terima amalannya seperti:-.
Hadis A : Cakap benda baik atau lebih baik diam, perkara harus yang letaknya di tengah boleh menjadi wajib atau haram, bercakap menjadi wajib bila digunakan untuk mengajar orang menjadi baik, Diam yang selamat adalah dengar perkara daripada orang lain di pertengahan jalan cerita.
Iman yang teguh bila hati teguh dan teguh hati bila lidah teguh. Hakikat iman yang sebenar dicapai bila jaga lisan.
Tanda cantik Islam pada seorang bila tanggalkan benda tak manfaat. Muaz b Jabal, duta ke Yemen katanya, Nabi s.a.w bersabda
Tidak Allah heret muka ke neraka melainkan kerana lidahnya.Adab bicara,
1. Bila rasa tak patut cakap maka berhenti bercakap,
2. Jangan berlebihan cakap perkara tidak manfaat. Punca hati keras kerana cakap banyak tak tentu hala.
3. Wajib bercakap untuk halang maksiat dan mengajak kepada kebenaran.
Hadis B : Hendaklah memuliakan jirannya,
Jibril a.s berterusan cerita peringatan tentang jiran ketika bersama Rasulullah s.a.w seolah-olah jiran adalah pewaris harta. Abu Bakar ada buat amalan baik tetapi tak pernah bagitahu orang lain iaitu beri makanan kat jiran.
Hadis C: Muliakan tetamu.
Tuanrumah kena layan tetamu dengan sebaik-baik layanan sehari semalam sahaja. Terima tetamu hanya untuk selama 3 hari. Hari ke 2-3 apa yang kita makan itulah tetamu makan. Lepas 3 hari tidak digalakkan. Tidak halal lelaki/perempuan muslim hingga saudara tuanrumah dapat dosa kerana menyumpah seranah. Tuan rumah kena beritahu cara baik suruh tetamu balik.
08:52pm Wed 06-02-13
Sunday, July 29, 2012
Islam, Iman dan Ehsan
Tempat : Surau Islamiah,
Tazkirah Ramadhan 10,
Hadis Nabi Muhammad s.a.w, Saidina Umar berkata satu hari kami duduk di dalam satu majlis kemudian datang seorang pemuda berpakaian putih bersih tiada tanda-tanda seorang musafir dan orang kampung tiada seorang pun mengenali, lalu pemuda itu duduk dihadapan berlaga lutut dengan Nabi s.a.w. sambil tangan diletak atas peha Nabi, dan bertanya kepada Nabi s.a.w.
Pertanyaan pemuda itu adalah kisahkan kepadaku tentang Islam, nabi menjawab lima perkara rukun Islam, soalan lain ceritakan kepadaku tentang iman, ketiga ceritakan kepadaku tentang ihsan, keempat khabarkan tentang hari kiamat assa'ah dan tanda-tandanya, nabi menjawab tanda-tanda kecil kiamat adalah
1. Golongan ibu yang melahirkan tuannya,
2. Orang miskin membina bangunan tinggi.
Selepas orang itu pergi Nabi Muhammad s.a.w. bertanya kepada Saidina Umar kau kenal ke pemuda itu? Nabi Muhammad kata itulah Jibril a.s.
Rukun Islam pertama ucap syahadah, apa makna tuhan, dalam Islam ia bermaksud suatu perkara yang kita sembah sama ada layak atau tidak, contohnya pangkat, nafsu, tv, anak beranak dan lain-lain, apabila melebihi daripada batas perkara yang kita pentingkan itu tadi menjadi tuhan yang kita sembah, kita terima Allah sebagai tuhan, tetapi masih melawan tuntutan tuhan dengan kelakuan seperti pembeli di pasar ramadhan yang tidak menutup aurat, begitu juga peniaga di pasar ramadhan tanpa bersolat dan tidak menutup aurat.
Tuntutan syahadah, wajib mempertahan Nabi Muhammad s.a.w. dan sunnah baginda apabila baginda sudah tiada, menjaga syahadah daripada murtad dan terbatal, tanda iktikad, ucapan dan perbuatan yang bertentangan dengan Islam.
Iman bermakna keyakinan dalam hati, ucap dengan lidah, lakukan dengan perbuatan. Manakala Ehsan pula bermaksud apabila kita tidak mampu melihat Allah, kita kena yakin bahawa Allah melihat kita.
Puasa adalah ibadat senyap tidak seperti solat, zakat, haji dan juga syahadah yang mana orang lain nampak apa yang kita lakukan manakala puasa tiada siapa yang mengetahui sama ada kita berpuasa atau tidak pada hari itu.
Tanda-tanda kiamat seperti terdapat orang miskin melarat sedang membina bangunan tinggi dan orang yang melakukan perkara yang baik akan dihina oleh orang sekeliling manakala orang yang berperangai jahat akan dihormati dan disanjung tinggi.
10:08pm Sun 29-07-12
Wednesday, June 6, 2012
Tuntutan ke Atas Syahadah
Penceramah : Ustaz Fadhlullah,
Tempat : Surau Islamiah
Ucapan dua kalimah syahadah sebagai menerima Allah dan Nabi Muhammad sebagai tuhan dan rasul. Sahabat Nabi s.a.w. seperti Bilal bin Rabah, Sumaiyyah masuk Islam secara payah. Bermaksud apabila menerima Islam sanggup menerima segala ujian dan siksaan daripada orang kafir. Islam diterima sebagai tanggungjawab.
Ada 4 perkara yang perlu dibuat sebagai tuntutan syahadah
1. Membenarkan segala perkara yang datang daripada Allah dan Rasulullah (tasdiq) iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Tolak satu huruf dalam Al-Quran, gugur syahadah. Membiarkan diri duduk dalam kejahilan adalah dosa besar. Lawan sunnah/hadis nabi ertinya lawan Allah.
2. Taat dan Walaq (kesetiaan) kpd Allah dan Rasul secara mutlak, tidak berbelah bahagi. Solat jamak qasar, buka puasa jika tak larat, nikah isteri ke 2, 3, 4, hikmah tutup aurat laki cari jodoh beragama.
3. Laksana amar maqruf nahi mungkar, daqwah pahala untuk umat, di zaman ini hukumnya fardhu ain tanpa terkecuali, khidmat untuk islam, ceramah, tulis apa sahaja, cegah dengan hati makna tunjuk protes tinggalkan tempat, luah perasaan dengan hikmah dan bijaksana bukan cara lembut, duduk diam tengok sahaja orang
buat mungkar.
4. Menegakkan syariah Allah, dalam diri, keluarga, masyarakat, negara. Ada perintah Allah atas diri sndiri, wajib ada kekuasaan untuk menjalankan perintah dan aturan Allah, Islam lebih maju daripada Barat, demokrasi dengan batasan tertentu.
08:54pm Wed 06-06-12
Wednesday, May 2, 2012
Akidah dan Tuntutan
Penceramah : Ustaz Fadlullah bin Ismail,
Tempat : Surau Islamiah,
Ramai orang Islam zaman sekarang ambil mudah tentang akidah. Akidah dalam bahasa Arab membawa maksud ikatan atau simpulan. Akidah adalah simpulan perkara maknawi iaitu sesuatu yang tidak dapat dilihat.
Sesuatu perkara yang dapat dilihat pula dipanggil issiah. Mukjizat nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad s.a.w. seperti Nabi Noh, Isa, Musa a.s. adalah contoh perkara ajaib yang dapat dilihat.
Terdapat 6 perkara pelik dalam Islam
1. Mukjizat, diberikan kepada para nabi dan rasul sahaja, ia membawa maksud kemuliaan iaitu penguat kepada hujah-hujah nabi dalam berda'wah bukan menjadi bahan pertunjukan.
Istimewanya Nabi Muhammad s.a.w. dan beza baginda dengan nabi-nabi yang terdahulu adalah baginda mendapat kedua-dua mukjizat iaitu isiah dan maknawi (Al-Quran).
2. Karomah, kemuliaan, diberi kepada orang soleh, wali allah seperti Saidina Umar alKhatab semasa beri khutbah bangun dan beri arahan kepada Khalid al Walid yang sedang perang, bukan sihir yang dibuat selalu, wali bermaksud penolong agama Allah, waraq orang yang berhati-hati dalam tindakannya didunia
tidak jatuh ke tempat yang tidak baik.
3. Ma'unah kepada orang awam yang buat amalan baik dan ikhlas, pertolongan Allah.
4. Isti'raj, kepada orang yang buat kezaliman, kufur, buat maksiat, yang umur makin panjang, makin kaya, maksud pemberian Allah secara dicampak dan keadaan marah, Contohnya Firaun dan Namrud.
5. Sihir, benda orang belajar, untuk mengelak daripada terkena sihir, sebelum tidur baca 3 Kul. Sihir seperti tangkal budak, tipu dalam berniaga, tangkal dalam kedai, nak tau rumah kena sihir makanan berbuak tanpa duduk atas dapur
6. Irkhas, seperti bayi yang boleh bercakap sewaktu kecil seperti Nabi Isa a.s, ashabul hudud, Juraij seorang bangsa Israel yang beribadat atas bukit tak sahut panggilan maknya.
Perjanjian antara manusia dengan Allah. 4 unsur terbentuk akidah
1. Akal yang boleh berfikir
2. Daya pemilihan untuk pilih perkara baik atau tidak
3. Penyerapan benda baik dalam jiwa
4. Hidayah hanya daripada Allah kerana mencari islam.
08:55pm Wed 02-05-12

