Ustaz Fadhullah Ismail,
Surau Islamiah
Surau Islamiah
Hadis 40 Imam Nawawi
Imam Ghazali berkata ada 4 golongan manusia iaitu
1. Orang yang tahu dan dia tahu bahawa dia tahu, ikutilah dia.
2. Orang yang tahu dan dia tak tahu bahawa dia tahu, beritahulah dia.
3. Orang yang tak tahu dan dia tahu bahawa dia tak tahu, ajarkanlah dia
4. Orang yang tak tahu dan dia tak tahu bahawa dia tak tahu, jauhilah dia,
Daripada Abu Mas'ud katanya Rasulullah s.a.w pernah bersabda dari perkataan para nabi yang terdahulu sampai kepada semua manusia di zaman mereka iaitu
'bila kamu tidak malu, buatlah sesuka hati kamu apa yang nak buat.'
Segala musibah apa sahaja berlaku kerana manusia hilang perasaan malu. Malu bermaksud tahan diri dari lakukan sesuatu yang aib dan ditinggalkan kerana takutkan dikenakan hukuman. Dakwah maksud ajakan atau seruan berakhlak dengan sifat malu, bila ada sifat malu dia akan solat dan buat perkara yang baik.
Sabda nabi malu salah satu cabang iman, orang jahiliyah perkataan terakhir yang mereka pegang adalah kata-kata daripada nabi mereka. Contoh zaman Nabi Ibrahim boleh nikah lebih empat orang perempuan dalam suatu waktu.
Pendapat ulama
SATU makna hadis nabi bersifat ayat ancaman, diucap dalam keadaan marah, buatlah sesuka hati sesungguhnya Allah akan balas apa yang kamu telah buat. Surah Fusilat:40, lakukanlah...
DUA hadis berbentuk pemahaman dan makluman bahawa siapa yang tidak malu akan bergelumang dengan maksiat dan dosa. Makna yang paling soheh adalah yang pertama.
Sifat Malu
Sifat malu iaitu
1. Semulajadi fitrah, contoh seluar koyak depan khalayak ramai, semua orang ada, barangsiapa malu akan lindung diri dan kurang dalam percakapannya, malu lebih kepada manusia
2. Malu bukan fitrah, malu lepas dekat diri dengan Allah, dah kenal Allah baru datang malu dengan Allah, tak semua orang ada dapat sifat ini.
Terdapat Malu yang dibenar oleh Islam dan dicela oleh Islam, malu jadi benteng dan pengawal adalah dipuji Islam. Malu yang berlebihan akan sebabkan diri kacau bilau, resah diri dan mencegah daripada kata benda yang betul adalah dicela Islam.
Bahagian Malu
Dua bahagian iaitu malu daripada iman atau malu daripada tanda kelemahan.
Al-Quran kisah Nabi Syuaib, anak perempuan Nabi Syuaib dan Nabi Musa di daerah Madian, Mesir. Nabi Musa digelar Qawiyulamin orang yang kuat lagi amanah, kuat sebab pernah tampar sampai mati seorang bani Israel, tolong ambil air untuk dua orang anak perempuan Nabi Syuaib, amanah intergriti mula jalan dibelakang perempuan kemudian tukar jalan didepan perempuan, akhirnya Nabi Musa dinikahkan,
Hasil Malu
Hasil daripada sifat malu iaitu alhayaq adalah sifat iffah rasa tahan kawal diri, alwafaq tunai janji dengan Allah dan manusia. Lawan sifat malu alwaqaq tak malu atau muka tembok, tak hirau orang lain cakap apa, Allah dah cabut sifat malu, bangga buat maksiat boleh batalkan syahadah.
Kisah pembunuh 100 orang yang mencari ustaz untuk bertanya peluang Allah ampunkan. Siapa buat maksiat puluhan tahun dan lama dah tinggalkan tak perlu tanya dengan orang lain atau mana-mana ustaz. Allah bagi peluang kita untuk bertaubat dari maksiat yang orang lain tak tahu.
Kewajipan ibubapa didik anak dengan sifat malu dari kecil lagi, bila dah besar agak payah, ajar pakai tudung dari kecil sebagai latihan, umur 4-5 tahun tak boleh pakai singlet lagi.
Tiada malu cari ilmu dan cari kebenaran.
Setiap rabu minggu pertama. 8:30 4/12/13
No comments:
Post a Comment