Thursday, December 26, 2013

Surah Al Fatihah dan ulasannya

Ustaz Hafiz Abu Bakar, 
Surau Islamiah, 
Kitab Fikih Muamalah Klasik dan Kontemporer, 



al-Fatihah ayat 5, kepada Allah kita sembah, meletakkan sepenuh sembahan, ketaatan, kepatuhan, ketundukan kepada Allah swt. Allah swt tempat kita bergantung, melambang tauhid ubudiah kepada Allah. 

Iyyakanasta'in sebagai Tauhid ulluhiyah tempat kita berserah segalanya, tempat kita minta segala  pertolongan. 

Ayat 6 menyatakan ketaatan kepada Allah dengan cara istiqamah konsisten dalam jalan agama Allah swt. 

Ayat 7 istiqamah berada dalam jalan yang dapat memasukkan kita dalam golongan yang diberi nikmat Allah swt, bukan golongan yang dimurkai dan yang sesat. Bagaimana manusia sanggup untuk menempah masuk dalam golongan yang dimurkai Allah swt kerana tak tahu bagaimana nak istiqamah dalam jalan Allah swt. 

Berterimakasihlah kepada Allah kerana kita masih berada dalam bulatan hidayah Allah swt, kita dilingkungi oleh usaha-usaha mendekatkan diri kepada Allah. 

Kenapa kita boleh bercerita dengan begitu teliti tentang sebuah kereta bagaimana pula tentang kitab yang diturunkan Allah swt kepada umat manusia. Sedangkan ayat Allah bukan diturunkan kepada orang tertentu sahaja, ianya untuk orang yang bertaqwa. 

Pahala dan dosa tidak boleh bercampurbaur, pahala yang didalam bulatan hidayah seperti air di dalam belon kemudian dosa seperti jarum dicucuk kepada belon, belon tersebut takkan dapat menjadi bulat lagi. 

Pahala tak buat, dosa pun tak buat, duduk ditengah, belum ada lagi kisah orang yang duduk di tengah-tengah titian siratulmustaqim, masuk syurga tidak neraka pun tidak. 

Peribadi diluar solat berdasarkan peribadi di dalam solat, aplikasi tak sabar, tidak ikut ketua, bagaimana nak duduk dalam bulatan hidayah Allah swt. 

Boleh bersifat jujur, amanah dengan menafkahkan sebahagian harta kita dengan bersedekah berinfaq, takkan masuk sifat mazmumah ke dalam bulatan hidayah Allah. 

Sabtu pertama 8:30 7/12/13

No comments: