Monday, February 25, 2013

Hadis 40 Imam Nawawi


Penceramah : Ustaz Fadlullah Ismail,
Tempat : Surau Islamiah,
Kitab : Hadis 40 Imam Nawawi, ilmu hadis, makna sanat matan dll.



Ada 6 ulamak hadis yang terkenal iaitu Abu Daud, Bukhari, Muslim, Tarmizi, Nasaei, Majah.

Hadis terbahagi kepada tiga iaitu

i. Hadis Sahih,
ii. Hadis Daif,
iii. Hadis Mauduq.

Hadis Sahih ada beberapa syarat iaitu
i. Perawi bersifat adil bukan fasiq,
ii. Perawi seorang dobiq iaitu kuat ingatan,
iii. Perawi selamat daripada keganjilan iaitu ianya tidak berbeza dengan hadis yang sama yang dibawa oleh perawi lain.

Hadis Daif bermaksud hadis yang lemah dan pelik.

Hadis Mauduq bermaksud hadis yang disahkan palsu.

Hadis DAIF contoh - hadis menuntut ilmu itu fardu bagi setiap muslim, ia menjadi hadis lemah kerana daripada turutan perawi terdapat seorang perawi yang terkenal dengan sifat pelupa yang bernama Abd Malik bin Ali dan juga hadis ganjaran terawih setiap malam. Hadis Daif boleh diceritakan kepada orang lain dalam bab akhlak tetapi bukan untuk bab akidah dan amalan ibadah.

Hadis MAUDUQ wujud sejak zaman Saidina Usman yang mana bermulanya zaman pertembungan orang Islam yang berpecah apabila Saidina Usman melantik saudara maranya di dalam jemaah menteri pemerintahan. Ketika di zaman Saidina Ali muncul pula golongan Syiah seperti Zairiah dan Jaafari dll.

Terpecah kepada 3 golongan
1. Syiah yang menyokong Saidina Ali
2. Khawarij yang menolak Saidina Ali tetapi menyokong Muawiyah
3. Golongan yang tidak menyokong dua-dua pihak, imam azuhri imam syiah,

Sebab-sebab kemunculan hadis palsu
SATU telah muncul hadis palsu yang banyak dibuat oleh golongan Syiah atas sebab taksub kepada ketua. Golongan muawiyah dan golongan ketiga juga ada hadis palsu. Bani umaiyah syria, muawiyah anak abu sufian. Bani abasiyah iraq, abas ibni abu talib.

DUA Golongan zihir yang benci Islam turut ada hadis pelik dan lawak.

TIGA Assabiyah yang taksub kepada bangsa juga ada mereka hadis palsu.

EMPAT Taksub dan benci kepada 4 imam, contoh imam Abu Hanifah.

LIMA Amalan sesetengah zikir

ENAM Pertahan mazhab Abu Hanifa tiadalah solat baginya yang angkat tangan selepas ruku', mazhab Imam Syafie ada mengatakan Jibril membaca basmallah dengan kuat ketika solat.

TUJUH Kelebihan surah direka oleh Noh bin Abi Mariam.

LAPAN Golongan pengampu pemerintah seperti kisah Riyad bin Ibrahim yang masuk berjumpa khalifah Mahdi bapa khalifah Harun arRashid sedang bermain dengan burung merpati lalu berkata dia kepada khalifah bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda bermain burung merpati itu harus.

Cara ingin tahu Hadis Mauduq
1. Ada sebab keuntungan dan tersilap tulis
2. bercanggah dengan akal contoh Bahtera Nabi Noh bertawaf 7 kali di Kaabah, ayam putih adalah kekasihku(nabi),
3. Bercanggah dengan Al-Quran contoh anak zina tidak boleh masuk syurga hingga tujuh keturunan.
4. Terang pahala besar atas amalan kecil atau kesalahan kecil mendapat dosa besar seperti contoh mengerjakan solat dhuha akan mendapat pahala 70 nabi, keburukan atau kelebihan hari tertentu.

Nabi s.a.w ada bersabda jangan berdusta dan bersandar atas namaku nescaya tunggulah azab di neraka kelak.

08:44pm Wed 03-10-12 yayasan aman

No comments: