Ustaz Hamizan Mohd Shah,
Surau Islamiah,
1. Pintu jihad, jihad paling besar cakap benar depan pemerintah yang zalim,
2. Pintu taubah, wajib bagi orang buat dosa, manusia sering buat dosa tak macam rasul yang maksum.
5. Pintu sadaqah pintu orang yang rajin sedeqah, waqaf,
Surah al-Baqarah 2:261-274 13 ayat tentang orang infaq harta,
Ayat 261 umpama 1 benih tumbuh 7 tangkai setiap tangkai 100 butir makna Allah bagi ganjaran bagi setiap sedeqah. Mardhatillah, semata-mata mencari keredaan Allah umpama satu pokok yang disirami hujan yang begitu lebat, boleh jadi sia-sia dan terbatal jika semata-mata untuk sakiti hati orang lain, bagi sedeqah tetapi hina orang yang disedeqah, kalau rasa ada sindiket dan takut tak sampai kepada si penerima sebenar itu luar tanggungan tapi antara kita dan Allah kita dah dapat bahagian, dah bagi kemudian ungkit cerita kepada orang lain pahala sedeqah kita akan terbatal.
Allah gambarkan sedeqah orang riak umpama tanah atas batu yang licin dituruni hujan lebat, seperti orang kafir yang bersedeqah, bila nak sedeqah/ waqaf/infaq beri yang baik-baik kalau boleh jangan barang yang lama, sedeqah orang nampak adalah baik tetapi tidak nampak lagi baik.
Niat nak bagi galakan supaya orang lain pun sedeqah dibolehkan tetapi kalau ada niat riak akan hilang pahala. Sedeqah cara sembunyi lagi elok lepas sedeqah buat tak tahu. Tangan kanan sedeqah tangan kiri tak tahu.
Kelebihan sedeqah menghapuskan dosa, sembuhkan penyakit, memberkat harta, melapangkan rezki, apa sahaja yang kamu sedeqahkan Allah akan bagi balik dan gandakan lagi rezki.
Janji Allah itu pasti jangan kedekut dengan Allah. Jangan batalkan pahala sedeqah dengan ungkit, hina orang atau riak.
08:50pm Tue 26-02-13
No comments:
Post a Comment