Monday, April 15, 2013

Riyadus Solihin - Jenis-jenis Hadis

Ustaz Najmudin Said,
Surau Islamiah,
Kitab Riyadus Solihin,

Hadis dari segi bahasa bermaksud al-jadid iaitu yang baharu.
Dari segi istilah ialah apa sahaja yang disandarkan kepada nabi, perkataan, perbuatan, takrir(nabi diam), sifat, akhlak.

Hadis Qauli,
Perkataan, tasbiyah di mekah selama 10 tahun,
Penyucian aqidah, nabi saran hanya mentauhidkan Allah, dan menjauhkan berhala, tanpa perlu solat, puasa, tarbiyah di Madinah, nabi ajar sahabat yang turut berhijrah yang beriman kepada Allah agar laksana solat zakat puasa dan sebagainya. Berjalan selama 13 tahun.

Hadis Fiqli
Hadis perbuatan, contoh nabi tidak pernah tinggal solat qabliyah 2 rakaat sebelum subuh dan 4 rakaat sebelum zuhur.

Hadis Taqrir
Perbuatan salah seorang sahabat dihadapan nabi dan nabi diam sahaja contoh sahabat makan dhab tetapi nabi tidak makan.

Hadis Sifat
Kejadian nabi s.a.w. contoh Anas menceritakan nabi tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.

Hadis Akhlak
Sifat peribadi nabi, contoh pemalunya nabi lebih malu daripada gadis perawan, nabi s.a.w tidak pernah  menolak sebarang makanan yang dihidang.

Sunnah mutaharoh yang suci. Sahabat, alhafiz Muhd Ismail penghafal Al-Quran. Kalau duduk belakang ulamak yang arif 100 ribu hadis. Sanad.

Kepentingan hadis Imam Nawawi kata
1. Ilmu yang penting yang digabung dengan Al-Quran seperti dalam hadis Lantadillu..
2. Kita buat apa yang Nabi Muhammad s.a.w selalu buat, makan tidur.

Keutamaan kelebihan belajar hadis
1. Allah beri cahaya di wajah orang yang belajar hadis, faham, hafal dan sampaikan, dimuliakan oleh Allah, ibadat kita lebih bermakna.
2. Membela menjaga hadis, Tafsir hadis yang disyarahkan oleh ahli hadis. Hadis mauduq (palsu) oleh golongan ekstrimis, antihadis dan
3. Golongan ahli hadis yang akan hancurkan anti hadis.

08:46pm Mon 15-04-13

No comments: