Ustaz Syakirin Husin
Surau Islamiah
Tafsir al-Quran Surah al-Imran:15-17
Tunjukilah kami jalan yang lurus, nikmat konsisten di jalan Allah, nikmat hadir sedikit iman, rezki dari Allah. Solat ibadah khusus kepada Allah, kunci kekuatan umat Islam Salahudin alAyubi semasa perang di Palestin. Ketika perang di Turki/ Konstantinopel, Sultan Muhamad al Fateh,
Nikmat ketiga, Allah hadirkan taqwa dan kita mampu lagi bertemu Allah, golongan yang dilindung iaitu ke4 yang bertemu dan berpisah kerana Allah, untuk mencapai matlamat mendapat keredhaan Allah.
Nikmat Allah terlalu banyak, bagaimana kita tunjuk rasa syukur.
Surah anNas, Izzaja anasrullahi walfat, ada tak dalam hidup kita nilai agama. Pembukaan kota Mekah, Nabi masuk dengan naiki unta dengan tunduk kepada bonggol kerana malu dengan Allah. Ayat 2, ramai orang akan masuk Islam berduyun, ayat 3, pujilah Allah. Tiga cara puji Allah, terima kasih kepada Allah dan istighfar kpd Allah, ramai manusia lupa nak mohon ampun kepada Allah, lupa nak rendah diri dihadapan Allah. Ayat 4, sesungguhnya itu sebenar-benar taubat kepada Allah.
Masa kita terlalu banyak untuk memenuhi kehendak hawa nafsu, selepas ibadah umum iaitu bekerja kerana Allah. Hilang punca untuk uruskan ibadah dan taqwa kepada Allah.
Dalam surah al-Imran, Allah nak khabarkan suatu perkara yang baik, jadilah hamba yang bertaqwa di sisi Allah. Taqwa setiap kali khutbah Jumaat, kunci dan paksi kepada umat Islam,
Hadiah taqwa adalah jannah Allah dan kekal didalamnya, sedia pasangan yang halal dan bersih.
Ayat 15 Allah maha melihat kepada semua hamba-hambaNya. Siapa hambaNya yang ambil peluang tawaran Allah, jangan jadi golongan yang menolak tawaran Allah tapi dalam ayat 16 Allah masih terima taubat mereka, Allah tunjuk sifat Maha Adil, Pengasih walaupun hambanya mengecewakan Allah.
Ayat 17, sifat sabar kena ada usaha untuk hasilkan sesuatu, hilang sabar dengan Allah sebab tak boleh duduk lama dalam rumah Allah.
Sifat benar ikhlas kepada Allah. Kena ada sabar dahulu ada usaha baru dapat ikhlas.
Sifat sepenuh ketaatan kepada Allah, istiqamah beribadat kepada Allah, konsisten di jalan Allah, konsisten berjemaah di rumah Allah, matlamat untuk jauhkan dari kesesatan dan dekatkan dengan nikmat Allah.
Sifat belanja harta ke jalan Allah, sejauh mana kita berkorban segala yang ada pada kita ke jalan Allah tak kira harta, masa, diri dan sebagainya.
Allah turut nak lihat bagaimana hambanya ada sifat merendahkan diri ketika masa sahur. Secara khusus Allah tunjukkan masa sahur masa yang cukup tenang, hening, masa paling efektif untuk meluahkan segalanya kepada Allah hingga mampu untuk mengalirkan airmata.
Kelima-lima sifat menjadi kunci kepada ketaqwaan kepada Allah.
3/10/13 8:30pm