Ustaz Sabree Mamat, Surau Islamiah, Allah bagi tiga masa, masa telah lalu, hanya boleh direnung sahaja adakah telah diisi dengan perkara yang berguna, orang yang menyesal dan mohon dengan Allah untuk mengisi masa dengan beribadah, benda paling jauh adalah masa yang telah ditinggalkan. Kedua masa yang akan datang, Saidina Umar kata tiada siapa dapat menjamin minit akan datang kita, dapat hidup lagi. Ketiga masa sekarang penuhi dengan beribadah, bekerja juga dikira ibadah dengan niat mencari rezeki untuk anak bini. Nafas juga ada tiga, orang yang menuntut ilmu diampunkan oleh Allah. Hanya ada dua makhluk yang buat maksiat iaitu manusia dan jin, makhluk lain yang taat kepada Allah akan melaknat makhluk yang berbuat maksiat. Tetapi jika manusia dan jin berbuat baik, makhluk lain akan mohon keampunan ke atas makhluk tersebut. Dalam kitab feqah, kubur orang yang bunuh diri diasingkan kerana takut mengganggu ahli kubur yang lain. Di Sulawesi satu kampung melakukan maksiat dan Allah perintahkan makhlukNya diratakan dan diterbalikkan kampung tersebut. Orang yang menuntut ilmu sudah tentu pahalanya jika dibanding dengan orang berzikir. Orang yang berzikir tanpa niat membesarkan Allah ulamak kata tak dapat pahala. Maha suci Allah.
Nabi Muhammad s.a.w kata tuntut ilmu itu wajib bagi setiap umat Islam, tidak sah ibadat seseorang jika tidak berilmu. Ilmu yang paling utama tauhid sebagai akar, feqah sebagai batang dan tasauf sebagai buahnya. Imam Malik kata, Tasauf tanpa feqah umpama zindiq menghampiri kafir, fiqah tanpa tasauf dikira fasiq. Tauhid wajib tahu, bukan tauhid ikut-ikutan, tuhan itu ada tapi apa buktinya? Kerana adanya alam ini. Ulamak kata tauhid itu mudah faham tapi mengamalkannya susah. Dimana Allah itu? Nyawa itu ada tapi ada kat mana, Allah itu tak bertempat. Kita berdoa tapi belum tentu diterima terus, sebab bila kita berdoa Allah itu bersifat kudrat maha berkuasa kita mesti yakin dan tanpa ragu-ragu. Mazhab Imam syafie bukan mudah nak buat mazhab. Imam Nawawi antara pengikut Imam Syafie. Mengajar kanak-kanak seperti mengukir atas batu amat payah tapi ianya kekal sampai bila-bila, umur 25 seperti ukir atas kayu, 40 ke atas seperti ukir atas air.
Bulan Rabiulawal, sahabat bernama Hubid bin Adi dan ditawan oleh kaum Quraisy dari puak Haris bersama Zaid dan Sinnah. Zaid disiksa dan dibunuh. Hubib pula disiksa disiat kulit dan dipanggil pemanah untuk disiksa, ditawar ditukar nyawa dengan nabi dan ditukar agama, bagaimana sahabat sanggup korbankan diri. Sabtu kedua 11/1/14 8:30
Monday, February 24, 2014
Menuntut Ilmu
Istiqamah dan Iman
Ustaz Fadhullah Ismail, Hadis 40, hadis 21, istiqamah dan iman. Abi amru aka Sufian bin Abdullah al-Zaqafi r.a. bertanya kepada Nabi s.a.w, ucapkanlah suatu perkataan tentang Islam dan yang takkan ditanya pada orang lain, Nabi s.a.w kata ucapkanlah aku beriman dengan Allah dan hendaklah beristiqamahlah dengannya dan kamu takkan mampu. Jawab minhul karim ucapan nabi yang ringkas dan pendek. Istilah penting - Tentang islam maksud tentang akidah dan syariat. Satu perkataan maksud yang jelas mencakupi semua berkenaan Islam. Istiqamah maksud tetapkan dan teguhkanlah iman kamu. Beriman dengan Allah maksud beriman dengan segalanya. Alfusilat:30 Allah akan turunkan ilham kepada kita supaya jangan bimbang atas segala musibah, Al-Aktof:13 tak perlu berdukacita atas musibah. Istiqamah bermaksud tak mensyirikkan kepada sesuatu, yakin bahawa Allah itu Rabb kita, pengajian tauhid itu tiga bahagian, zaman nabi tiada pembahagian tauhid rubbubiyah, ulluhiyyah dan asmaul sifat. Ayat mutasyabihat contoh tangan Allah atas tangan-tangan mereka. Fussilat:6 istiqamahlah. Istiqamah bermula dari hati kalau hati tak terima macamana nak diikuti dengan tindakan. Ilmu tasauf bincang penyakit hati, sekarang dipanggil ilmu akhlak. Berhati dengan tiga kumpulan yang ada unsur agenda musuh islam 1. Gerakan tasauf tapi tolak jihad 2. Gerakan jihad yang tolak siasah politik contoh Syria yang di bawah gerakan al-Qaeda, gerakan Islam yang boleh menang dalam pilihanraya seperti Turki, Algeria, al-Hamas, 3. Gerakan kumpulan Islam sederhana. Istiqamah nak tak nak mesti dengan lisan, nabi kata manusia masuk ke neraka disebabkan dua benda iaitu antara dua bibir (lidah) dan dua peha (kemaluan). Nabi Muhammad s.a.w kata istiqamah di kedua hati dan lidahnya. Apabila berpagi-pagi anak Adam segala anggota kata pada lidah segala perbuatan kami bergantung kepada kamu jika kamu istiqamah dalam keadaan lurus atau bengkok. Istiqamah tanda orang teguh hati dan tekun buat sesuati perkara. Rabu minggu pertama 5/2/14 8.50pm.
Hormati yang tua, Sayangi yang muda
Ustaz Rashdan, Hadis 23 menghormati yang tua menyayangi yang muda. Bukan umatku yang sempurna orang yg tidak menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda dari kita. Perlunya berbaik sangka di dalam suatu komuniti.
Kalau kita boleh hormati orang lain, orang akan hormati kita. Orang lama lebih banyak pengalaman dan lebih lama merasai asam garam kehidupan.
Hadis 24 orang yang beriman itu jinak dengan orang lain. Boleh hidup aman damai dalam berkumpulan. Manusia secara fitrah suka hidup berkumpulan, orang yang suka hidup berseorangan akan lebih agresif dan cepat marah. Kisah Ashabul Kahfi, zaman Nabi Isa pemuda yang beruzlah setelah melihat raja yang mentadbir negara tidak ikut islam.
Islam mengajar tentang fekah munakahat, muamalat seterusnya siasah urus tadbir negara.
Hadis 25 hubung silahturahim, barang siapa hendak luaskan rezki dan panjang umur, hendaklah meluaskan hubungan silaturahim. Islam dikira kuat jika ramai tetapi akan lemah bila berseorangan.
Ahad ketiga 16/02/14 8:50pm