Ustaz Firdaus Mahadi, Ramadan nikmat paling agung daripada Allah swt. Moga Ramadan kali ini Ramadan yang terbaik dalam hidup kita. Peluang kita memperbaiki kesilapan amalan ibadah dan menjadi lebih baik dari yang lepas. Nabi Muhammad saw bersabda barangsiapa berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharap ganjaran Allah maka Allah akan menghapuskan dosa-dosa yang lalu. Setiap peristiwa ada mesej dan pengajaran. Surah Yusof ayat terakhir, sesungguhnya kisah umat terdahulu sebagai ibrah pengajaran bagi mereka yang berfikir.
Antara ibrah yang boleh diambil dalam Ramadan ini 1. Musim kebaikan, bagaimana Syeikh Muhammad al-Amin Assyanaqitah seorang bangsa afrika dan penggembala kambing yang hafiz, telah mengumpulkan ratusan ayat-ayat Al-Quran berkaitan puasa dan lain-lain tajuk dan mentafsirkan berdasarkan tajuk-tajuk tersebut. Anak murid beliau bertanya, Apa yang perlu kami lakukan untuk sambut musim kebaikan ini? Syeikh menjawap, Perbanyakanlah beristighfar meminta ampun kepada Allah. Kita amat mengharapkan rahmat Allah, tapi masih ada dosa kita yang telah menghalang rahmat Allah sampai kepada kita. Kisah kemarau panjang di zaman Nabi Musa as, Nabi Musa bertanya kenapa ya Allah kemarau kali ini lama sangat?, Allah jawap, ada diantara kamu dan pengikut kamu yang berdosa kepada Allah yang telah menghalang rahmat Allah. Nabi Musa as bertanya kepada pengikutnya yang beribu-ribu itu maka ada seorang yang terasa lalu menundukkan kepala memohon kemaafan bertaubat kepada Allah. Tak sampai lima minit turunlah hujan selepas beberapa tahun dilanda kemarau. Nabi Musa bertanya lagi Wahai Allah, boleh ah engkau tunjukkan siapa dan apakah dosa orang itu, Allah menjawap lagi takkan aku nak mendedahkan dosa dan siapakah orang itu. Allah beri peluang kepada kita untuk bertaubat dan tidak akan memalukan dan mendedahkan keaiban diri sendiri.
Zaman Hasan alBasri ada seorg laki datang berjumpa dan mengadu, setiap malam tidur dalam keadaan sejahtera dan ingin solat malam dan sediakan air disebelah tempat tidur, tapi aku tak bangun qiamulail, Hasan Basri menjawap itu adalah kerana dosa kamu yang membelenggu diri kamu. Sebahagian manusia beribadah hanya kerana datangnya Ramadan sahaja, mrnunjukkan mereka menjadi hamba kpd Ramadan. Barangsiapa yang beribadat hanya dalam bulan puasa sahaja, menutup aurat dalam bulan puasa sahaja maka ibadahnya takkan diterima. Surah al-Furqan:23 kami jadikan debu yang berterbangan, pahala kita menjadi sia-sia kerana buat kebaikan untuk waktu tertentu sahaja. Puasa hanya dapat lapar dan dahaga sahaja. Kerana tuhan yang sama yang menyuruh kita puasa, menutup aurat, solat lima waktu tiada tuhan yang lain. Bulan untuk pertingkatkan ibadah kita, memperbaiki ibadah wajib kita. Solat merapatkan saf, haji memakai pakaian yang tidak berjahit, puasa dari subuh hingga maghrib untuk semua orang tak kira sama ada kaya miskin VIP hitam putih atau siapa sahaja. Di Malaysia ratusan ribu tan makanan dibuang setiap hari dibazirkan begitu sahaja. Hadis lihatlah kemampuan orang yang kurang dari kamu yang lebih memerlukan dari kamu, masih boleh ada kereta motosikal, masih lagi dapat makan ayam setiap hari, masih lagi cukup makan pakai, masih ada pakaian raya setiap tahun. Dengan lebihan harta kita bantulah mereka yang lebih memerlukan dapat merasa nikmat kehidupan seperti kita.
Allah tak paksa kita solat terawih, baca Al-Quran, sedekah dan lain-lain ibadah sunat, kitalah yang mengejar ganjaran. Dalam perang Badar Allah perintah 1000 malaikat bantu tentera Islam yang menyaksikan 70 orang tentera musuh mati, masih ada tentera Islam yang mati iaitu 14 orang. Allah nak tunjuk bahawa kita perlu berusaha dulu sebelum bertawakal. Nak buat qiamulail kita kenalah ikhtiar dulu seperti pasang alarm, ambil wuduk dan berdoa sebelum tidur. Selepas itu Allah akan buka jalan-jalan kebaikan apabila kita berusaha.
Berpuasa di bulan Ramadan bukan menahan diri dari makan dan minum sahaja tetapi menahan diri dari membuat sesuatu yang mengundang kemurkaan Allah. Barangsiapa yang beramal dan pada masa yang sama berkata dusta maka Allah tidak akan memandang amalan berpuasa kita. Moga apa kebaikan yang kita buat dalam bulan Ramadan ini akan menjadi ibadah. Tidur boleh menjadi ibadah sekiranya tidur boleh membuat kita lebih bertenaga untuk beribadah di malam hari. Solat sunat rawatib lebih tinggi darjatnya daripada solat terawih. 10Ramadan 1436 27/06/15
Saturday, June 27, 2015
Ibrah Ramadan
Sunday, June 21, 2015
Berkat Ramadan
5 Ramadan 1436H 21/06/15
Puasa orang jahil
Allah tak bagi keampunan selagi dia tak bertaubat nasuha kecuali
Orang jahil berpuasa hanya terikut-ikut perbuatan orang lain tanpa mengetahui niat puasa, syarat sah puasa, apa perkara membatalkan puasa dan lain-lain.
4 Ramadan 1436 21/06/15
Friday, June 19, 2015
Istiqamah amalan ibadah
Ustaz Abu Munir Abd Saa'id, semua perkara baik yang dibuat dalam bulan Ramadan. Nabi saw terlebih dahulu telah mengerjakan perkara kebaikan bukan sahaja dalam bulan Ramadan tetapi bulan-bulan selainnya. Baginda mendahulukan diri baginda untuk melakukan perkara baik dan amalan ibadah daripada orang lain. Saidatina Khadijah ada menceritakan bagaimana Nabi Muhammad saw melakukan solat-solat malam sehingga bengkak kaki, tanpa mensia-siakan masa melakukan perkara yang tidak berfaedah.
Baginda berebut untuk berbuat kebaikan kerana mengetahui ganjaran yang akan diberi oleh Allah swt.
Rahmah Allah swt telah diturunkan kepada setiap umat Islam sehinggakan setiap malam Ramadan masjid sentiasa penuh. Janganlah mensia-siakan perkara kebaikan walau sekecilmana pun dari sekecil-kecil senyuman. Kita takkan terlintas di fikiran kita ganjaran yang Allah berikan di dalam bulan Ramadan.
Satu kisah, Nabi Muhammad saw berhenti dan menyebut ameen di setiap tiga tangga mimbar, sahabat bertanya apakah yang engkau buat ya Rasulullah? Malaikat Jibril berdoa Alangkah celakanya orang yang mensia-siakan Ramadan tanpa melakukan kebaikan sedikitpun. Bagaimana untuk istiqamah dengan amalan kita. Bagaimana pula kita boleh istiqamah dengan perkara bukan ibadah seperti makan minum, pegang henfon, pergi kerja tapi tak boleh istiqamah dengan amalan ibadah kita sebab kita tak rasa perlu untuk melakukan kebaikan. 3 Ramadan 1436H 19/06/15M