Monday, May 23, 2016

Neraka dan Syurga

Allah tak pandang orang yang berikut di dalam bulan Ramadhan:-

1. Orang yang syirik kepada Allah, orang yang terbatal amalan, orang yang mempermainkan hukum Allah. 
2. Golongan orang yang ada penyakit dengki dengan saudara mara mereka, merosakkan tali silaturrahim.

HADIS 1 Hadis Imam Muslim, Anas bin Malik kata Nabi saw bersabda, di hari kiamat Allah akan panggil orang yang paling banyak dapat nikmat atas dunia ini, kemudian orang ini akan dicelup dalam neraka, dikeluarkan dan Allah tanya, wahai anak Adam apakah kamu rasa selesa setelah kamu dicelupkan dalam neraka lepas dapat rasa nikmat dunia, orang itu kata tidak Ya Allah tiada rasa apa nikmat dunia yang kami dapat.

Orang yang Allah bagi nikmat dunia seperti nikmat kesihatan, harta, keseronokan dan lain-lain takkan beri kesan apa-apa ketika di akhirat kelak. Dan sesungguhnya hari akhirat itu lebih baik bagi orang yang beramal soleh. Hadis Imam Tarmizi, Nabi saw berjalan-jalan dan berjumpa bangkai kambing, Nabi tanya kepada para sahabat, tengoklah betapa hinanya bangkai kambing ini kepada tuannya, demi Allah, dunia ini lebih hina daripada bangkai kambing ini. Jika sekiranya nilai dunia ini menyamai sehelai sebelah kepak nyamuk nescaya Allah tak bagi seteguk pun air kepada orang kafir.

Penyakit manusia sekarang lebih cintakan dunia lebih dari cintakan kematian. Kemudian Allah panggil orang yang paling menderita atas dunia iaitu orang beriman yang paling berat cubaannya. Lalu kata Nabi saw, kemudian orang ini dicelup dalam syurga dan dikeluarkan, Allah tanya adakah kamu rasa kesusahan yang kamu rasa di dunia lepas di celup? Orang itu kata tidak rasa sikit pun sengsara Ya Allah.. Nak bagitau betapa nikmat syurga itu tidak terbayangkan. Ada berbagai-bagai nikmat yang ada dalam syurga khas untuk orang yang beriman.

HADIS 2, Nabi bersabda ketika orang yang masuk syurga dan masuk syurga dan neraka masing-masing, Allah akan datangkan kematian ditengah-tengah syurga dan neraka berupa seekor kambing dan akan disembelih yang bermaksud tiada kematian selepas ini. Nabi saw kata kemudian malaikat pun berseru wahai ahli syurga tiada lagi kematian bagi kamu, wahai ahli neraka tiada kematian bagi kamu. 

Ahli syurga bergembira mendengar pengumuman itu, nabi kata lagi, ahli neraka pula berdukacita amat sangat kerana disiksa tapi tak mati-mati. Salah satu siksaan neraka adalah pecah kepala jadi semula dan berulang-ulang hingga habis dosa yang mana sebabnya hanyalah kepala berat sangat nak sujud nak solat kepada Allah. 

Ahad keempat 23/05/16 835pm

Monday, May 16, 2016

Tafsir Surah Al-Adiat

Surah al-Adiat, kuda-kuda perang yang berlari, 



Demi kuda perang yang berlari pantas dan mendengus kencang, 
dan demi kuda perang yang hentakan kaki mencetuskan api, 
dan demi kuda perang yang menyerang di waktu pagi lalu menerbangkan debu berkepul-kepul,
dan dengan debu itu ia menyerang ke tengah kawasan musuh, 
sesungguhnya nikmat manusia itu tidak bersyukur kepada tuhannya dan manusia mengakui sifatnya yang demikiannya dan sesungguhnya manusia itu amat sayangkan hartanya. 
Apakah mereka itu tidak tahu apa yang ada di dalam kubur...

Penceritaan begitu tangkas dan cepat. Bemula dari kisah kuda perang yang menghentakkan kaki hingga keluar api. Kemudian terus kepada kisah manusia yang tidak bersyukur.
Allah bersumpah dengan kuda perang dengan sifatnya satu persatu. Bersungguh kuda itu membuat fisabilillah. Langkah pertempuran yang biasa dilakukan oleh orang Arab. Betapa kasihnya Allah tentang kuda dan tinggi nilainya disisi Allah. 

Ayat seterusnya, sifat manusia yang tidak bersyukur kepada tuhannya. Semua orang menjadi saksi tentang hakikat ini. Mereka mengakuinya pada hari kiamat ketika mulut dan lidah tidak boleh berkata-kata. Sifat manusia lagi amat sayangkan kekayaan. 

Kenali ahli dunia atau akhirat dalam diri sendiri dengan cara apa yang kita rasa bila orang datang rumah nak menghadiahkan sesuatu yang banyak. Kalau suka kita adalah ahli dunia, jika orang datang rumah nak mintak derma dan kita gembira dan mengalu-alukan maka kita adalah ahli akhirat. Kita kena faham bahawa harta adalah milik Allah, Allah jugalah yang menggerakkan orang miskin itu datang ke rumah kita, Allah jugalah yang memberikan pahala kepada kita yang menyerahkan harta kepada orang miskin itu dan Allah juga yang akan membalasnya. 

Faham perkataan rezki, rezki bukan sahaja ada pada duit, ia juga ada pada iman, masa, dan apa-apa yang bermanfaat untuk kita. Dalam bentuk wang kuasa dan segala yang memberikan kesenangan di dunia. Bila tiada iman maka lupa untuk kenang budi kepada Allah yang memberi harta kepada kita yang tidak pernah putus-putus. Nilai iman lebih tinggi dari nilai pangkat dan harta. 

Kehidupan di dunia adalah dunia kita sepanjang kita hidup sama ada seminggu, 10 tahun, 41 tahun atau seratus tahun. Tanpa iman manusia menjadi kecil dan kerdil, cita-cita pun kerdil, jika matlamat hanya untuk mengejar dunia dibandingkan dengan cita-cita menjadi syahid.
Satu peringatan terakhir untuk penyakit tak kenang budi, dengki, sombong, pentingkan diri caranya dekat diri kepada Allah. Dibongkarkan isi kubur dan didedahkan segala rahsia dari dada mereka. Rasul dah beri pesan tapi manusia lupa.

Isnin ketiga 16/05/16, 845pm