Thursday, June 28, 2012

Sifat-sifat Kejadian Malaikat

Penceramah : Ustaz Rozalie Hj Zahari 
Tempat : Masjid al-Azim 

Malaikat dicipta Allah s.w.t. sebelum Nabi Adam, bila manusia diciptakan untuk menjadi khalifah, malaikat bertanya adakah Allah mahu merosakkan bumi dengan sifat manusia yang menumpahkan darah, suka berperang, amalan seseorang ikut ilmu yang dia ada, Allah kata dia lebih tahu apa yang malaikat tak tahu. 

Nabi Muhammad s.a.w. ada bersabda bahawa Allah mencipta malaikat daripada cahaya, dan nabi juga ada mengatakan yang malaikat Jibril mempunyai 600 pasang sayap yang mana wajib kita percaya tanpa banyak tanya. 

Ada satu riwayat menyatakan bahawa apabila Jibril a.s membuka salah satu sayap akan terlindunglah seluruh alam dan bercahaya sangat cantik, Allah kata hanya ada dua makhluk yang lebih mulia daripada Jibril iaitu syurga dan Nabi Muhammad s.a.w.

Malaikat daripada cahaya, jin daripada api, manusia (adam) daripada unsur tanah dan mani yang keluar daripada tempat yang hina. 

Malaikat juga digelar sebagai makhluk nurani, amat berlainan dengan manusia dengan tidak makan minum dan tidur, tidak berbuat dosa, tiada jantina lelaki mahupun perempuan, tetapi boleh menyamar dengan kebenaran Allah jadi manusia lelaki seperti peristiwa berjumpa dengan Maryam, Nabi Muhammad dan bertanya tentang Islam, Iman dan Ihsan, bertanya tanda-tanda kiamat, banyak uruskan manusia, bisik perkara baik ke telinga manusia. 

Makhluk yang amat mulia, kita beriman kepada malaikat dengan apa yang ada didalam Al-Quran dan As-Sunnah sahaja. 

08:36pm Wed 27-06-12

Wednesday, June 27, 2012

Gambaran Hari Akhirat

Penceramah : Ustaz Hamizan Mohd Shah, 
Tempat : Surau Islamiah, 
Kitab : AlQuran, Surah al-Basa, 

Pada hari kiamat, manusia akan dibangunkan dari kubur dalam keadaan 12 barisan. 
Barisan 1 orang yang tidak hormat jiran. 
Barisan 2 orang yang meringankan solat dengan sengaja akan bertukar jadi babi hutan, 
Imam al-Ghazali ada berkata benda yang paling ringan dalam dunia adalah meringankan solat, kitab al-Kabail, ada 18 perkara akibat meninggalkan solat dengan sengaja iaitu - 

Enam perkara di dalam dunia:- 
1. Allah cabut keberkatan umur kita, 
2. Hapus tanda-tanda keimanan pada air muka, 
3. Segala amalan tidak dikira dan tidak diberi ganjaran oleh Allah, solat sunat dan sedekah yang dibuat menjadi sia-sia, 
4. Doa tidak diangkat ke langit dan tidak dimakbulkan Allah, bapak berdoa untuk anak tetapi anak tidak menjaga solat juga tidak diterima doa tersebut 
5. Orang akan memarahi kita sepanjang hidup didunia 
6. Tidak dapat keberkatan doa orang-orang yang soleh. 

Ada 3 akibat yang akan berlaku ketika hendak mati:-
1. Mati dalam keadaan hina, 
2. Mati dalam keadaan lapar 
3. Mati dalam keadaan dahaga. 

Ada 3 akibat berlaku di dalam kubur:- 
1. Allah sempitkan kubur, dinding kubur akan menghimpit kita hingga tulang rusuk kiri dan kanan berselisih, 
2. Akan menyala api di atas kubur 
3. Terdapat seekor ular yang akan melilit badan simati, yang mana jika orang yang mati itu adalai orang yang kafir akan ada 7 ekor ular yang berkepala sembilan. 

Akhir sekali terdapat 3 balasan ketika di akhirat:- 
1. Dihadapkan muka ke arah neraka, Jibril a.s ada berkata jika dibuka pintu neraka hanya sebesar lubang jarum akan hancur seluruh dunia inikan pula dihadapkan muka. 
2. Allah akan memandang wajah kita dalam keadaan marah 
3. Diberi timbangan dosa yang amat berat. 

Muaz bin Jabal pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah orang yang celaka di dalam dunia, maka jawab Rasulullah orang itu adalah:- 

SATU orang yang melengahkan solat dan dalam hati dia ada tanda munafik, 

DUA orang yang munafik, Huzaifah al-Yamani mempunyai senarai 14 nama orang munafik, yang mana bapa munafik adalah Abdullah bin Ubai bin Salut. Munafik dari segi iktiqad dan amali, di akhirat nanti tetap dapat masuk syurga tetapi dimasukkan ke dalam neraka dahulu. 

TIGA, orang yang tidak membayar zakat, badan dipenuhi kala jengking dan segala binatang berbisa, Surah alHutomah orang yang kedekut. 

EMPAT, orang yang memancut darah iaitu orang yang menipu dalam perniagaan, surah al-Mutafifin akan dimasukkan ke pintu neraka ke7. 

LIMA, orang yang berbau busuk bangkai iaitu orang yang menyembunyikan kemungkaran dan membuat maksiat, contoh mengamal rasuah akan dilaknat oleh Allah, berjudi nombor ekor, duduk berduaan di dalam rumah tiada siapa tahu, keesokan heboh bercerita dengan kawan-kawan mengatakan dengan bangga aku telah berzina, Nabi s.a.w. berkata orang sebegini adalah termasuk di dalam orang yang fasik. 

 08:20pm Tue 26-06-12

Friday, June 22, 2012

Adab Berwuduk


Penceramah : Ustaz Syed Abd Kadir al-Jofri
Tempat : Masjid al-Azim (Setiap Jumaat minggu keempat)
Kitab Rujukan : Kitab Hidayatul Bidayah tulisan imam al-ghazali.

Ilmu harus ada keberkatan, dan keberkatan akan hadir bila dalam proses untuk
mendapat ilmu kita perlu ada kitab dihadapan kita.

 [kredit gambar : khalifah samudera]

Sunnah berwuduk adalah
1. Duduk menghadap kiblat,
2. Baca Bismillah,
3. Doa jauhkan dari syaitan ketika wuduk,
4. Basuh tangan 3 kali,
5. Niat angkat hadas atau hilangkan hadas atau mengharuskan solat bagi orang sakit seperti kencing tak lawas.

Cara orang sakit berwuduk selepas masuk waktu.
1.Niat ketika membasuh muka, ulamak kata lagi elok lafazkan niat sebelum basuh muka.
2.Berkumur-kumur 3 kali, lebihkan hingga ke anak tekak melainkan puasa, sambil
berdoa

'Ya Allah bantulah aku untuk mudah berzikir untukmu, bersyukur kepadamu dan beribadat untukmu'

dan

'Allahuma ini ala tilawati kitabi'

untuk mudah baca Al-Quran, bersih hati suci jiwa kuat dan mampu untuk membawa hukum Al-Quran.

        'Ya Allah berilah aku minum sedikit daripada telaga Nabi Muhammad s.a.w.'

3. Masuk air ke dalam hidung sebanyak 3 kali sambil membaca doa

        'Ya Allah berilah aku mencium bau syurga dalam keadaan engkau meredhakan aku'.

Bila keluarkan air bacalah doa

'       'Ya Allah jauhkan aku dari bau api neraka'.

Sesetengah ulama' seperti imam Maliki mengatakan wajib kerana kumur dan hidung termasuk dalam anggota muka.

Bulan Rejab perbanyakkan istighfar dan puasa sunat.

07:55pm Tue 22-06-10

Wednesday, June 6, 2012

Tuntutan ke Atas Syahadah


Penceramah : Ustaz Fadhlullah,
Tempat : Surau Islamiah

Ucapan dua kalimah syahadah sebagai menerima Allah dan Nabi Muhammad sebagai tuhan dan rasul. Sahabat Nabi s.a.w. seperti Bilal bin Rabah, Sumaiyyah masuk Islam secara payah. Bermaksud apabila menerima Islam sanggup menerima segala ujian dan siksaan daripada orang kafir. Islam diterima sebagai tanggungjawab.

Ada 4 perkara yang perlu dibuat sebagai tuntutan syahadah

1. Membenarkan segala perkara yang datang daripada Allah dan Rasulullah (tasdiq) iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Tolak satu huruf dalam Al-Quran, gugur syahadah. Membiarkan diri duduk dalam kejahilan adalah dosa besar. Lawan sunnah/hadis nabi ertinya lawan Allah.

2. Taat dan Walaq (kesetiaan) kpd Allah dan Rasul secara mutlak, tidak berbelah bahagi. Solat jamak qasar, buka puasa jika tak larat, nikah isteri ke 2, 3, 4, hikmah tutup aurat laki cari jodoh beragama.

3. Laksana amar maqruf nahi mungkar, daqwah pahala untuk umat, di zaman ini hukumnya fardhu ain tanpa terkecuali, khidmat untuk islam, ceramah, tulis apa sahaja, cegah dengan hati makna tunjuk protes tinggalkan tempat, luah perasaan dengan hikmah dan bijaksana bukan cara lembut, duduk diam tengok sahaja orang
buat mungkar.

4. Menegakkan syariah Allah, dalam diri, keluarga, masyarakat, negara. Ada perintah Allah atas diri sndiri, wajib ada kekuasaan untuk menjalankan perintah dan aturan Allah, Islam lebih maju daripada Barat, demokrasi dengan batasan tertentu.

08:54pm Wed 06-06-12

Saturday, May 12, 2012

Hukum Anak Angkat



Penceramah : Ustaz Azhar Ali
Tempat : Masjid al-Azim, Pandan Indah
Kitab Rujukan : Kitab Tafsir

Tafsir Surah al-Ahzab ayat 4-10

Al-Quran ada terkandung didalamnya berbagai perkara seperti

1. Ayat peringatan,
2. Ayat hukum hakam dan penjelasan dan juga
3. Kisah teladan dan pengajaran.

Dalam perkara teladan dan pengajaran Allah telah menggariskan 6 hukum berkenaan anak iaitu

1. Anak kandung,
2. Anak tiri,
3. Anak susuan,
4. Anak angkat,
5. Anak buangan, dan
6. Anak luar nikah.

Allah ada berfirman yang bermaksud, Dan Allah tidak menjadikan anak angkat sebagai anak kamu sendiri. Zaman sekarang orang suka buat penipuan terhadap anak angkat, sepertinya telah kembali ke zaman Jahiliyah, dan menjauhkan diri dari agama.

Allah telah beri penjelasan haram hukumnya menukar nama bapa kandung kepada bapa angkat. Mengikut Perangkaan terdapat 17,303 orang anak luar nikah setahun. 25,700 orang perangkaan dari tahun ? hingga Julai 2007. Masalah akan timbul dari segi wali nikah, pembahagian harta, hak penjagaan.

Anak angkat Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Zaid bin Harithah, anak kelahiran afrika. Mengikut hadis, Allah telah menurunkan wahyu mengarahkan Nabi s.a.w. untuk pergi meminang sepupu Nabi s.a.w. iaitu Zainab. Mereka pun bernikah tetapi jodoh tak lama, tak serasi, Zaid berpisah dengan Zainab. Kemudian turun wahyu arah Nabi s.a.w. untuk bernikah dengan Zainab. Nabi telah dipersoalkan kerana telah berkahwin dengan bekas isteri anak angkatnya. Maka turun ayat Surah al-Ahzab ini yang membenarkan.

Hukum batal wuduk jika bersentuhan, aurat masih ada, tiada hak atas harta pusaka kecuali bapa angkat masih hidup dan memberi hibah kepadanya.

Hadis Bukhari, jangan membenci ayahmu kerana akan jatuh kafir hukumnya. Telah tiada akhlak tauhid dalam diri umat islam sekarang.

Islam ada menggariskan cara dan hukum di dalam Al-Quran untuk semua hal dalam kehidupan kita. Anak angkat sebagai amanah Allah yang sekiranya dididik dengan agama tidak akan meninggalkan ibubapa angkatnya.

Kesimpulan, boleh tanya jabatan agama bagaimana untuk memperbetulkan semula.


08:50pm Wed 12-05-10

Friday, May 11, 2012

Ibadah Sunat yang Penting



Penceramah : Ustaz Taufik
Tempat : Masjid Bandar Baru Ampang.
Kitab Rujukan : Kitab Tafsir

Duduk di dalam majlis ilmu, Allah beri sepuluh keberkatan.

Tafsir Surah ke 93 Surah al-Dhuha

Merupakan surah makkiyah (menekankan tentang keimanan).
Susunan ayat dalam Al Quran sejak azali lagi. Allah terangkan nikmat-nikmat bila patuh arahanNya, bertakwa padaNya. Allah bersumpah demi waktu dhuha, Allah nak tunjuk satu ibadat sunat yang penting.

Abu Hurairah r.a. ada berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. mengingatkan umatnya untuk berbuat 3 perkara sunat yang penting iaitu : -

1. Puasa sunat 3 hari sebulan
2. Solat sunat dhuha dua rakaat
3. Solat sunat witir sebelum tidur.

Waktu dhuha amat panjang, nabi s.a.w. memberi peluang untuk umatnya beramal. Sama seperti melakukan sedekah bertasbih, bertahmid, bertakbir, Ayat-ayat Allah takkan sesekali meninggalkan kamu dan membenci kamu.

Huraian, selepas turun Surah Fajr, Nabi s.a.w. terpaksa menunggu lama 14 atau 40 hari sebelum turun Surah al-Dhuha ini.

Ayat 1 & 2 Demi waktu dhuha dan waktu malam yang sepi.
Huraian: puak Quraisy telah memperlekeh Nabi Muhammad s.a.w. dengan mengatakan yang Nabi s.a.w. telah ditinggalkan Allah.

Ayat 4 Alam akhirat adalah satu alam yang lebih baik dari alam dunia.
Huraian: Allah beri jaminan nikmat yang lebih baik. Sebagai umat nabi s.a.w., kita kena ingat nikmat-nikmat yang kita bakal terima disyurga jauh lebih baik berbanding dunia.

Sungai yang mengalir di dalam syurga sama sekali tidak sama seperti sungai di dunia (surah Muhd:93 jenis sungai di syurga) sungai disyurga takkan berubah.

Nikmat syurga takkan dapat terlintas dalam akal manusia. Bermakna walau macamana indah pun keindahan di syurga yang kita cuba bayangkan, masih tidak dapat menyamai keindahan sebenar di dalam syurga itu.


07:52pm Tue 11-05-12

Tuesday, May 8, 2012

Puji Pujian


Penceramah : Ustaz Nazri Mustafa
Tempat : Surau Islamiah
Kitab Rujukan : Kitab Tasauf,

Ilmu ihsan - akhlak beribadah kepada Allah, ilmu hiasi hati untuk beribadah.

intro: Rahman Allah nikmatNya tetap diberi tanpa kira beriman atau kufur tetapi Rahim Allah hanya untuk yang beriman sahaja.

Terdapat 4 jenis puji iaitu

1.Puji qadim bagi hadis
2.Puji hadis bagi hadis: puji sesama manusia kenalah berpada-pada
3.Puji hadis bagi qadim: manusia memuji allah
4.Puji qadim bagi qadim: Allah memuji diriNya.

Manusia tak boleh memuji diri sendiri takut timbul riak dan dengki.
Manusia dan jin dijadikan Allah hanya untuk beribadah kepadaNya.
Telinga, mata dan hati akan ditanya di akhirat esok. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai tanda terima kasih kerana rahmat yang dibawa sampai ke sekalian alam.

Innallahawamalaikatuhu sollu alannabi, sedangkan Allah dan malaikat pun berselawat atas nabi inikan pula kita umatnya. Allah tidak memilih rupa tetapi hanyalah melihat kepada hati.


07:53pm Sat 08-05-10