Saturday, August 11, 2012

Sesungguhnya ibadahku hidupku matiku hanya untuk Allah

Penceramah : Ustaz Sazwan al-Yemeni,
Tempat : Surau Islamiah,
Kuliah Subuh,

Sesungguhnya ibadahku hidupku matiku hanya untuk Allah,

Ibnu Mas'ud ada menceritakan telah datang seorang lelaki dan berkata 'aku nak membunuh kalau aku bertaubat Allah terima tak?', ibnu Mas'ud menjawab tidak...

Kisah Nabi Nuh dan seorang makcik yang kematian anak bongsu berumur 300 tahun, Nabi Nuh a.s. berkata janganlah menangis sebab akan ada umat akan datang yang umurnya lebih pendek daripada umur anakmu.

Barangsiapa bertemu Lailatur Qadar dengan keadaan membangunkan ibadah akan diampunkan dosanya.

07:05am Sat 11-08-12

Friday, August 10, 2012

Hadir hati dalam ibadah

Penceramah : Ustaz Salman Maskuri,
Tempat : Surau Islamiah,
Tazkirah Ramadhan 22,

Surah al-Aroff : 205 yang bermaksud '...dan sebut nama tuhan kamu dengan penuh takut dan tidak lalai'. Hadir hati dalam ibadah yang dilakukan,

Surah Taha:14 menyatakan tujuan mengingatkan Allah,  belum sampai masa untuk khusyuk kepada Allah? Bila masa hendak hadir hati dalam ibadah, kalau tidak khusyuk ibadah jadi sia-sia.

Dalam satu hadis, kaum bani israel beribadah tanpa hati bersama tuhan, Allah berfirman sia-sia apa yang kami buat. Ke mana kita bawa hati dan wajah menghadap kiblat, takbir Allah maha besar tetapi hati teringat kasut diluar masjid,

Allah bertanya mana yang lebih besar. Berapa ramai orang yang solat tetapi hanya dapat lalai dan letih,

Surah al-Haj:37 korban yang dibuat tidak sampai darah kepada Allah,

Abdullah bin Zubir bin Awang seorang sahabat yang kuat ibadah suatu hari dia telah dikejar tentera kafir hingga ke masjid, sampai ke dalam masjid terus solat, dalam dia bersolat dia ditembak tetapi tidak berganjak,

Sahabat kedua, Ani bin Husin bin Ali disengat tebuan 16 ekor tetapi masih tidak bergerak,
Sahabat ketiga, Muslim bin Yasar dihinggap beberapa ekor burung sebab tidak bergerak,

Saidina Ali pula mukanya berubah menjadi pucat lesi apabila beliau mula masuk masjid.

Surah al-Mukminun:60, orang takwa buat baik tetapi takut, Aisya bertanya kepada Nabi s.a.w., bagaimana dengan orang jahat yang bertaubat? Nabi kata bukan, Surah al-Anbia:89-90 Allah terima doa dengan cepat sebab:-

1. Berlumba membuat kebajikan,
2. Rasa pengharapan dan ketakutan
3. Khusyuk merayu sampai keluar airmata penuh rasa cemas,

Alah hanya catat kebaikan apabila solat kita khusyuk.

09:59pm Fri 10-08-12

Monday, August 6, 2012

Elok Jasad, Cantik Roh, Jiwa Bersih

Penceramah : Ustaz Abdullah Abd Wahab pegawai YAPEIM yang sedang bertugas di Aceh,
Tempat : Surau Islamiah,

Tazkirah Ramadhan 18,

Bersyukur dapat menjalani ibadat Ramadhan dalam keadaan aman tanpa ada perang dan pertumpahan darah.

17 Ramadhan Al-Quran diturunkan, diperingati tapi tidak dijadikan imam dalam hidup di dunia dan akhirat.

Kita paksa Al-Quran untuk ikut kita. Baca, pelajari dan ajarilah Al-Quran maka dia akan menjadi orang yang terbaik di kalangan kita. Pasti dapat menjawap soalan Mungkar dan Nangkir. Bagaimana cara hidup ada dalam Al-Quran. Orang yang berpaling dari Al-Quran bila dibangunkan dari kubur dalam keadaan buta. Allah kata Pada hari ini kami lupa akan kamu. Satupadukan bangsa bukan dengan harta tapi dengan sifat yang baik yang bermula daripada diri sendiri.

Ayat turun daripada Mekah penuh ayat tauhid kudrat iradat Allah, selepas 10 tahun baru difardukan solat.  Allah baru elok jasad dan roh dalam badan kita, kalau hanya elokkan jasad tetapi tidak cantikkan bersihkan roh, roh akan malu untuk menghadap di hadapan Allah, Allah panggil wahai jiwa-jiwa yang bersih. kami penuhkan neraka dengan jin dan manusia kerana mereka ini yang sesat.

Hilangkan sifat mazmudah perbanyakkan sifat mahmudah.

09:30pm Mon 06-08-12

Sunday, August 5, 2012

Ciri-ciri orang beriman

Penceramah : Ustaz Rashdan Yunus,
Tempat : Surau Islamiah,
Tazkirah Ramadan17,

Hendaklah tuhan kamu menciptakan, perkara khusus kepada Allah untuk memilih keluarga mana yang menjadi rasul itu menjadi hak mutlak Allah, hak Allah juga untuk pilih Baitullah sebagai rumahNya, juga pilih Ramadhan sebagai bulan puasa,

Amalan ibadat perlu dilatih hingga menjadi kebiasaan. Diumpama solat seperti sungai dihadapan rumah dan kita mandi 5x sehari semalam di sungai tersebut menjadi penjernihan dosa seperti debu yang hilang.

Ciri-ciri orang beriman.
Pengguguran dosa seminggu turut berlaku pada malam jumaat dengan beribadat sepanjang malam.

Tahap puasa sebulan boleh topup untuk setahun dengan syarat ramadan yang kualiti.

Nuzul Al-Quran perlu rajin baca untuk dapat rumah yang bercahaya.

Allah kafarah dosa sepanjang hidup dengan kita pergi haji dan dapat haji yang mabrur, jadi bersih seperti bayi yang baru lahir

09:50pm Sun 05-08-12

Blondal POE Water Filter





Pernahkah anda mendengar nama satu jenama penapis air bernama Blondal? Gambar di atas adalah bangunan ibu pejabat Blondal yang terletak bersebelahan Lebuhraya Persekutuan dan boleh dilihat dari Plaza Tol Batu 3, satu-satunya bangunan dengan koala bear berwarna putih diatasnya.

Cukup cerita tentang bangunan mereka. Tapi produk keluaran dia yang pada aku amat menarik dan juga baik untuk kesihatan anda. Nak cerita lebih lanjut kena tengok website diorang. Berikut adalah sebahagian daripada fakta yang ditulis di dalam website Blondal

Water filters are essential to supply the home with clean, clear and chlorine-free, safe water. An effective POE must be able to remove sediment and chlorine for your family’s daily use, and a POU in the kitchen ensures that finer sediments and bacteria are removed at the point of drinking. Just installing a POU in your kitchen isn’t enough. It is not designed to filter out the load of sediment, sand, rust, chlorine and other waste material that contaminates our water.

Be wary when choosing a proper water filter!

Having a bad water filter could worsen the quality of water. A badly designed water filter not only provides inadequate filtration, it also traps the contaminants, causing the organic matter to decay further polluting the water quality, and becomes a breeding ground for bacteria.

Combined with free chlorine, it creates more ThriHaloMethane (THM) – supplying cancer-causing water, placing the health of your family at risk!

*Point-of-Entry (POE) water filters are connected after the JBA main pipe catering for all your household needs.

Gambar di bawah ini adalah POE yang dipasang dihadapan rumah aku selepas meter SYABAS. Banyak perubahan yang berlaku selepas aku memasang water filter ini. Antaranya air tangki aku lebih bersih dan tiada lagi rasa berlumut apabila ditakung untuk masa yang lama. Dan yang lebih penting aku dan keluarga aku tidak lagi rasa gatal di badan selepas mandi.




*Point-of-Use (POU) water filters, connected to a single tap, supplies clean, safe water for your kitchen chores - drinking, cooking & washing.

Untuk POU ini aku ada pasang tapi dari jenama lain (maaf tidak dapat ditunjukkan disini)

Kesimpulannya, pemasangan penapis air amat bagus untuk kesihatan anda dan keluarga anda. Anda boleh memilih berbagai-bagai jenama yang ada di pasaran dengan pilihan harga. Anda juga boleh untuk tidak memasang apa-apa penapis air jika anda amat yakin dengan kebersihan air paip yang dibekalkan oleh pembekal air bersih di tempat anda.




Saturday, August 4, 2012

Rukun Syukur

Penceramah : Ustaz Aziz Arof,
Tempat : Surau Islamiah, Sabtu1 & Selasa3 setiap bulan,
Tazkirah Ramadan15,

Syukur ada 3 rukun iaitu
1. Ilmu
2. Kelakuan
3. Pekerjaan

1. Ilmu
Solat 50minit daripada 24jam, puasa 1 bulan daripada 12 bulan, nikmat ilmu datang daripada Allah,

2. Kelakuan yang inginkan dapat syukur besarkan Allah, tidak berkira dengan Allah.

3. Pekerjaan
Surah al-Isra':36,
Surah Ibrahim:7- kufur bila menggunakan pancaindera untuk kemungkaran,
Surah az-Zuma:9 orang yang tiada ilmu umpama dalam kegelapan,

Surah al-Baqarah 2:179 qisas selagi tidak besarkan hukum Allah tidak bersyukur.

Hadis akan masuk syurga kaum-kaum yang peka kepada hukum dan peringatan Allah.

Hamba, khalifah dan rukun hamba ada tiga
1. Taubat rasa aman siksa Allah itulah dosa besar, assobiah seseorang yang sokong kebangsaan. Mengikut sejarah Tanah Melayu,  Mark Michael adalah orang yang membawa ke Malaya, Henry Gurney yang dibawa dari Israel datang ke Malaya.
2. Muraqabah
3. Muhasabah. Batal pahala posa - tipu, sumpah palsu,

09:33pm Sat 04-08-12

Perang Badar

Penceramah : Ustaz Nik Muhd Zawawi Salleh,
Tempat : Masjid al-Azim,
Tazkirah Ramadan 14,

Peristiwa Perang Badar 17 Ramadan 2Hijrah, berpunca daripada kaum Quraisy merampas harta oleh Abu Sufian dan dijual di Syam. Bawa melalui pinggir Madinah di depan mata Nabi s.a.w,

09:27pm Fri 03-08-12