Saturday, April 21, 2012
Adab Berwuduk
Penceramah : Ustaz Fadhlul Rahmi bin Maarof,
Tempat : Surau Islamiah,
Kitab Rujukan : kitab Bidayatul Hidayah,
Sapu muka dan berdoa, cari kerahmatan dan keberkatan Allah.
Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud 5 tanda kemurkaan Allah
1.Turun pelbagai penyakit baru yang cepat berjangkit dan sukar diubati,
2.Cuaca panas terik berterusan yang luarbiasa.
3.Kezaliman bercambah dikalangan manusia, wajib ada satu golongan yang bangkit menghalang kezaliman.
4.Musuh Islam semakin kuat dan merampas sebahagian hakmilik Islam.
5.Huru hara semakin banyak akibat penolakan manusia terhadap Islam yang sebenar.
Semasa sapu kepala, baca doa mohon naungan arasy Allah ketika kebangkitan di Padang Mahsyar, mereka yang dapat
1. Pemimpin yang adil
2. Menangis kerana Allah ketika beribadat
3. Orang muda yang suka menghampiri masjid.
Doa ya Allah haramkan rambut dan kulitku daripada disentuh api neraka, hadis nabi saw, ketika nabi bermikraj ada menceritakan tentang perempuan yang ditarik rambut dan kulit dan dipotong dengan gunting daripada neraka.
Dua golongan yang dijanjikan masuk neraka
1. Pemimpin zalim
2. Perempuan yang berpakaian tapi bertelanjang sambil menarik perhatian orang, kedua-dua golongan ini takkan masuk syurga malah tak dapat cium baunya.
08:04pm Sat 21-04-12
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment