Thursday, January 31, 2013

Prinsip hidup

Penceramah : Ustaz Awang Rani Awang Besar,
Tempat : Surau Islamiah,
Kitab : ms 185

Harus atas kehendak Allah terjadinya sesuatu. Prinsip hidup :-

1. Ikhtiar dan berusaha. Kalau merancang sahaja tanpa beribadat kepada Allah tak guna juga. Nak majukan agama juga perlu berusaha.
2. Buat bersungguh dalam bidang masing-masing.
3. Berharap (alroja')
4. Bertawakal berserah kepada Allah
5. Berlapang dada dan redha
6. Rasa cukup dengan pemberian Allah (qana'ah), puashati.

Walaupun kita dah berdoa tapi semua yang berlaku atas kehendak Allah. Sifat iradah kehendak Allah tak bersandar kepada apa-apa pun.

Syarat dapat hidayah
1. Jangan rasa lebih pandai
2. Jangan rasa angkuh dan takbur dengan Allah
3. Jangan rasa cukup sempurna.

Surah An-Nahar, yang bermaksud, Allah menyesatkan siapa yang dia kehendaki dan beri hidayah kepada siapa yang dikehendaki.

Allah tidak dapat ditanya kenapa terjadi suatu perkara.

08:51pm Thu 31-01-13

Tuesday, January 22, 2013

Pintu-pintu Syurga - Pintu Taubat

Penceramah : Ustaz Hamizan Md Shah,
Tempat: Surau Islamiah

Pintu-pintu syurga ada lapan dan sebahagiannya adalah seperti berikut:-

1. Pintu bagi para nabi dan rasul, para syuhada dan para dermawan.
2. Pintu solat, solatlah seperti aku solat.
3. Pintu jihad, paling afdal berkata benar dihadapan pemerintah zalim.

4. Pintu taubat.

Perkara yang wajib bagi seseorang kepada Allah, perlu dahulu beristigfar kepada Allah sebelum bertaubat. Rasulullah istighfar paling kurang 70 kali sehari. Allah suka orang yang sentiasa bertaubat. Anas bin Malik menjadi khadam kepada Rasulullah sejak umur 10 tahun dan panjang umur hingga 100 tahun.

Ulama menggariskan cara bertaubat dengan 3 syarat + 1 jika bertaubat kepada manusia, taubat nasuha,

a. Mesti berhenti buat dosa maksiat kepada Allah.
b. Mesti menyesali perbuatan maksiat tersebut dengan mohon ampun istighfar dengan Allah.
Hadis tentang seorang perempuan dari bangsa Juhainah yang telah berzina dan hamil dan datang jumpa Rasulullah, hukumlah aku, nabi kata jaga baik-baik hingga siap bersalin, kemudian Rasulullah hukum jerut dan rejam hingga mati, kemudian Rasulullah sendiri yang imamkan solat jenazah, Saidina Umar tanya kenapa kau solatkan dia nabi jawab taubat puan itu sama dengan 70 orang munafik.

c. Dia mesti berazam untuk tidak buat lagi tinggalkan maksiat tersebut. Dividen bunga adalah merupakan riba dan haram disisi Islam.

Sekiranya tiada ketiga -tiga syarat itu maka tidak sah taubatnya.

d. Minta maaf kepada Allah dan manusia yang kita buat salah. Nabi s.a.w. bersabda Allah sentiasa menadah tangan pada waktu siang untuk terima taubat hambaNya yang melakukan pada waktu malam dan sebaliknya hingga matahari terbit dari barat yang mana pintu taubat akan tertutup.

Biarlah kita mati dalam keadaan bertaubat kepada Allah. Anak-anak dan harta hanya merupakan hiasan dunia semata. Allah tarik nyawa kita bila-bila masa sahaja dan kita tak pernah tahu bila ia akan berlaku tak kira muda atau tua.

Sentiasalah muhasabah diri kita.

08:41pm Tue 22-01-13

Thursday, January 3, 2013

Membunuh Jiwa

Penceramah : Ustaz Saifudin Ab Fatah,
Tempat : Surau Islamiah,
Kitab : Dosa-dosa Besar



Nikmat Iman dan Islam tiada keduanya kita adalah sehina-hina manusia.

Bab membunuh jiwa. Ada 2 cara membunuh iaitu

1. Membunuh secara sengaja dan
2. Membunuh secara tidak sengaja.

Jika 2 orang Islam datang menyerang hendak membunuh sesama mereka, tidak kira siapa yang membunuh atau yang mati keduanya akan masuk neraka. Yang mati akan mendapat rugi tetapi yang hidup masih boleh bertaubat nasuha.

Riwayat Imam Abu Sulaiman- sekiranya salah seorang menyerang kerana agama dia tidak dicap masuk neraka. Kita telah berjanji dengan Allah untuk taat setia kepadaNya.

Tugas manusia
1. Menjadi hamba kepada Allah tak kira dimana berada, sifat hamba iaitu

a. kasih kepada Allah, Rasulullah dan agamanya.
b. Keyakinan kepada apa yang diturunkan Allah kepada kita iaitu Al-Quran dan isinya, dengan lafaz demi, lafaz sesungguhnya, lafaz sumpah, tetapi kita masih lagi tidak yakin.

Manusia yakin hanya yakin bila dah nampak, dah nazaq, dan bila dah masuk kubur. Sumaiyah hanya tersenyum ketika diseksa kerana telah yakin dengan janji Allah dan Rasulullah.

Tugas manusia yang ke 2 adalah pemegang amanah, suka tak suka kita wajib terima.  Amanah kepada Allah iaitu Al-Quran, jika dekat dengan Al-Quran kita akan dekat dengan Allah.

Tugas 3 iaitu sebagai khalifah dimukabumi, Saidina Abu Bakar sekiranya aku adil,amanah,taat kepada kamu maka ikutlah aku.

ADAPUN orang yang keluar menentang pemberontak kerajaan yang menjalankan syariah islam tidak di cap sebagai berdosa. Wajib pertahankan

1. Agama
2. Maruah diri keluarga dan
3. Harta benda.

Orang ini tidak termasuk dalam hadis diatas dosa bunuh dan tiada niat untuk membunuh hanya pertahankan diri dan harta.

08:32pm Thu 03-01-13

Tuesday, January 1, 2013

Taklimat Sri Al Imtar 2013 : Perkembangan Ilmu

Oleh Dr Awang Sariyan, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kenapa kita patut kembangkan ilmu yang kita perolehi sejak alam roh, satu kontrak agung perihal aqidah mengesakan Allah, bila kembali ke alam barzakh ditanya kembali.

Kitaran hidup dari alam roh hingga alam barzakh berpaksi kepada ilmu aqidah. Surah Al-Baqarah ayat 31 yang bermaksud,

'Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: “Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar”'[Surah al-Baqarah, 2:31].

Nabi Adam perkara pertama yang diberi Allah kepada baginda adalah ilmu, Allah menggambarkan sebatang pohon berkenaan orang yang beriman, akar yang menunjang, batang yang kuat, pucuk dan daun menghala ke langit.

The rational animal, sarjana barat menggelar manusia yang berbeza dengan binatang yang mana manusia hebat pada 2 perkara iaitu akal fikiran dan bahasa, dengan akal dan bahasa kita dapat mencari ilmu. 

Dengan ilmu manusia sampai ke angkasa, Surah Yasin ada menceritakan tentang angkasa, 

[37]Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;

[38]Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;

[39]Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya – (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.

[40](Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing. [Surah Yasin, 36:37-40]


sekira umat Islam masih menjadi masyarakat penumpang bukan masyarakat pencipta selama itu tetap menjadi masyarakat kelas kedua.

Saintis Islam dahulu seperti Ibnu Sina segala ilmu beliau telah diterjemah kepada bahasa barat sehinggakan nama turut diubah jadi Avecenna.

Ilmu fardu ain dan kifayah, fardu ain sebagai pemula dan fardu kifayah sebagai pelengkap. Jika hanya ada ilmu fardu kifayah yang hebat takkan lengkap jika tiada ilmu fardu ain. Akan berlaku tiada pertimbangan akhlak sehingga jenayah dan rasuah semakin menular. Syirik pintu iaitu feng shui yang lebih utamakan nasib atau luck daripada berserah kepada Allah. Imanul al ikhwah. 

Prof al attas ada berkata, orang dewasa yang masih remaja sepanjang hayat, masih tak selesai dengan ilmu-ilmu asas seperti solat masbuq bagaimana mahu meneroka bidang ilmu yang lebih mendalam.

Apabila Gaza menangis kita hanya mampu mengutip derma, tiada kekuatan aqidah. Umat islam lebih gemar bergaduh sesama mereka daripada menentang Israel atau Amerika. Fahaman Qadiani, Syiah dan berbagai lagi yang berjaya menarik golongan intelektual. Perpecahan umat amat menyimpang daripada ilmu Al-Quran.

Apabila ilmu tidak dikembangkan, fitnah berleluasa, sifat orang melayu suka ambil tahu dan memberitahu bukan setakat yang baik malah yang buruk juga.

Pergantungan kepada Allah juga lemah hingga timbul hasad dengki saling menjatuhkan. Kecenderungan hiburan melampau, dalam media massa, mantan remaja turut terpengaruh, menqadakan rancangan tv lebih berbanding solat. Ayat Al-Quran tidak akan mungkin sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu.

Cita-cita unggul membina umat rabbani masyarakat kelas pertama dan menjadi masyarakat imam.

10:38am Tue 01-01-13