Saturday, May 11, 2013

Sifat Orang Beriman

Kuliah perdana, YB Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi, YB Temerloh,
Masjid Al Azim, Pandan Indah
Surah Taubah:71-72



Orang beriman saling bantu membantu, kukuh mengukuh, kuat menguat dari segi menguatkuasa syariah, mendaulatkan syariat,

Orang yang mengaku beriman wajib perjuang syariat Islam sehingga tertegaknya kalimah Allah di atas segala syariat di atas mukabumi, Umar ketika mendapat kunci kota Baitul Maqdis berkata
'Kita diberi kemulian kehebatan kerana adanya Islam'.

Sifat orang beriman

1. Berbuat baik dan mencegah kemungkaran, orang tak beriman tak peduli kemungkaran

Bila berlaku mungkar dihadapan kamu maka hendaklah kamu ubah dengan tangan kamu, kalau tak mampu dengan tangan, ubah dengan lidah. Tak mampu nak bercakap ubah dengan hati, kena tunjuk dengan perasaan tidak bersetuju seperti pergi dari tempat orang buat mungkar.

2. Menjaga amanah yang diberi.

3. Mendirikan solat, solat yang akan menjauhkan kita daripada kekejian dan kemungkaran, khatib selalu kata setiap jumaat. Mendirikan solat bermaksud mendatangkan segala kesempurnaan solat dengan khusyuk, tadabbur, tawaduk dll.

4. Membayar zakat

5. Mentaati Allah dan RasulNya.

09:02pm Sat 11-05-13

[kredit gambar : Masjid Al-Azim]

No comments: