Ustaz Syakirin Hussein,
Masjid al-Azim,
Kitab Asbabun Nuzul Imam Jalaludin as Sayuti,
Menceritakan sebab turun ayat Al-Quran. Ayat turun sedikit demi sedikit, diturunkan di Mekah surah dan ayat berkenaan aqidah, di Madinah berkenaan hukum, orang Quraisy bertanya tentang beberapa orang pemuda kahfi.
Selama 40 hari Nabi s.a.w menunggu jawapan dari Allah tetapi tidak jua turun. Bila turun ayat Allah menegur Rasulullah s.a.w. kerana tidak sebut InsyaAllah, seterusnya Allah turunkan ayat wawajadaka dhollam untuk pujuk Rasulullah s.a.w., nabi dulu pernah sesat 40 tahun sebelum diberi wahyu turunnya ayat pertama oleh Allah, sebelum itu nabi mengguna akal untuk bezakan yang benar dan yang batil dan mencari tuhan, ayat iqra demi tuhanmu yang maha pencipta, Rasulullah s.a.w. menjadi pening tuhan yang mana.
Ayat arab mesti ada fe'el (perbuatan), fa'el(pembuat) dan maf'ullubih(mangsa atas perbuatan), contoh iyakanaqbudu, maf'ul muqaddam. Mencari kebenaran dengan menggunakan akal, mencari dakwah ke arah kebaikan dan kebesaran Allah melalui deria yang ada pada tubuh mata telinga, sahabat-sahabat yang syahid ketika uhud Saidina Hamzah, Anas bin Nadar.
Musuh paling besar ada dalam diri letaknya di tengah dada iaitu alhawa atau nafsu. Alfurqan orang yang beriman dengan kitab Al-Quran dan mengaji Al-Quran yang dengan tegas membezakan yang hak dan yang batil. Tafsir Al-Quran ada yang khusus seperti Bani Israel pengiktibaran ayat harus ambil yang umum.
Bani Israel yang membunuh semua nabi dan rasul tapi zaman sekarang tiada nabi, ada 4 orang nabi masih hidup dan ditangguh kematian mereka iaitu Isa, Hidir, Idris dan Ilyasa, tetapi risalah yang dibawa oleh mereka masih kekal hingga sekarang nabi Zakaria, Nabi Yahya dibunuh bukan tak sayang tetapi bertujuan untuk membunuh risalah yang dibawa.
Imam Ghazali ada mengatakan bahawa nikmat paling besar di dunia kebebasan memilih dan dicabut dikala nazak menjadi pilihan Allah nak beri syurga atau neraka berdasarkan kehidupan didunia, ikut Al-Quran atau ikut nafsu ke neraka.
07:37pm Mon 08-10-12
No comments:
Post a Comment