Ustaz Najmudin Said, kitab Riyadhus Solihin, hadis 3 dari Aisyah r.ha, riwayat Bukhari dan Muslim, tiada hijrah selepas pembukaan kota Mekah, menawan Mekah, menewaskan kota orang kuffar golongan Quraisy. Sebelum ni Nabi s.a.w hijrah dari Mekah ke Madinah. Hijrah bermaksud perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain, dari kelakuan buruk kepada baik. Nabi s.a.w melarang sepenuhnya kepada penduduk Mekah untuk meninggalkan kota lain. Nabi tidak ingin jika mereka berpindah ke tempat lain pihak kuffar akan menakluk kembali Mekah. Hijrah (taubat kepada Allah) takkan terputus melainkan matahari terbit dari barat. Allah tidak menetapkan sebarang tempoh untuk bertaubat hingga hari kiamat. Taubat nasuha mesti meninggalkan perkara buruk yang biasa dilakukan sebagai syarat utama. Kedua taubat diterima hanya sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong. Mekah kekal menjadi negara Islam sehingga hari kiamat, sebelum ini dikenali sebagai kota golongan kuffar yang amat terkenal seperti Abu Jahal. Hijrah Nabi s.a.w ke Madinah bukan disebabkan takut kepada golongan Quraisy. Selama 3 tahun Nabi s.a.w berdakwah secara rahsia kepada keluarga dan sahabat terdekat. Saidina Abu Bakar as-Siddiq adalah salah seorang sahabat yang memula peluk Islam. Selepas itu selama 6 tahun Nabi s.a.w menyampaikan dakwah secara terangan, bermula di Bukit Safa. Pada masa inilah nabi telah dikecam dan dituduh gila kerana membawa agama baru. Juga turut terima ugutan bunuh, tika inilah Allah turunkan ayat melalui malaikat Jibril mengarah nabi berhijrah secepat mungkin. Nabi s.a.w bergesa datang ke rumah Abu Bakar asSiddiq pada waktu tengahari untuk mengajak Abu Bakar berhijrah. Pada tengah malam hari yang sama, nabi meminta Saidina Ali mengganti tempat nabi tidur dirumah nabi, golongan kuffar pula telah menunggu dan mengepung diluar rumah bertujuan membunuh nabi. Bagi melepaskan diri nabi mengambil segenggam pasir dan membaca suatu ayat daripada Surah Yasin dan ditebar di hadapan mereka sehingga penglihatan mereka dihilangkan. Nabi terus keluar rumah bersama para sahabat tetapi mereka tidak nampak kelibat nabi. Mereka tetap menunggu nabi hingga siang hari walhal Nabi Muhammad s.a.w dan Saidina Abu Bakar telah bergerak menuju gua Tsur sebagai checkpoint pertama. Apabila sampai di Gua Tsur, Saidina Abu Bakar memastikan keselamatan nabi dengan memeriksa keadaan di dalam gua terlebih dahulu sebelum membenarkan nabi masuk. Nabi kerana terlalu penat berkelana kemudian tertidur di atas riba Saidina Abu Bakar asSiddiq. Tiga hari tiga malam berada di dalam gua, iaitu hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, anak Abu Bakar iaitu Asma' menghantar makanan dan minuman. Hari berikutnya Nabi s.a.w dan Saidina Abu Bakar bergerak ke Yathrib tetapi melalui jalan selatan iaitu jalan pantai Laut Merah berbeza dengan jalan biasa ke utara. Dalam perjalanan pada waktu malam dengan tiada orang lain berselisih hingga sampai disuatu tempat ada batu panjang. Nabi berehat di situ dan Abu Bakar pergi mencari makanan. Berjumpa dengan gembala kambing dan mendapatkan susu untuk nabi. Pada suatu masa seorang kafir bernama Suraqoh berjaya mengesan Nabi s.a.w dan Abu Bakar, mengejar nabi dengan kudanya, tetapi apabila hampir dengan nabi kuda beliau terjatuh dan ini berlaku beberapa kali sebelum Suraqoh berjaya merapatkan kudanya dengan nabi. Tetapi keajaiban berlaku, daripada nak membunuh nabi bila berjumpa nabi terus bertukar kepada pengawal peribadi nabi. Dalam perjalanan melalui dua kawasan perkhemahan, salah satunya milik Ummu Abbad, berlaku satu kejadian yang menunjukkan mukjizat Nabi s.a.w. Nabi telah meminta Abu Bakar untuk berehat di khemah Ummu Abbad dan memohon seteguk air susu daripada beliau. Namun beliau menjawab, lihatlah wahai pemuda, ternakan kami yang kurus kering manakan ada susunya. hinggalah akhirnya Nabi saw dan Abu Bakar r.a sampai ke Yathrib. Sebelum sampai Yathrib Nabi saw singgah di Masjid Kuba'. Selepas 8 tahun di kota Madinah barulah nabi balik ke kota Mekah untuk menawan semula menjadi kota Islam. Hijrah jihad dan hijrah niat. Niat yang benar untuk berjihad kerana Allah swt mempertahankan agama Allah dan daulah Islamiah. Beberapa situasi berjihad 1. Pemerintah mengarah jihad menentang golongan kafir, jihad itu menjadi fardhu ain melainkan keuzuran yang diberikan Allah. Allah janjikan orang yang taknak keluar perang disediakan neraka jahannam. 2. Keluar berperang bila negara Islam diserang oleh tentera kuffar. Wajib bagi lelaki perempuan tua muda berjihad. 3. Bila ada pasukan Islam dan kafir bertembung dan ingin menghancurkan Islam, wajib pertahankan pasukan Islam tersebut dan dilarang berundur meninggalkan pasukan, dijanjikan neraka jahanam bagi mereka yang berpaling melarikan diri kecuali untuk mohon bantuan. 4. Seseorang yang tahu guna senjata dan tiada orang lain pada masa itu, tapi tidak dipilih oleh pemerintah, dia wajib isytiharkan diri atas kemahiran dia dan masuk kumpulan berjihad. Bagi setiap muslim wajib menjaga agama kita, ambil berat sahabat seislam yang mengalami kesusahan.
Rabu kedua 12/02/14 9:00pm.
Wednesday, March 26, 2014
Hijrah Nabi Muhammad saw
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment