Saturday, March 12, 2016

Golongan Manusia Selamat (1 dari 73)

Kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman, golongan yang selamat (iaitu satu daripada 73 golongan umat Nabi Muhammad saw).

Surah al-Baqarah 2:207 orang yang menjaga akidah dia redha dan pasrah mengikuti 100% perintah Allah swt. Orang yang mengorbankan dirinya mengikuti perintah Allah swt. Sahabat nama Suhaib bin Sinar al Rumi seorang hartawan telah merelakan dirinya untuk berhijrah dan ini ditakuti oleh kafir Quraisy maka mereka mengugut akan mengambil semua hartanya jika berhijrah. Namun Suhaib terus meninggalkan segala harta beliau dan berhijrah ke Madinah hanya sehelai sepinggang.

Ciri-ciri orang yang akidahnya selamat ialah meredhakan Allah swt sebagai tuhan, redha Islam sebagai agama dan Nabi Muhammad saw sebagai nabi dan rasul.

...'Radhitubillah hirobba, wabil Islami dinna wabin Muhammadin nabiyya warasulla'...

Amalan yang mengundang redha Allah swt  sesiapa yang pada waktu pagi dan petang membaca tiga kali ayat di atas Allah swt akan meredhakan amalan kita. 

Nabi Ibrahim a.s. Khalilullah yang membawa maksud amat dekat dengan Allah swt. Apabila beliau mendapat anak Nabi Ismail a.s cintanya terbahagi lebih kepada makhluk lalu Allah swt perintahkan Nabi Ibrahim a.s mengorbankan anaknya itu. 

Orang sufi takut untuk meminta lebih lagi hak mereka daripada Allah kerana merasakan telah mencukupi dengan apa yang telah Allah berikan. 

Al-Baqarah 2:208 Allah swt perintahkan kita masuk Islam secara menyeluruh secara sempurna. Bila kita redha Islam sebagai agama maka kita perlu mengamalkan Islam keseluruhannya.

Kita perlu sedaya upaya mengamal dan menjaga apa yang Nabi Muhammad saw bawa hingga sampai kepada kita. Banyakkanlah kita ucap ayat di atas dan menjaga amalan kita. Rasa bangga dan tidak malu dengan Islam. Menjaga harta dan keluarga ke arah agama Islam akan membawa kita ke arah yang selamat dunia akhirat dan mendapat redha Allah swt. 

Sabtu 12/03/16 715am

No comments: