Friday, May 4, 2012

Redup di Mahsyar?


- Petikan dari Khutbah Jumaat oleh Dr. Azhar Yaakub di Masjid al-Azim, Pandan Indah.

Setiap satu perkara yang Allah swt jadikan pasti ada sebab musababnya. Dalam kehidupan kita, dihadapan kita ada tua, sakit, nazak, mati, bangkit dan mahsyar. Umpamakan kepanasan di dunia ini seperti di padang mahsyar. Bagaimana keadaan kita nanti ketika berdepan dengan kehangatan dan bahang yang panas membara. 


Sanggupkah kita menempuhinya? Sanggup atau tidak, itulah takdir kita, itulah perjalanan hidup kita sebagai hamba Yang Maha Esa. 




Tiada seorang pun yang dapat lepas dan berteduh dari keadaan panas ini. Kecuali hanya 7 golongan yang diberi peluang bernaung dibawah arasy Allah ketika di mahsyar tanpa merasai kepanasan iaitu:-

1. Pemimpin yang adil - suami, ayah, pengurus, pemerintah

2. Pemuda yang hidupnya sentiasa memelihara sunnah

3. Seorang yang sentiasa solat di masjid dan surau

4. Dua orang yang hidup berkasih sayang kerana Allah, membina ukhuwah

5. Lelaki yang menolak zina, ihsan dalam beribadah, hidup sentiasa diperhati oleh Allah

6. Orang yang bersedekah senyap-senyap, jangan kedekut untuk berinfak fisabilillah

7. Orang yang sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t dalam diam hingga menangis.

01:42pm Fri 19-03-10

Wednesday, May 2, 2012

Akidah dan Tuntutan


Penceramah : Ustaz Fadlullah bin Ismail,
Tempat : Surau Islamiah,

Ramai orang Islam zaman sekarang ambil mudah tentang akidah. Akidah dalam bahasa Arab membawa maksud ikatan atau simpulan. Akidah adalah simpulan perkara maknawi iaitu sesuatu yang tidak dapat dilihat.

Sesuatu perkara yang dapat dilihat pula dipanggil issiah. Mukjizat nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad s.a.w. seperti Nabi Noh, Isa, Musa a.s. adalah contoh perkara ajaib yang dapat dilihat.

Terdapat 6 perkara pelik dalam Islam

1. Mukjizat, diberikan kepada para nabi dan rasul sahaja, ia membawa maksud kemuliaan iaitu penguat kepada hujah-hujah nabi dalam berda'wah bukan menjadi bahan pertunjukan.

Istimewanya Nabi Muhammad s.a.w. dan beza baginda dengan nabi-nabi yang terdahulu adalah baginda mendapat kedua-dua mukjizat iaitu isiah dan maknawi (Al-Quran).

2. Karomah, kemuliaan, diberi kepada orang soleh, wali allah seperti Saidina Umar alKhatab semasa beri khutbah bangun dan beri arahan kepada Khalid al Walid yang sedang perang, bukan sihir yang dibuat selalu, wali bermaksud penolong agama Allah, waraq orang yang berhati-hati dalam tindakannya didunia
tidak jatuh ke tempat yang tidak baik.

3. Ma'unah kepada orang awam yang buat amalan baik dan ikhlas, pertolongan Allah.

4. Isti'raj, kepada orang yang buat kezaliman, kufur, buat maksiat, yang umur makin panjang, makin kaya, maksud pemberian Allah secara dicampak dan keadaan marah, Contohnya Firaun dan Namrud.

5. Sihir, benda orang belajar, untuk mengelak daripada terkena sihir, sebelum tidur baca 3 Kul. Sihir seperti tangkal budak, tipu dalam berniaga, tangkal dalam kedai, nak tau rumah kena sihir makanan berbuak tanpa duduk atas dapur

6. Irkhas, seperti bayi yang boleh bercakap sewaktu kecil seperti Nabi Isa a.s, ashabul hudud, Juraij seorang bangsa Israel yang beribadat atas bukit tak sahut panggilan maknya.

Perjanjian antara manusia dengan Allah. 4 unsur terbentuk akidah

1. Akal yang boleh berfikir
2. Daya pemilihan untuk pilih perkara baik atau tidak
3. Penyerapan benda baik dalam jiwa
4. Hidayah hanya daripada Allah kerana mencari islam.

08:55pm Wed 02-05-12

Saturday, April 21, 2012

Adab Berwuduk


Penceramah : Ustaz Fadhlul Rahmi bin Maarof,
Tempat : Surau Islamiah,
Kitab Rujukan : kitab Bidayatul Hidayah,



Sapu muka dan berdoa, cari kerahmatan dan keberkatan Allah.
Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud 5 tanda kemurkaan Allah

1.Turun pelbagai penyakit baru yang cepat berjangkit dan sukar diubati,
2.Cuaca panas terik berterusan yang luarbiasa.
3.Kezaliman bercambah dikalangan manusia, wajib ada satu golongan yang bangkit menghalang kezaliman.
4.Musuh Islam semakin kuat dan merampas sebahagian hakmilik Islam.
5.Huru hara semakin banyak akibat penolakan manusia terhadap Islam yang sebenar.

Semasa sapu kepala, baca doa mohon naungan arasy Allah ketika kebangkitan di Padang Mahsyar, mereka yang dapat

1. Pemimpin yang adil
2. Menangis kerana Allah ketika beribadat
3. Orang muda yang suka menghampiri masjid.

Doa ya Allah haramkan rambut dan kulitku daripada disentuh api neraka, hadis nabi saw, ketika nabi bermikraj ada menceritakan tentang perempuan yang ditarik rambut dan kulit dan dipotong dengan gunting daripada neraka.

Dua golongan yang dijanjikan masuk neraka
1. Pemimpin zalim
2. Perempuan yang berpakaian tapi bertelanjang sambil menarik perhatian orang, kedua-dua golongan ini takkan masuk syurga malah tak dapat cium baunya.    

08:04pm Sat 21-04-12

Friday, April 13, 2012

Cahaya Hati

Penceramah :  Ustaz Awang Rani Awang Besar ,
Tempat :  Surau Islamiah
Kitab Rujukan : Kitab ms162

Tempat terbit cahaya nur ilahi dengan ilmu dan rahsia adalah di dalam hati yang bersih. Ia tidak akan keluar daripada hati yang tidak baik. Bintang ilmu bulan makrifah nur iman takkan keluar daripada hati yang penuh maksiat. Umpamanya orang yang sengaja tinggal solat subuh akan melarat kepada zuhur, asar melainkan mujahadah/berjuang melawan maksiat.

Kalau ikut zahir hadis daripada Imam Hanafi, tinggal solat secara sengaja dikira kafir, segala perkara akan jadi tidak sah seperti wali nikah dan sembelih ayam. Jika mengikut Imam Syafie, akan mendapat dosa besar dan selagi tidak bertaubat nasuha/ berterusan dikira batal segala ibadat. Imam Waqi' guru kepada Imam Syafie pernah berkata nur hidayah takkan masuk kepada hati yang derhaka. Hati yang kotor natijahnya takkan sensitif dengan benda yang kotor dan perkara mungkar. Saidina Umar r.a. begitu agresif terhadap mungkar hingga dia yang merotan sendiri anaknya yang dihukum kerana berzina.

Ubah mungkar dengan tangan, tidak dapat dengan tangan guna mulut, tidak dapat dengan mulut guna hati.

Tazkirah membersihkan hati, cara-caranya
1. Berasa jijik kepada maksiat,
2. Nabi Muhammad s.a.w. ajar beristighfar 100 kali sehari semalam,
3. Bertasbih,
4. Mendengar ceramah atau nasyid.

08:59pm Thu 12-04-12

Thursday, April 12, 2012

Operasi Air Kancil

Melibatkan radiator dan waterpump dan juga diselitkan sekali oil ring. Setelah dibuat pemeriksaan rambang dipercayai radiator telah tersumbat dan perlu diservis.




Semasa proses cucian dijalankan, amoi Ban Hoe Radiator telah menawarkan harga menarik untuk menukar kepada radiator double layer yang semakin popular masakini.

Aku bersetuju memandangkan radiator Denso yang lama sudah berusia 12 tahun. Setelah siap pasang, timbul isu lain, water pump tidak berfungsi seperti biasa.

Pekerja Ban Hoe, anne, telah mengsyorkan satu bengkel iaitu 32, jalan 6/3 untuk kerja pemeriksaan lanjut terhadap waterpump.



Hasilnya setelah diperiksa water intake point yang mengawal pengaliran air hangat dari dalam enjin ke radiator sudah tidak berfungsi dan ia perlu dibuang, ya dibuang untuk melancarkan pengaliran air.

12:37pm Thu 12-04-12

Thursday, March 22, 2012

Nikmat Dua Waktu

Penceramah : Ustaz  Tuan Ibrahim Tuan Man 
Lokasi : 
Masjid al-Azim, Pandan Indah

Hadis Qudsi ke-12, hendaklah kamu ingatKu kepadamu, ada 2 nikmat yang membuat manusia leka iaiu waktu sihat & waktu lapang. 

Ketika sihatlah kita perlu solat berjemaah di masjid. Apabila hanya boleh solat duduk tiada siapa yang nak usung ke masjid. 

Kalau kamu hitung nikmat Allah tak terkira banyaknya. Nikmat begitu berharga bila kita amat memerlukannya. 

Sifat berpada paling tinggi - ukur harta pada tangan Allah jangan ukur pada tangan makhluk. 

APABILA KAMU TUNAI JANJI KEPADA ALLAH, ALLAH AKAN TUNAI JANJI KAMU, APABILA KAMU SUSAH ALLAH AKAN INGAT KAMU.

Hendaklah kamu rasa GERUN kepada Allah, Ittaqullah... TAKWA meliputi semua 99 sifat Allah, gerun umpama berhenti di traffic light pada pukul 3 pagi sebab takut polis ada. 

Tidak akan jumpa jalan ke syurga melainkan kamu beramal umpama berjalan ke satu destinasi berpandukan papantanda jalan, berzikir, menuntut ilmu. 

Kalau mak kita redhakan kita, kaki kiri kita dah masuk syurga (bagi anak lelaki). Kamu tak akan masuk syurga selagi kamu tidak bersabar, maka dekatkan diri kamu dengan amalan sunat sebagai tanda sayang kepada Allah. 07:57pm Mon 22-03-10

Monday, March 19, 2012

Ana Ikan Bakar Petai, Bandar Baru Bangi

Mencari tempat makan malam di Bangi sebenarnya tak susah... ada banyak kedai-kedai, restoran yang bermacam tema dan citarasa ada di Bangi. Tapi aku jarang pergi ke kedai makan dan restoran yang macam-macam ini kecuali ada kawan-kawan yang bagi cadangan.

Hari ini hari Ahad, disebabkan perlu ke Kajang untuk mengambil barang, kami sekeluarga memutuskan untuk makan malam di Bandar Baru Bangi. Kami sampai di Masjid Hasanah, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi tepat ketika azan untuk solat maghrib.

Dan kali ini aku rasa teringin untuk singgah di kedai makan milik sahabat sekolah lama aku iaitu Restoran Ana Ikan Bakar Petai. Ia terletak betul-betul di sebelah Balai Bomba Bangi, Persiaran Kemajuan.


View Larger Map

Tempatnya yang besar dan selesa, siap dengan kemudahan surau dan tandas, tempat permainan kanak-kanak dan yang penting ruang meletak kenderaan yang luas dan percuma.

Tempat memilih ikan juga agak luas dengan maklumat pilihan ikan, udang, sotong yang segar dengan harga dan cara masakan yang memuaskan.

Kami sekeluarga hanya memilih untuk makan nasi putih bersama Udang Goreng Butter, Sotong Bakar(gambar di bawah), Kerabu Mangga dan juga sup daging.


Amat memuaskan, memang sedap dan amat berselera. Dengan pilihan sos yang disediakan iaitu sambal kicap dan air asam, makan bersama sotong bakar memang terangkat!



Menurut tuanpunya restoran, Ummu Aiman, asal restoran ini adalah daripada Tanjung Lumpur, Kuantan yang mana terdapat 3 cawangan termasuk di Bandar Baru Bangi. Specialty atau hidangan istimewa di sini adalah Ikan, Udang atau Sotong Bakar Petai. Manakala terdapat juga hidangan sampingan seperti keropok lekor dan satar Kuantan. Restoran dibuka setiap hari bermula jam 5 petang hingga 12 tengah malam.

Dengan kepuasan makan seperti malam ini, aku takkan teragak-agak untuk datang lagi sekali membawa keluarga dan rakan-rakan untuk makan di sini.

Tahniah dan terima kasih kepada Ummu Aiman, Semoga bertambah maju jaya...