Friday, May 11, 2012
Ibadah Sunat yang Penting
Penceramah : Ustaz Taufik
Tempat : Masjid Bandar Baru Ampang.
Kitab Rujukan : Kitab Tafsir
Duduk di dalam majlis ilmu, Allah beri sepuluh keberkatan.
Tafsir Surah ke 93 Surah al-Dhuha
Merupakan surah makkiyah (menekankan tentang keimanan).
Susunan ayat dalam Al Quran sejak azali lagi. Allah terangkan nikmat-nikmat bila patuh arahanNya, bertakwa padaNya. Allah bersumpah demi waktu dhuha, Allah nak tunjuk satu ibadat sunat yang penting.
Abu Hurairah r.a. ada berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. mengingatkan umatnya untuk berbuat 3 perkara sunat yang penting iaitu : -
1. Puasa sunat 3 hari sebulan
2. Solat sunat dhuha dua rakaat
3. Solat sunat witir sebelum tidur.
Waktu dhuha amat panjang, nabi s.a.w. memberi peluang untuk umatnya beramal. Sama seperti melakukan sedekah bertasbih, bertahmid, bertakbir, Ayat-ayat Allah takkan sesekali meninggalkan kamu dan membenci kamu.
Huraian, selepas turun Surah Fajr, Nabi s.a.w. terpaksa menunggu lama 14 atau 40 hari sebelum turun Surah al-Dhuha ini.
Ayat 1 & 2 Demi waktu dhuha dan waktu malam yang sepi.
Huraian: puak Quraisy telah memperlekeh Nabi Muhammad s.a.w. dengan mengatakan yang Nabi s.a.w. telah ditinggalkan Allah.
Ayat 4 Alam akhirat adalah satu alam yang lebih baik dari alam dunia.
Huraian: Allah beri jaminan nikmat yang lebih baik. Sebagai umat nabi s.a.w., kita kena ingat nikmat-nikmat yang kita bakal terima disyurga jauh lebih baik berbanding dunia.
Sungai yang mengalir di dalam syurga sama sekali tidak sama seperti sungai di dunia (surah Muhd:93 jenis sungai di syurga) sungai disyurga takkan berubah.
Nikmat syurga takkan dapat terlintas dalam akal manusia. Bermakna walau macamana indah pun keindahan di syurga yang kita cuba bayangkan, masih tidak dapat menyamai keindahan sebenar di dalam syurga itu.
07:52pm Tue 11-05-12
Tuesday, May 8, 2012
Puji Pujian
Penceramah : Ustaz Nazri Mustafa
Tempat : Surau Islamiah
Kitab Rujukan : Kitab Tasauf,
Ilmu ihsan - akhlak beribadah kepada Allah, ilmu hiasi hati untuk beribadah.
intro: Rahman Allah nikmatNya tetap diberi tanpa kira beriman atau kufur tetapi Rahim Allah hanya untuk yang beriman sahaja.
Terdapat 4 jenis puji iaitu
1.Puji qadim bagi hadis
2.Puji hadis bagi hadis: puji sesama manusia kenalah berpada-pada
3.Puji hadis bagi qadim: manusia memuji allah
4.Puji qadim bagi qadim: Allah memuji diriNya.
Manusia tak boleh memuji diri sendiri takut timbul riak dan dengki.
Manusia dan jin dijadikan Allah hanya untuk beribadah kepadaNya.
Telinga, mata dan hati akan ditanya di akhirat esok. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai tanda terima kasih kerana rahmat yang dibawa sampai ke sekalian alam.
Innallahawamalaikatuhu sollu alannabi, sedangkan Allah dan malaikat pun berselawat atas nabi inikan pula kita umatnya. Allah tidak memilih rupa tetapi hanyalah melihat kepada hati.
07:53pm Sat 08-05-10
Friday, May 4, 2012
Redup di Mahsyar?
- Petikan dari Khutbah Jumaat oleh Dr. Azhar Yaakub di Masjid al-Azim, Pandan Indah.
Setiap satu perkara yang Allah swt jadikan pasti ada sebab musababnya. Dalam kehidupan kita, dihadapan kita ada tua, sakit, nazak, mati, bangkit dan mahsyar. Umpamakan kepanasan di dunia ini seperti di padang mahsyar. Bagaimana keadaan kita nanti ketika berdepan dengan kehangatan dan bahang yang panas membara.
Sanggupkah kita menempuhinya? Sanggup atau tidak, itulah takdir kita, itulah perjalanan hidup kita sebagai hamba Yang Maha Esa.
Tiada seorang pun yang dapat lepas dan berteduh dari keadaan panas ini. Kecuali hanya 7 golongan yang diberi peluang bernaung dibawah arasy Allah ketika di mahsyar tanpa merasai kepanasan iaitu:-
1. Pemimpin yang adil - suami, ayah, pengurus, pemerintah
2. Pemuda yang hidupnya sentiasa memelihara sunnah
3. Seorang yang sentiasa solat di masjid dan surau
4. Dua orang yang hidup berkasih sayang kerana Allah, membina ukhuwah
5. Lelaki yang menolak zina, ihsan dalam beribadah, hidup sentiasa diperhati oleh Allah
6. Orang yang bersedekah senyap-senyap, jangan kedekut untuk berinfak fisabilillah
7. Orang yang sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t dalam diam hingga menangis.
01:42pm Fri 19-03-10
Wednesday, May 2, 2012
Akidah dan Tuntutan
Penceramah : Ustaz Fadlullah bin Ismail,
Tempat : Surau Islamiah,
Ramai orang Islam zaman sekarang ambil mudah tentang akidah. Akidah dalam bahasa Arab membawa maksud ikatan atau simpulan. Akidah adalah simpulan perkara maknawi iaitu sesuatu yang tidak dapat dilihat.
Sesuatu perkara yang dapat dilihat pula dipanggil issiah. Mukjizat nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad s.a.w. seperti Nabi Noh, Isa, Musa a.s. adalah contoh perkara ajaib yang dapat dilihat.
Terdapat 6 perkara pelik dalam Islam
1. Mukjizat, diberikan kepada para nabi dan rasul sahaja, ia membawa maksud kemuliaan iaitu penguat kepada hujah-hujah nabi dalam berda'wah bukan menjadi bahan pertunjukan.
Istimewanya Nabi Muhammad s.a.w. dan beza baginda dengan nabi-nabi yang terdahulu adalah baginda mendapat kedua-dua mukjizat iaitu isiah dan maknawi (Al-Quran).
2. Karomah, kemuliaan, diberi kepada orang soleh, wali allah seperti Saidina Umar alKhatab semasa beri khutbah bangun dan beri arahan kepada Khalid al Walid yang sedang perang, bukan sihir yang dibuat selalu, wali bermaksud penolong agama Allah, waraq orang yang berhati-hati dalam tindakannya didunia
tidak jatuh ke tempat yang tidak baik.
3. Ma'unah kepada orang awam yang buat amalan baik dan ikhlas, pertolongan Allah.
4. Isti'raj, kepada orang yang buat kezaliman, kufur, buat maksiat, yang umur makin panjang, makin kaya, maksud pemberian Allah secara dicampak dan keadaan marah, Contohnya Firaun dan Namrud.
5. Sihir, benda orang belajar, untuk mengelak daripada terkena sihir, sebelum tidur baca 3 Kul. Sihir seperti tangkal budak, tipu dalam berniaga, tangkal dalam kedai, nak tau rumah kena sihir makanan berbuak tanpa duduk atas dapur
6. Irkhas, seperti bayi yang boleh bercakap sewaktu kecil seperti Nabi Isa a.s, ashabul hudud, Juraij seorang bangsa Israel yang beribadat atas bukit tak sahut panggilan maknya.
Perjanjian antara manusia dengan Allah. 4 unsur terbentuk akidah
1. Akal yang boleh berfikir
2. Daya pemilihan untuk pilih perkara baik atau tidak
3. Penyerapan benda baik dalam jiwa
4. Hidayah hanya daripada Allah kerana mencari islam.
08:55pm Wed 02-05-12
Saturday, April 21, 2012
Adab Berwuduk
Penceramah : Ustaz Fadhlul Rahmi bin Maarof,
Tempat : Surau Islamiah,
Kitab Rujukan : kitab Bidayatul Hidayah,
Sapu muka dan berdoa, cari kerahmatan dan keberkatan Allah.
Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud 5 tanda kemurkaan Allah
1.Turun pelbagai penyakit baru yang cepat berjangkit dan sukar diubati,
2.Cuaca panas terik berterusan yang luarbiasa.
3.Kezaliman bercambah dikalangan manusia, wajib ada satu golongan yang bangkit menghalang kezaliman.
4.Musuh Islam semakin kuat dan merampas sebahagian hakmilik Islam.
5.Huru hara semakin banyak akibat penolakan manusia terhadap Islam yang sebenar.
Semasa sapu kepala, baca doa mohon naungan arasy Allah ketika kebangkitan di Padang Mahsyar, mereka yang dapat
1. Pemimpin yang adil
2. Menangis kerana Allah ketika beribadat
3. Orang muda yang suka menghampiri masjid.
Doa ya Allah haramkan rambut dan kulitku daripada disentuh api neraka, hadis nabi saw, ketika nabi bermikraj ada menceritakan tentang perempuan yang ditarik rambut dan kulit dan dipotong dengan gunting daripada neraka.
Dua golongan yang dijanjikan masuk neraka
1. Pemimpin zalim
2. Perempuan yang berpakaian tapi bertelanjang sambil menarik perhatian orang, kedua-dua golongan ini takkan masuk syurga malah tak dapat cium baunya.
08:04pm Sat 21-04-12
Friday, April 13, 2012
Cahaya Hati
Penceramah :
Ustaz Awang Rani Awang Besar ,
Tempat : Surau Islamiah
Kitab Rujukan : Kitab ms162
Tempat terbit cahaya nur ilahi dengan ilmu dan rahsia adalah di dalam hati yang bersih. Ia tidak akan keluar daripada hati yang tidak baik. Bintang ilmu bulan makrifah nur iman takkan keluar daripada hati yang penuh maksiat. Umpamanya orang yang sengaja tinggal solat subuh akan melarat kepada zuhur, asar melainkan mujahadah/berjuang melawan maksiat.
Kalau ikut zahir hadis daripada Imam Hanafi, tinggal solat secara sengaja dikira kafir, segala perkara akan jadi tidak sah seperti wali nikah dan sembelih ayam. Jika mengikut Imam Syafie, akan mendapat dosa besar dan selagi tidak bertaubat nasuha/ berterusan dikira batal segala ibadat. Imam Waqi' guru kepada Imam Syafie pernah berkata nur hidayah takkan masuk kepada hati yang derhaka. Hati yang kotor natijahnya takkan sensitif dengan benda yang kotor dan perkara mungkar. Saidina Umar r.a. begitu agresif terhadap mungkar hingga dia yang merotan sendiri anaknya yang dihukum kerana berzina.
Ubah mungkar dengan tangan, tidak dapat dengan tangan guna mulut, tidak dapat dengan mulut guna hati.
Tazkirah membersihkan hati, cara-caranya
1. Berasa jijik kepada maksiat,
2. Nabi Muhammad s.a.w. ajar beristighfar 100 kali sehari semalam,
3. Bertasbih,
4. Mendengar ceramah atau nasyid.
08:59pm Thu 12-04-12

Thursday, April 12, 2012
Operasi Air Kancil
Melibatkan radiator dan waterpump dan juga diselitkan sekali oil ring. Setelah dibuat pemeriksaan rambang dipercayai radiator telah tersumbat dan perlu diservis.
Semasa proses cucian dijalankan, amoi Ban Hoe Radiator telah menawarkan harga menarik untuk menukar kepada radiator double layer yang semakin popular masakini.
Aku bersetuju memandangkan radiator Denso yang lama sudah berusia 12 tahun. Setelah siap pasang, timbul isu lain, water pump tidak berfungsi seperti biasa.
Pekerja Ban Hoe, anne, telah mengsyorkan satu bengkel iaitu 32, jalan 6/3 untuk kerja pemeriksaan lanjut terhadap waterpump.
Hasilnya setelah diperiksa water intake point yang mengawal pengaliran air hangat dari dalam enjin ke radiator sudah tidak berfungsi dan ia perlu dibuang, ya dibuang untuk melancarkan pengaliran air.
12:37pm Thu 12-04-12

Subscribe to:
Posts (Atom)