Thursday, April 17, 2014

Senyumlah..

Ustaz Rasydan Yunus
Surau Islamiah
Hadis 20

Nabi saw berkata kepada Abu Zar, Wahai Abu Zar senyumlah kepada sahabat kamu akan mendapat pahala.

Kenapa perlu bermasam muka, hingga tiga hari tak bertegur suatu sifat yang tak baik.

Sebarkan salam kepada semua mendoaakan kebaikan kepada orang lain. Senyum itu mencerminkan keadaan dalam hati. Senyum yang ikhlas dari hati akan dapat pahala, menyejukkan hati kita.

Hadis 21

Riwayat Abu Daud, tidak ada di antara dua orang muslim yang berjumpa dan berjabat tangan melainkan mendapat keampunan bagi kedua muslim tersebut sebelum mereka berpisah.

Tuesday, April 15, 2014

Perkara yang Allah Sembunyikan

Ustaz Salam Abd Jabar , beberapa perkara yang Allah sembunyikan 1. redhaNya pada suatu amal ibadah, Allah Taala harus memasukkan hambaNya yang kuat beramal ke dalam syurga dan masukkan hambaNya yang derhaka ke dalam neraka. Amalan walaupun kecil jangan ditinggalkan, datang surau setiap masuk waktu belum tentu dapat rahmat Allah. Kita tak tahu mana satu amalan kita yang Allah terima. 2. KemurkaanNya pada suatu maksiat. Jangan ambil ringan pada suatu dosa walau sekecil manapun. Dosa yang kecil jika dibuat banyak kali akan menghapuskan pahala ibadah yang telah lama dibuat. Manusia diuji dengan tiga ta iaitu harta, takhta dan wanita.

Perlu banyak berharap dengan Allah moga dapat rahmat dan keampunan dariNya.
3. WaliNya dikalangan hambaNya agar manusia itu saling mengasihi satu sama lain. Hanya wali yang mengenal wali.  Dalam sehari kita akan berjumpa 6 golongan iaitu 1. Kanak-kanak, jangan dimarahi jika budak itu nakal, budak lebih mulia kerana kurang dosa daripada kita.

Jumaat pertama 07/03/14 8:40pm

Sunday, April 13, 2014

Akhlak

Surau Islamiah,                                     Ustaz Ariffudin Zulkifli,
Kenapa nabi tidak dijadikan dikalangan para malaikat? Fitrah seorang malaikat tak sama dengan manusia. Nabi makan kita pun makan pendek kata apa yang nabi buat kita boleh ikut, menjadi rahmat seluruh alam.
Kitab apa ertinya saya menganut agama Islam.
Tidak satu perkara yang berat bila diletakkan di atas neraca di hari akhirat kecuali akhlak yang baik. Akhlak intipati kepada ibadat iaitu tasauf, tanpa akhlak ibadat hanyalah perbuatan yang kosong, buruk akhlak lemahlah iman, tinggi akhlak tinggilah iman. Surah Al Ankabut sesungguhnya solat mencegah perbuatan keji dan mungkar dan sebaik-baik ibadah adalah solat, dalam solat adalah memperingati Allah dengan sebenar-benar khusyuk. Dalam sujud kita letak dahi kepala kita sama tahap dengan tapak kaki membawa maksud kita takda nilai disisi Allah, betapa hinanya kita di mata Allah. Kita habiskan masa hanya 50 minit untuk solat sehari semalam berbanding 1030 minit lagi kepada dunia. Bila kita wuduk kita baca bismillah molekul air akan menjadi bentuk yang sangat cantik. Solat sebagai akhlak kita dengan Allah, kalau dalam solat kita main-main, diluar solat apatah lagi. Kita perlu jaga kualiti solat. Sepatutnya orang yang melakukan solat perlu hadir rasa khusyuk dalam hati agar kehidupan luar solat menjadi amar maaruf nahi mungkar. Iman (input) + Solat (proses) = amar maaruf nahi mungkar (output). Nak solat perlu ada persiapan, nabi s.a.w ada  berkata jangan kita berbuat rafadz iaitu mengatakan tentang lucah dan tidak senonoh ketika berpuasa, perlulah kita melawan perbuatan tersebut dengan berkata pada diri sesungguhnya aku sedang berpuasa. Dalam mengerjakan haji, baqarah ayat 97, berbuat rafadz. Waktu haji perlu menjaga akhlak dalam keadaan bersesak didalam khalayak seramai 5 juta orang, perlu fizikal yang baik.
Sifat muslim, intimaq, melarutkan diri dalam Islam, suatu cara hidup 1. Waraq dan berjaga dari melakukan perkara haram dan syubhah, hadis riwayat muslim menerangkan satu perempat dpd Islam perkara halal adalah jelas, perkara haram adalah jrlas, tapi diantara kedua nya ada perkara syubhah dan orang waraq memilih untuk mengelakkan perkara syubhah, pertembungan antara kehendak kita dan kepatuhan kepada Allah. Contoh ASB dihukumkan harus tetapi sekarang lebih kepada haram. Peringkat muttaqin kita kena prihatin tentang perkara syubhah takut jatuh ke arah haram. Rabu minggu kedua 8:30pm 15/01/14

Wednesday, April 9, 2014

Muhammad saw Pemimpin yang Sederhana

Ustaz Najhan Halim, Daripada Aisyah r.ha kepada Ibni Zubair ketika kami lihat anak bulan selama tiga kali, tak pernah kami lihat rumah Rasulullah s.a.w dan keluarga nabi berasap, Aisyah r.ha kata kami hanya makan kurma dan minum air. Allah swt telah pilih Nabi saw sebelum Allah cipta bulan bintang dan bumi, Al Quran kalam Allah sentiasa ada bukan yang baharu, bahkan Allah cipta bulan bintang hanya untuk baginda saw dan umatnya yang akhir zaman. Isu anti hadis, anti Nabi Muhammad saw sejak zaman yahudi lagi, cerita Muhammad saw telah diceritakan sejak dalam kitab Taurat. Antara isunya Al-Quran larang puji Nabi Muhammad, Allah dan Malaikat telah memuliakan Nabi Muhammad saw banyak kali dalam Al-Quran bagaimana kita makhlukNya tak boleh memuliakan Nabi saw.
Hadis ini menceritakan kehidupan nabi yang sederhana, makanan pun yang sederhana, rumah pemimpin Islam tetapi amat bersederhana dalam segalanya. Nabi Ibrahim a.s. tak pernah makan berseorangan, sanggup berjalan berbatu jauhnya mencari teman untuk makan bersama. Nabi Muhammad saw ajar kita keberkatan makan bersama akan didapati dengan dimulakan dengan niat yang betul dan cara bagi makan orang ikut syariat. Zaman Saidina Umar tika berlaku kemarau setahun, Saidina Umar berkata beliau akan menanggung dahulu keperitan dalam kemarau, dah membantu sehabis daya beliau baru rakyat terpaksa menanggung, sama seperti bila senang saidina Umar yang terakhir dapat. Makanan roh jiwa kita adalah ibadat.
Aisyah r.aha kata Nabi Muhammmad saw dan keluarga duduk dikelilingi oleh jiran yang baik, orang Ansar yang rajin hantar makanan kepada nabi dan keluarga.  Ahad keempat 23/2/14 9.00pm

Sunday, April 6, 2014

Mengkafirkan Muslim

Ustaz Azahar Muhammad, Kitab Mukadimmah Muslimin, ms 89 perkara 11, mengkafirkan muslim dan tidak mengkafirkan orang kafir akan menjadi murtad. Syiah kita tak boleh mengkafirkan mazhab Syiah begitu sahaja, ada 13 mazhab dalam Syiah dan kita tak menghukum secara sewenang-wenangnya. Isu Kassim Ahmad mempertikaikan hukum dasar yang telah diputuskan dalam agama, contoh solat difardukan lima waktu ada dalil naqli iaitu Surah An-Nisa, kalau pertikaikan hukum furuq (cabang) contoh baca qunut masih boleh diterima. 86 buku beliau difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Malaysia. Kufur innad menentang dengan kesombongan. Bila tolak hadis, suatu masa nanti akan menolak al-Quran. Anti hadis lebih bahaya daripada Syiah.
Siapa yang ragu bahawa orang kafir itu kafir boleh menjadi murtad. Jangan buat main kafir mengkafirkan. Membohongi Allah dan Rasul dengan membenarkan agama lain dan isme yang lain. Sabtu ketiga 22/2/14

Thursday, March 27, 2014

Tutup Keaiban Muslim yang lain

Ustaz Rasydan Yunus, Hadis 27, sesiapa yang menutup keaiban seseorang muslim yang lain, Allah akan menjanjikan menutup aib beliau di dunia dan di akhirat. riwayat Muslim. Setiap manusia melakukan kesilapan. Orang alim pun manusia biasa ada lakukan silap tak perlu dicanang satu kampung. Nak buat ketaatan perlu banyak bersabar. Kita perlu sama-sama bertaubat dan mohon kemaafan kepada orang yang kita aibkan. Orang yang tak sedar diri akan mencari kesalahan orang lain dan buka aib kepada orang lain. Orang lain akan melihat perangai kita yang suka mengaibkan orang lain ini dan akan mengakibatkan orang takut untuk mendekati dan berkawan dengan kita. Akan jadi hina menghina, pergaduhan dan macam-macam lagi. Orang bijaksana akan berhati dalam tindakannya dan menjaga aib orang. Dalam satu-satu keadaan boleh buka aib iaitu ketika perbicaraan menjadi saksi dengan syarat untuk kebaikan.
Hadis 28 melebihkan orang lain, riwayat Bukhari, daripada Sahal bin Sahri, seorang perempuan datang bawa selendang hadiah kepada nabi saw. Sahabat lain datang dan berminat dengan selendang tersebut lalu nabi berikan kepada dia. Akhlak pemimpin yang bertanggung terhadap umatnya. Baginda sanggup lapar dan menderita demi umatnya.
Hadis 29 menziarahi orang sakit, barangsiapa yang mengunjungi orang sakit, malaikat akan mendoakan kita. Orang yang sakit hingga tak boleh bangun akan teringat kepada waris kenalan. Bila kita lawat dia akan rasa terubat dan ringan tubuhnya. Salah satu hak orang muslim yang sakit untuk dilawati.  Ahad pertama 2/3/14 8:50pm

Wednesday, March 26, 2014

Hijrah Nabi Muhammad saw

Ustaz Najmudin Said, kitab Riyadhus Solihin, hadis 3 dari Aisyah r.ha, riwayat Bukhari dan Muslim, tiada hijrah selepas pembukaan kota Mekah, menawan Mekah, menewaskan kota orang kuffar golongan Quraisy. Sebelum ni Nabi s.a.w hijrah dari Mekah ke Madinah. Hijrah bermaksud perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain, dari kelakuan buruk kepada baik. Nabi s.a.w melarang sepenuhnya kepada penduduk Mekah untuk meninggalkan kota lain. Nabi tidak ingin jika mereka berpindah ke tempat lain pihak kuffar akan menakluk kembali Mekah. Hijrah (taubat kepada Allah) takkan terputus melainkan matahari terbit dari barat. Allah tidak menetapkan sebarang tempoh untuk bertaubat hingga hari kiamat. Taubat nasuha mesti meninggalkan perkara buruk yang biasa dilakukan sebagai syarat utama. Kedua taubat diterima hanya sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong. Mekah kekal menjadi negara Islam sehingga hari kiamat, sebelum ini dikenali sebagai kota golongan kuffar yang amat terkenal seperti Abu Jahal. Hijrah Nabi s.a.w ke Madinah bukan disebabkan takut kepada golongan Quraisy. Selama 3 tahun Nabi s.a.w berdakwah secara rahsia kepada keluarga dan sahabat terdekat. Saidina Abu Bakar as-Siddiq adalah salah seorang sahabat yang memula peluk Islam. Selepas itu selama 6 tahun Nabi s.a.w menyampaikan dakwah secara terangan, bermula di Bukit Safa. Pada masa inilah nabi telah dikecam dan dituduh gila kerana membawa agama baru. Juga turut terima ugutan bunuh, tika inilah Allah turunkan ayat melalui malaikat Jibril mengarah nabi berhijrah secepat mungkin. Nabi s.a.w bergesa datang ke rumah Abu Bakar asSiddiq pada waktu tengahari untuk mengajak Abu Bakar berhijrah. Pada tengah malam hari yang sama, nabi meminta Saidina Ali mengganti tempat nabi tidur dirumah nabi, golongan kuffar pula telah menunggu dan mengepung diluar rumah bertujuan membunuh nabi. Bagi melepaskan diri nabi mengambil segenggam pasir dan membaca suatu ayat daripada Surah Yasin dan ditebar di hadapan mereka sehingga penglihatan mereka dihilangkan. Nabi terus keluar rumah bersama para sahabat tetapi mereka tidak nampak kelibat nabi. Mereka tetap menunggu nabi hingga siang hari walhal Nabi Muhammad s.a.w dan Saidina Abu Bakar telah bergerak menuju gua Tsur sebagai checkpoint pertama. Apabila sampai di Gua Tsur, Saidina Abu Bakar memastikan keselamatan nabi dengan memeriksa keadaan di dalam gua terlebih dahulu sebelum membenarkan nabi masuk. Nabi kerana terlalu penat berkelana kemudian tertidur di atas riba Saidina Abu Bakar asSiddiq. Tiga hari tiga malam berada di dalam gua, iaitu hari Jumaat, Sabtu dan Ahad,  anak Abu Bakar iaitu Asma' menghantar makanan dan minuman. Hari berikutnya Nabi s.a.w dan Saidina Abu Bakar bergerak ke Yathrib tetapi melalui jalan selatan iaitu jalan pantai Laut Merah berbeza dengan jalan biasa ke utara. Dalam perjalanan pada waktu malam dengan tiada orang lain berselisih hingga sampai disuatu tempat ada batu panjang. Nabi berehat di situ dan Abu Bakar pergi mencari makanan. Berjumpa dengan gembala kambing dan mendapatkan susu untuk nabi. Pada suatu masa seorang kafir bernama Suraqoh berjaya mengesan Nabi s.a.w dan Abu Bakar, mengejar nabi dengan kudanya, tetapi apabila hampir dengan nabi kuda beliau terjatuh dan ini berlaku beberapa kali sebelum Suraqoh berjaya merapatkan kudanya dengan nabi. Tetapi keajaiban berlaku, daripada nak membunuh nabi bila berjumpa nabi terus bertukar kepada pengawal peribadi nabi. Dalam perjalanan melalui dua kawasan perkhemahan, salah satunya milik Ummu Abbad, berlaku satu kejadian yang menunjukkan mukjizat Nabi s.a.w. Nabi telah meminta Abu Bakar untuk berehat di khemah Ummu Abbad dan memohon seteguk air susu daripada beliau. Namun beliau menjawab, lihatlah wahai pemuda, ternakan kami yang kurus kering manakan ada susunya. hinggalah akhirnya Nabi saw dan Abu Bakar r.a sampai ke Yathrib. Sebelum sampai Yathrib Nabi saw singgah di Masjid Kuba'. Selepas 8 tahun di kota Madinah barulah nabi balik ke kota Mekah untuk menawan semula menjadi kota Islam. Hijrah jihad dan hijrah niat. Niat yang benar untuk berjihad kerana Allah swt mempertahankan agama Allah dan daulah Islamiah. Beberapa situasi berjihad 1. Pemerintah mengarah jihad menentang golongan kafir, jihad itu menjadi fardhu ain melainkan keuzuran yang diberikan Allah. Allah janjikan orang yang taknak keluar perang disediakan neraka jahannam. 2. Keluar berperang bila negara Islam  diserang oleh tentera kuffar. Wajib bagi lelaki perempuan tua muda berjihad. 3. Bila ada pasukan Islam dan kafir bertembung dan ingin menghancurkan Islam, wajib pertahankan pasukan Islam tersebut dan dilarang berundur meninggalkan pasukan, dijanjikan neraka jahanam bagi mereka yang berpaling melarikan diri kecuali untuk mohon bantuan. 4. Seseorang yang tahu guna senjata dan tiada orang lain pada masa itu, tapi tidak dipilih oleh pemerintah, dia wajib isytiharkan diri atas kemahiran dia dan masuk kumpulan berjihad. Bagi setiap muslim wajib menjaga agama kita, ambil berat sahabat seislam yang mengalami kesusahan.
Rabu kedua 12/02/14 9:00pm.