Saturday, July 28, 2012

Roh Ramadhan

Penceramah : Ustaz Khairudin Mokhtar,
Tempat : Surau Islamiah,

Kuliah Subuh, Ramadhan ke7,

Seseorang itu akan hidup bila rohnya hidup, roh membawa maksud jiwa, nak menghidupkan jiwa kena faham Allah dan Rasul, taat dan setia kepada Allah dan Rasul.

Diceritakan bahawa Allah pernah mengarahkan malaikatNya untuk pergi mengukur arasyNya selama 90 ribu tahun tetapi masih tidak berjumpa batu sempadan, malaikat terbang dengan kepak yang besarnya menutupi bumi dengan laju tetapi masih tak dapat menjumpai batu tersebut, Allah berkata yang kamu (malaikat) jumpa baru 1/10 daripada keluasan sebenar, Malaikat pun sujud seraya kata Subhanallah.

Cerita Saidina Umar al-Khatab berjumpa Nabi Muhammad s.a.w., Allah samakan ketaatan kepada Nabi dengan ketaatan kepada Allah,  pewaris nabi adalah orang yang buat kerja nabi.

Kata-kata Umar kepada Nabi Muhammad s.a.w. :-
1. Allah beri kepada Nabi Sulaiman mukjizat boleh bercakap dengan binatang dan mempunyai takhta memerintah semua binatang dan jin tetapi Nabi Muhammad di angkat bersama binatang bernama buroq dan malaikat jibril hingga ke langit ketujuh. Dari sini Muhammad s.a.w seorang diri terus ke sidratul muntaha berjumpa dengan zat Allah,

2. Aku lebih rela ibubapa dan isteri aku mati daripada sunnahmu dihina,

3. Allah bagi Nabi Musa boleh memukul batu hingga terkeluar 12 pancutan mata air untuk 12 kabilah ketika musim kemarau tetapi engkau Nabi Muhammad keluar air dari jari jemari untuk kegunaan penduduk Makkah,

4. Wahai Rasulullah, ketika ini ramai mencacimu tetapi di akhirat mereka akan terus ingat sampai bila-bila tetapi tidak boleh balik semula ke dunia. Nabi terdahulu amat sedikit umatnya yang mengikuti tetapi Rasulullah s.a.w. mempunyai umat yang tidak putus hingga hari kiamat.

5. Allah ampunkan Rasulullah s.a.w. sebelum nabi sebut kesalahanmu iaitu beri izin kepada mereka tidak pergi jihad selagi disahkan uzur syar'ie.

6. Wahai Rasulullah s.a.w. kamu hanya memakai pakaian murah walaupun kamu pemimpin agung. Rasulullah s.a.w. amat risau apabila akan datang bala bila suatu masa nanti umatnya berasa kenyang.

7. Wahai Rasulullah s.a.w. kamu adalah seorang pemimpin yang hebat, tetapi hanya datang ke sesuatu tempat dengan unta atau keldai, makan sambil menjilat jari tanda rendah diri ataupun zuhud.

Hadis 1: Kurniaan Allah sungguh benar, diceritakan ketika Nabi s.a.w berjalan di tebing sungai yang keduanya diperbuat permata Jibril kata sungai ini khas untuk Nabi Muhammad s.a.w dan umatnya, apabila Jibril tepuk tangan keluar daripada dasar sungai suatu wangian yang lebih wangi dari kasturi.

Hadis 2: di dalam syurga ada pasar tani ketika hari jumaat, bertiup angin dari utara bertambah cantik segak dan lawa penghuninya, bila balik berjumpa keluarga bertambah cantik lagi.

07:03am Sat 28-07-12

No comments: