Friday, July 6, 2012

Sebaik-baik Hamba


Penceramah : Ustaz Kamal Ashaari,
Tempat : Masjid al'Azim, Pandan Indah
Kitab Rujukan : Hadis

Hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang berbunyi

'Daripada ibnu Mas'ud, tunaikan apa yang difardhukan Allah kepada kamu kerana
kamu adalah sebaik-baik hamba disisi Allah.'

Contoh yang paling mudah seperti ramalan cuaca kerana ia berpandukan sunnatullah maka ia tidak menjadi syirik. Hamba Allah malah Nabi Muhammad s.a.w. pun Allah panggil abdi. Hamba yang bersyukur adalah hamba Allah yang tinggi darjatnya. Manusia takkan taat kepada Allah selagi mana kita tak rasa diri kita hamba.

1. Buat yang fardu, cara nak khusyuk dalam solat, waktu solat telah ditentukan awal, Imam Shafie mencadangkan lafaz solat 'sengaja' kerana sepatutnya kita dah sedia untuk solat dan mendahulukan Allah dan tiada lagi keadaan seperti hendak masuk waktu azan 5 minit lagi masa itulah sibuk untuk buat urusan dunia. Puasa boleh pulak dirancang sedangkan Allah akan menghitung solat dahulu sebelum puasa, zakat dan haji segala.

2. Solat sunat akan jadi penampung pahala kepada solat fardhu. Perkara sunat hukumnya adalah tidak buat tidak mengapa tapi kalau buat Allah lagi suka (ilmu darjah 3). Hadis nabi s.a.w.,

'Dekatilah dirimu dengan tuhan dengan membuat amalan sunat'.

Perkara sunat sesuai dibuat pada malam hari. Isim makrifat seperti alkitab, malam tiada waktu diharamkan solat. JAUHKAN HARAM KERANA ITULAH kamu dipanggil manusia.

Falyaqbudu robahazalbait

Jadikan apa yang kamu suka buat sebagai ibadat kepada Allah. Kalau tak tinggalkan yang haram mereka tak ubah seperti binatang ternakan.

Kita hendaklah redha dengan rezeki yang Allah beri.  

08:03pm Tue 06-07-10

No comments: