Wednesday, June 4, 2014

Aurat menurut Syariat Islam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH PAGI UNTUK MUHASABAH DIRI.
(Rabu 4 Jun 2014)

WAHAI MANUSIA TUTUPLAH AURAT ANDA !!!!!!!

Aurat berasal dari perkataan Arab yng mempunyai makna yang berbeza-beza menurut pandangan Ulama.

1. 'Ariya  bererti sesuatu yg  diminta untuk ditutup.

2. 'Aurat atau 'Aura iaitu sesuatu yg terdedah yg tiada penutupnya.

3. 'Aura atau 'Awara bermakna 'Uryaan artinya telanjang.

4.'Aurat makna yang lainnya adalah menunjukkan buruk atau hodoh jika di dedahkan.
                                                       Dari makna di atas menggambarkan kepada kita bahawasanya aurat itu sesuatu yang wajib untuk di sembunyikan dari pandangan mata manusia yang ingin melihatnya. Dan iika ternampak mata, maka orang yang melihatnya wajib menundukkan pandangan matanya.                                  
Tujuan ditutupnya aurat dalam Islam adalah:

1. Wajib ditutup dalam sholat untuk mengelakkan daripada godaan syaitan dan tidak sah sholat jika terbukanya aurat secara di sengajakan.

2. Di khalayak ramai atau sebaliknya, aurat adalah haram untuk didedahkan dan ingin dilihat oleh orang lain. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan kejahatan dan maksiat.

3. Untuk menjaga harga diri serta maruah diri, aurat wajib ditutup untuk mengelakkan fitnah yang akan menimpa seseorang jika sekiranya aurat tersebut terdedah.

Barang siapa yang membuka aurat tanpa ada perasaan malu, maka ia digolongkan kepada golongan orang-orang yang tidak ada rasa malu.

Rasulullah SAW bersabda dalam Hadith:

فإن لم تستحي فاسنع ما شئت

"Maka jika sekiranya kamu tidak ada rasa malu dalam dirimu, maka lakukanlah apa yang kamu suka (HR Al-Bukhari).

Dalam syariat Islam, Allah menyuruh manusia menutup auratnya  bertujuan untuk memuliakan dan menghormati nilai diri setiap individu manusia sama ada muslim atau muslimah, bukan untuk menghina atau menyusahkan manusia, akan tetapi ia bertujuan untuk menentukan keperibadian manusia serta kemuliaannya di sisi Allah. 

Allah SWT berfirman dalam Al-Quran:

وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَىٰ كَثِيرٍ مِّمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلًا

Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.
(Q.S al-isra': 70).

Dari keterangan di atas jelas menunjukkan bahawa aurat itu sesuatu yang buruk dan memalukan, serta boleh membawa kepada mudarat dan bahaya yang akan timbul sekiranya ia di dedahkan.

Sesungguhnya Allah SWT telah mengharamkan aurat untuk didedahkan kerana ia dapat mencacatkan sifat dan darjat serta kemuliaan manusia, tidak sopan, menunjukkan akhlak yg rendah serta boleh membawa kepada kerosakan dalam kehidupan masyarakat.

Allah SWT berfirman dalam Al-Quran:

يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌ ذَٰلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).
(Q.S al- A'raaf: 26).

Wahai saudara-saudariku sekalian. Aurat adalah sesuatu yang amat berharga dalam hidup seorang muslim dan muslimah. Bentuk penghargaan kita terhadap aurat kita adalah dengan menjaga aurat kita dari pandangan mata orang lain yang tidak layak memandang aurat kita.

Mendedahkan aurat akan menimbulkan sifat riyak serta sombong pada diri dengan menunjukkan kecantikan serta ketampanan diri dengan membuka aurat dihadapan orang ramai yang tak sepatutnya  mereka melihat aurat kita.

Ya Allah.!! jauhkanlah kami dari perkara-perkara negatif yang akan menimpa hidup kami. Serta hindarkan lah kami dari pada mendedahkan aurat dalam hidup kami. Elakkanlah kami dari perkara yang akan mendatangkan bala kepada kami. Sesungguhnya Engkau adalah Zat yang Maha Memelihara hamba-hamba-Nya yang beriman. Aamiinn. !!

Wallahu a'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
(Ustaz Sihabuddin Muhaemin)

No comments: