Ustaz Zul Ramli, Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang, Ustaz Tarmizi, Halaqah TV9,
RULE NO 1. Surah Al-Fatihah, Iyaaqanaqbudu...maksud biasa kepada engkau kami sembah, sembah seperti kerja, setiap juzuk anggota kami abdikan diri kami, kami hinakan diri kami, dari kulit tapak kaki, kaki, betis, paha hingga kepala, ubun-ubun kita mengabdi diri kepada Allah.
Satu lagi akal juga mengabdikan diri kepada Allah. Kami abdikan perasaan marah, rindu cinta sayang kita kepada Allah, kita terima bahawa kita adalah aset Allah. Kita rasa seluruh diri kita hanya untuk Allah, puasa pun seluruh urat darah beribadat kepada Allah. Ibadat maksud setiap perkara yang Allah suka.
Nabi kata orang yang bijaksana ada satu sifat iaitu orang yang suka tengok diri sendiri, Saidina Umar al-Khattab, malaikat Jibril as kata, seandainya lautan jadi dakwat, pokok jadi pen, aku tak mampu menulis kebaikan Umar sehingga habis. Tak pernah sehari Saidina Umar meninggalkan muhasabah diri. Umar sentiasa bersyukur dan sentiasa mengalir airmata hingga ada garisan hitam di sepanjang pipinya. Musuh yang terbaik adalah berbuat baik.
RULE NO 2, Buat betul dengan betul-betul. Masak lemak cili api ikan sembilang salai macamana nak buat, kalau caranya tak betul takkan sedap. Saidina Umar ambil wuduk pun boleh menggeletar tangan. Bagaimana solat kita, bacaan al-Quran kita.. Kuncinya sejauh mana kita bermuhasabah buat perkara betul dengan betul-betul. Indikator surah al-Ankabuut:43-44.
Rasa berat nak beribadat, rasa beban. Persoalan hati, nabi kata dari Abi Hurairah, dalam diri manusia ada seketul daging, jika baik daging tersebut maka seluruh tubuh jadi baik dan sebaliknya. Unta, Imam Ghazali kata kerana sayang dan rindu yang tersangat, unta akan tak peduli apa yang dimakan minum, dan tak kisah apa berat yang dibawa bila rasa rindu.
Bila kita tak rindu dengan Allah kita akan berkira untuk buat ibadat. Kita lebihkan soal material, manusia akan pergi kepada orang yang mempunyai harta, bila tiada harta akan rasa malu. Anak kita, kita tekankan tentang material lebih dari perkara hati atau agama.
Ibadat dengan cara yang betul, ulama kata ibadah tidak selazat makanan yang sedap pada gigitan pertama. Nikmat dunia yang sedap tak sampai berkali-kali. Saidina Usman solat dua rakaat tapi khatam 30 juzuk. Kena set dalam diri ibadat kena ulang banyak kali dan konsisten untuk rasa kelazatannya. Mujahadah ke atas nafsu kita, perang nafsu ketika bulan puasa nanti.
Indikator surah Muzammil:1-8. Hai orang yang berselimut bangunlah sepertiga malam untuk beribadat kepada Allah.
Kesimpulan, untuk berjaya dunia dan akhirat, ibadat adalah kemuliaan dari Allah untuk sekalian hamba Allah yang sangat hina, marilah muhasabah, ibadah yang betul diterima ada ciri, ibadah tanpa musim akhlak makin mulia, makin mesra dengan orang. Allah akan campak ketenangan dalam diri. Ketika perang Badar, seorang wanita melihat nabi masih boleh tersenyum ketika anak panah bagaikan hujan diatas kepala.
Jumaat 20/6/14 930PM
No comments:
Post a Comment