Ustaz Azahar Muhammad,
Surah al-Baqarah:183, Difardukan puasa di bulan Ramadan seperti umat-umat terdahulu, mudah-mudahan kamu bertaqwa, Allah melihat hambaNya berdasarkan taqwa bukan bangsa atau apa pun.
Surah al-Maidah Allah hanya terima amalan orang yang bertaqwa, hasil dari taqwa menjunjung perintah Allah dengan seluruhnya dan tinggalkan segala larangan dan tegahanNya.
Sesiapa mendirikan malamnya kerana iman beliau dan mengharapkan ganjaran pahala rahmat sahaja, selain dari itu hanya dapat puasa sahaja.
Beza ibadat dan adat pada bulan puasa. Orang mengimarahkan masjid hanya pada Ramadan. Ibadat untuk Ramadan beza dengan beribadat hanya untuk Allah. Bukan hanya puasa mulut sahaja ia termasuk juga mata, nafsu dan sebagainya. Menjaga lidah jangan sampai buat dua perkara iaitu satu ucapan yang membawa kepada murtad, kedua lidah yang membawa dosa besar. Khatam Al-Quran bukan dalam bulan Ramadan sahaja. Banyakkan berzikir.
Jaga telinga perbanyakkan mendengar Al-Quran dan berzikir daripada mendengar sesuatu yang sia-sia. Jaga hati dengan berfikir dan berazam nak buat perkara baik-baik sahaja, jaga perut makan yang halal, hasil yang halal. Jaga amal ibadat buat dengan betul, jangan tinggalkan witir bersama imam barulah peroleh pahala qiamulail.
Malam 1 Ramadan 1435H Sabtu 27/6/14
No comments:
Post a Comment