Friday, July 11, 2014

Syurga orang bertaqwa

Manusia mudah lupa, mudah turun imannya, dengar tazkirah moga dapat muhasabah. Bagaimana nak pastikan bila keluar dari madrasah Ramadan menjadi orang yang berbeza dengan sebelum Ramadan, menjadi orang yang lebih bertaqwa. 272 kali disebut dalam Al Quran, maksud taqwa berhati-hati dalam setiap langkah dalam perjalanan kehidupan, macamana hendak kurangkan dosa, nak kawal nafsu kita yang suka buat perkara yang dilarang Allah. Cara nak kurangkan nafsu perlu berlapar dan dahaga. Pentingnya taqwa yang boleh selesaikan masalah rezki, ayat seribu dinar, orang yang benar-benar bertaqwa kepada Allah, Allah akan beri rezki dari jalan yang tak disangka. 

Al-Ankabuut adakah manusia rasa cukup dengan hanya kata aku sudah beriman dalam keadaan belum diuji, seperti orang sebelum ini diuji, nak tunjuk lebih beriman atau tidak. Peniaga kalau nak rezki berkat kenalah bersusah sedikit. 

Tanggungjawab kita di dunia hendaklah dilaksanakan mengikut syarak. Allah janjikan syurga bagi insan-insan yang bertaqwa, syurga yang setinggi dan seluas langit dan bumi. Jaga taqwa kita semasa dalam bulan Ramadan, perkara kecil yang sering merosakkan pahala puasa iaitu mengumpat dan menipu. Banyakkanlah beristighfar. 

Dua mata yang akan disambar api neraka iaitu mata yang mengeluarkan air kerana takutkan azab Allah dan mata yang menahan tidur di malam hari sebab berjihad di medan perang. 

Malam 7 Ramadan 1435H Jumaat 4/7/14

No comments: