Thursday, March 27, 2014

Tutup Keaiban Muslim yang lain

Ustaz Rasydan Yunus, Hadis 27, sesiapa yang menutup keaiban seseorang muslim yang lain, Allah akan menjanjikan menutup aib beliau di dunia dan di akhirat. riwayat Muslim. Setiap manusia melakukan kesilapan. Orang alim pun manusia biasa ada lakukan silap tak perlu dicanang satu kampung. Nak buat ketaatan perlu banyak bersabar. Kita perlu sama-sama bertaubat dan mohon kemaafan kepada orang yang kita aibkan. Orang yang tak sedar diri akan mencari kesalahan orang lain dan buka aib kepada orang lain. Orang lain akan melihat perangai kita yang suka mengaibkan orang lain ini dan akan mengakibatkan orang takut untuk mendekati dan berkawan dengan kita. Akan jadi hina menghina, pergaduhan dan macam-macam lagi. Orang bijaksana akan berhati dalam tindakannya dan menjaga aib orang. Dalam satu-satu keadaan boleh buka aib iaitu ketika perbicaraan menjadi saksi dengan syarat untuk kebaikan.
Hadis 28 melebihkan orang lain, riwayat Bukhari, daripada Sahal bin Sahri, seorang perempuan datang bawa selendang hadiah kepada nabi saw. Sahabat lain datang dan berminat dengan selendang tersebut lalu nabi berikan kepada dia. Akhlak pemimpin yang bertanggung terhadap umatnya. Baginda sanggup lapar dan menderita demi umatnya.
Hadis 29 menziarahi orang sakit, barangsiapa yang mengunjungi orang sakit, malaikat akan mendoakan kita. Orang yang sakit hingga tak boleh bangun akan teringat kepada waris kenalan. Bila kita lawat dia akan rasa terubat dan ringan tubuhnya. Salah satu hak orang muslim yang sakit untuk dilawati.  Ahad pertama 2/3/14 8:50pm

Wednesday, March 26, 2014

Hijrah Nabi Muhammad saw

Ustaz Najmudin Said, kitab Riyadhus Solihin, hadis 3 dari Aisyah r.ha, riwayat Bukhari dan Muslim, tiada hijrah selepas pembukaan kota Mekah, menawan Mekah, menewaskan kota orang kuffar golongan Quraisy. Sebelum ni Nabi s.a.w hijrah dari Mekah ke Madinah. Hijrah bermaksud perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain, dari kelakuan buruk kepada baik. Nabi s.a.w melarang sepenuhnya kepada penduduk Mekah untuk meninggalkan kota lain. Nabi tidak ingin jika mereka berpindah ke tempat lain pihak kuffar akan menakluk kembali Mekah. Hijrah (taubat kepada Allah) takkan terputus melainkan matahari terbit dari barat. Allah tidak menetapkan sebarang tempoh untuk bertaubat hingga hari kiamat. Taubat nasuha mesti meninggalkan perkara buruk yang biasa dilakukan sebagai syarat utama. Kedua taubat diterima hanya sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong. Mekah kekal menjadi negara Islam sehingga hari kiamat, sebelum ini dikenali sebagai kota golongan kuffar yang amat terkenal seperti Abu Jahal. Hijrah Nabi s.a.w ke Madinah bukan disebabkan takut kepada golongan Quraisy. Selama 3 tahun Nabi s.a.w berdakwah secara rahsia kepada keluarga dan sahabat terdekat. Saidina Abu Bakar as-Siddiq adalah salah seorang sahabat yang memula peluk Islam. Selepas itu selama 6 tahun Nabi s.a.w menyampaikan dakwah secara terangan, bermula di Bukit Safa. Pada masa inilah nabi telah dikecam dan dituduh gila kerana membawa agama baru. Juga turut terima ugutan bunuh, tika inilah Allah turunkan ayat melalui malaikat Jibril mengarah nabi berhijrah secepat mungkin. Nabi s.a.w bergesa datang ke rumah Abu Bakar asSiddiq pada waktu tengahari untuk mengajak Abu Bakar berhijrah. Pada tengah malam hari yang sama, nabi meminta Saidina Ali mengganti tempat nabi tidur dirumah nabi, golongan kuffar pula telah menunggu dan mengepung diluar rumah bertujuan membunuh nabi. Bagi melepaskan diri nabi mengambil segenggam pasir dan membaca suatu ayat daripada Surah Yasin dan ditebar di hadapan mereka sehingga penglihatan mereka dihilangkan. Nabi terus keluar rumah bersama para sahabat tetapi mereka tidak nampak kelibat nabi. Mereka tetap menunggu nabi hingga siang hari walhal Nabi Muhammad s.a.w dan Saidina Abu Bakar telah bergerak menuju gua Tsur sebagai checkpoint pertama. Apabila sampai di Gua Tsur, Saidina Abu Bakar memastikan keselamatan nabi dengan memeriksa keadaan di dalam gua terlebih dahulu sebelum membenarkan nabi masuk. Nabi kerana terlalu penat berkelana kemudian tertidur di atas riba Saidina Abu Bakar asSiddiq. Tiga hari tiga malam berada di dalam gua, iaitu hari Jumaat, Sabtu dan Ahad,  anak Abu Bakar iaitu Asma' menghantar makanan dan minuman. Hari berikutnya Nabi s.a.w dan Saidina Abu Bakar bergerak ke Yathrib tetapi melalui jalan selatan iaitu jalan pantai Laut Merah berbeza dengan jalan biasa ke utara. Dalam perjalanan pada waktu malam dengan tiada orang lain berselisih hingga sampai disuatu tempat ada batu panjang. Nabi berehat di situ dan Abu Bakar pergi mencari makanan. Berjumpa dengan gembala kambing dan mendapatkan susu untuk nabi. Pada suatu masa seorang kafir bernama Suraqoh berjaya mengesan Nabi s.a.w dan Abu Bakar, mengejar nabi dengan kudanya, tetapi apabila hampir dengan nabi kuda beliau terjatuh dan ini berlaku beberapa kali sebelum Suraqoh berjaya merapatkan kudanya dengan nabi. Tetapi keajaiban berlaku, daripada nak membunuh nabi bila berjumpa nabi terus bertukar kepada pengawal peribadi nabi. Dalam perjalanan melalui dua kawasan perkhemahan, salah satunya milik Ummu Abbad, berlaku satu kejadian yang menunjukkan mukjizat Nabi s.a.w. Nabi telah meminta Abu Bakar untuk berehat di khemah Ummu Abbad dan memohon seteguk air susu daripada beliau. Namun beliau menjawab, lihatlah wahai pemuda, ternakan kami yang kurus kering manakan ada susunya. hinggalah akhirnya Nabi saw dan Abu Bakar r.a sampai ke Yathrib. Sebelum sampai Yathrib Nabi saw singgah di Masjid Kuba'. Selepas 8 tahun di kota Madinah barulah nabi balik ke kota Mekah untuk menawan semula menjadi kota Islam. Hijrah jihad dan hijrah niat. Niat yang benar untuk berjihad kerana Allah swt mempertahankan agama Allah dan daulah Islamiah. Beberapa situasi berjihad 1. Pemerintah mengarah jihad menentang golongan kafir, jihad itu menjadi fardhu ain melainkan keuzuran yang diberikan Allah. Allah janjikan orang yang taknak keluar perang disediakan neraka jahannam. 2. Keluar berperang bila negara Islam  diserang oleh tentera kuffar. Wajib bagi lelaki perempuan tua muda berjihad. 3. Bila ada pasukan Islam dan kafir bertembung dan ingin menghancurkan Islam, wajib pertahankan pasukan Islam tersebut dan dilarang berundur meninggalkan pasukan, dijanjikan neraka jahanam bagi mereka yang berpaling melarikan diri kecuali untuk mohon bantuan. 4. Seseorang yang tahu guna senjata dan tiada orang lain pada masa itu, tapi tidak dipilih oleh pemerintah, dia wajib isytiharkan diri atas kemahiran dia dan masuk kumpulan berjihad. Bagi setiap muslim wajib menjaga agama kita, ambil berat sahabat seislam yang mengalami kesusahan.
Rabu kedua 12/02/14 9:00pm.

Monday, February 24, 2014

Menuntut Ilmu

Ustaz Sabree Mamat, Surau Islamiah, Allah bagi tiga masa, masa telah lalu, hanya boleh direnung sahaja adakah telah diisi dengan perkara yang berguna, orang yang menyesal dan mohon dengan Allah untuk mengisi masa dengan beribadah, benda paling jauh adalah masa yang telah ditinggalkan. Kedua masa yang akan datang, Saidina Umar kata tiada siapa dapat menjamin minit akan datang kita, dapat hidup lagi. Ketiga masa sekarang penuhi dengan beribadah, bekerja juga dikira ibadah dengan niat mencari rezeki untuk anak bini. Nafas juga ada tiga, orang yang menuntut ilmu diampunkan oleh Allah. Hanya ada dua makhluk yang buat maksiat iaitu manusia dan jin, makhluk lain yang taat kepada Allah akan melaknat makhluk yang berbuat maksiat. Tetapi jika manusia dan jin berbuat baik, makhluk lain akan mohon keampunan ke atas makhluk tersebut. Dalam kitab feqah, kubur orang yang bunuh diri diasingkan kerana takut mengganggu ahli kubur yang lain. Di Sulawesi satu kampung melakukan maksiat dan Allah perintahkan makhlukNya diratakan dan diterbalikkan kampung tersebut. Orang yang menuntut ilmu sudah tentu pahalanya jika dibanding dengan orang berzikir.  Orang yang berzikir tanpa niat membesarkan Allah ulamak kata tak dapat pahala. Maha suci Allah.
Nabi Muhammad s.a.w kata tuntut ilmu itu wajib bagi setiap umat Islam, tidak sah ibadat seseorang jika tidak berilmu. Ilmu yang paling utama tauhid sebagai akar, feqah sebagai batang dan tasauf sebagai buahnya. Imam Malik kata, Tasauf tanpa feqah umpama zindiq menghampiri kafir, fiqah tanpa tasauf dikira fasiq. Tauhid wajib tahu, bukan tauhid ikut-ikutan, tuhan itu ada tapi apa buktinya? Kerana adanya alam ini. Ulamak kata tauhid itu mudah faham tapi mengamalkannya susah. Dimana Allah itu? Nyawa itu ada tapi ada kat mana, Allah itu tak bertempat. Kita berdoa tapi belum tentu diterima terus, sebab bila kita berdoa Allah itu bersifat kudrat maha berkuasa kita mesti yakin dan tanpa ragu-ragu. Mazhab Imam syafie bukan mudah nak buat mazhab. Imam Nawawi antara pengikut Imam Syafie. Mengajar kanak-kanak seperti mengukir atas batu amat payah tapi ianya kekal sampai bila-bila, umur 25 seperti ukir atas kayu, 40 ke atas seperti ukir atas air.
Bulan Rabiulawal, sahabat bernama Hubid bin Adi dan ditawan oleh kaum Quraisy dari puak Haris bersama Zaid dan Sinnah. Zaid disiksa dan dibunuh. Hubib pula disiksa disiat kulit dan dipanggil pemanah untuk disiksa, ditawar ditukar nyawa dengan nabi dan ditukar agama, bagaimana sahabat sanggup korbankan diri. Sabtu kedua 11/1/14 8:30

Istiqamah dan Iman

Ustaz Fadhullah Ismail, Hadis 40, hadis 21, istiqamah dan iman. Abi amru aka Sufian bin Abdullah al-Zaqafi r.a. bertanya kepada Nabi s.a.w, ucapkanlah suatu perkataan tentang Islam dan yang takkan ditanya pada orang lain, Nabi s.a.w kata ucapkanlah aku beriman dengan Allah dan hendaklah beristiqamahlah dengannya dan kamu takkan mampu. Jawab minhul karim ucapan nabi yang ringkas dan pendek. Istilah penting - Tentang islam maksud tentang akidah dan syariat. Satu perkataan maksud yang jelas mencakupi semua berkenaan Islam. Istiqamah maksud tetapkan dan teguhkanlah iman kamu. Beriman dengan Allah maksud beriman dengan segalanya. Alfusilat:30 Allah akan turunkan ilham kepada kita supaya jangan bimbang atas segala musibah, Al-Aktof:13 tak perlu berdukacita atas musibah. Istiqamah bermaksud tak mensyirikkan kepada sesuatu, yakin bahawa Allah itu Rabb kita, pengajian tauhid itu tiga bahagian, zaman nabi tiada pembahagian tauhid rubbubiyah, ulluhiyyah dan asmaul sifat. Ayat mutasyabihat contoh tangan Allah atas tangan-tangan mereka. Fussilat:6 istiqamahlah. Istiqamah bermula dari hati kalau hati tak terima macamana nak diikuti dengan tindakan. Ilmu tasauf bincang penyakit hati, sekarang dipanggil ilmu akhlak. Berhati dengan tiga kumpulan yang ada unsur agenda musuh islam 1. Gerakan tasauf tapi tolak jihad 2. Gerakan jihad yang tolak siasah politik contoh Syria yang di bawah gerakan al-Qaeda, gerakan Islam yang boleh menang dalam pilihanraya seperti Turki, Algeria, al-Hamas, 3. Gerakan kumpulan Islam sederhana. Istiqamah nak tak nak mesti dengan lisan, nabi kata manusia masuk ke neraka disebabkan dua benda iaitu antara dua bibir (lidah) dan dua peha (kemaluan). Nabi Muhammad s.a.w kata istiqamah di kedua hati dan lidahnya. Apabila berpagi-pagi anak Adam segala anggota kata pada lidah segala perbuatan kami bergantung kepada kamu jika kamu istiqamah dalam keadaan lurus atau bengkok. Istiqamah tanda orang teguh hati dan tekun buat sesuati perkara. Rabu minggu pertama 5/2/14 8.50pm.

Hormati yang tua, Sayangi yang muda

Ustaz Rashdan, Hadis 23 menghormati yang tua menyayangi yang muda. Bukan umatku yang sempurna orang yg tidak menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda dari kita. Perlunya berbaik sangka di dalam suatu komuniti.

Kalau kita boleh hormati orang lain, orang akan hormati kita. Orang lama lebih banyak pengalaman dan lebih lama merasai asam garam kehidupan.
Hadis 24 orang yang beriman itu jinak dengan orang lain. Boleh hidup aman damai dalam berkumpulan. Manusia secara fitrah suka hidup berkumpulan, orang yang suka hidup berseorangan akan lebih agresif dan cepat marah. Kisah Ashabul Kahfi, zaman Nabi Isa pemuda yang beruzlah setelah melihat raja yang mentadbir negara tidak ikut islam.
Islam mengajar tentang fekah munakahat, muamalat seterusnya siasah urus tadbir negara.

Hadis 25 hubung silahturahim, barang siapa hendak luaskan rezki dan panjang umur, hendaklah meluaskan hubungan silaturahim. Islam dikira kuat jika ramai tetapi akan lemah bila berseorangan.
Ahad ketiga 16/02/14 8:50pm

Sunday, January 19, 2014

Surah al-Mutafifin dan ulasan

Ustaz Hafiz Abu Bakar, Surau Islamiah, kitab Tafsir Juz Amma Ibnu Kathir,  Muhasabah, kepatuhan kepada Allah, dengan penuh istiqamah dan konsisten, sebagaimana ayat 6 al Fatihah, bagaimana nikmat orang terdahulu iaitu nabi-nabi terdahulu, khalifah- khalifah Saidina Abu Bakar asSiddiq r.a., Saidina Umar alkhattab r.a. hingga dapat kuasai dua pertiga dunia, Saidina Usman bin affan r.a., Saidina Ali bin Abi Talib r.a., Isteri baginda Aisyah r.ha. Kita taknak masuk ke golongan yang dimurkai Allah seperti Firaun laknatullah, dengan kalimah katakanlah akulah tuhan kamu yang paling tinggi, ucapan penderhakaan yang dinyatakan di atas tempat yang tingginya tujuh batu. Pahala dan dosa kepada Allah, tak mampu nak menunjukkan ketaatan kepatuhan ketundukan kepada Allah. Orang yang sesat seperti Abu Lahab dan Abu Jahal yang konsisten kekal menderhakai Allah, menempah kemungkaran kepada Allah dan sesat sesesatnya. Surah Almutafifin ayat 1-6, mutafifin bermaksud celakalah kepada manusia yang melakukan mungkar kepada Allah swt. Hadis nabi s.a.w datang ke Madinah ketika penduduknya sangat berkira dan menipu dalam urusan sukat menyukat timbang menimbang hanya untuk keuntungan diri mereka sendiri. Keadilan bermaksud meletakkan sesuatu perkara ditempat yang sepatutnya. Mengambil sesuatu yang bukan hak, mengurangkan sesuatu yang hendak diberi kepada orang lain. Dihari kiamat dibangkitkan kali kedua untuk menghadap tuhan yang esa, manusia yang melakukan timbangan dan sukatan tidak adil, Nabi s.a.w bersabda mereka akan dilimpahi titisan peluh mereka hingga ke paras cuping telinga mereka, matahari hanya setinggi satu hingga dua jengkal sahaja di atas kepala hingga peluh menitis mengikut sebanyak mana diukur dari amal ibadat kita, ada yang setinggi tumit, betis, pinggang, dada, mulut, hidung dan ada sehingga tenggelam atas kepala. Lama mereka berdiri selama 70 tahun tanpa bercakap satu pun, atau 300 tahun, atau 40 ribu tahun, pendapat yang masyhur adalah 10 ribu tahun akhirat dikalikan 50 ribu tahun dunia. Tujuh golongan dapat perlindungan iaitu imam yang adil,  hingga ketujuh orang yang berzikir beramal kepada Allah hingga menangis. Keadaan mereka yang disempitkan Allah tempat mereka berdiri sebagaimana mereka sempitkan orang yang disempitkan kehidupan mereka. Sabtu pertama setiap bulan 8:30pm 4/1/14

Saturday, January 11, 2014

Perkara solat jemaah

Ustaz Abdul Aziz Arof
Kitab Syeikh Hibrur Himam, 
Masalah Imam dan Makmum, 1982, 




Perkara asas solat jemaah yang KEEMPAT, tidak ada solat sunat selepas bacaan iqamat, hukumnya makruh jika melakukan apa-apa solat sunat termasuk tahiyatul masjid. Tiada solat lain melainkan solat fardhu. Solat qabliah subuh, siapa tak dapat solat sunat fajar sebelum subuh boleh dibawa kepada selepas terbit matahari, menunjukkan betapa besar fadhilatnya, 

Nabi Muhammad s.a.w tak pernah tinggal ibadah sunat terutamanya solat sunat fajar ini, lain-lain seperti solat sunat qabliyah zuhur, puasa sunat Isnin dan Khamis, puasa sunat pertengahan bulan 13, 14 dan 15hb. Pentingnya solat sunat fajar hingga ianya jatuh kedua terpenting selepas sunat witir. 

Bila masuk masjid nak kena duduk atau berdiri bila dengar iqamat, Imam Hanafi kata duduk dulu, kalau berdiri sahaja gantikan solat tahiyatul masjid dengan bacaan tasbih dibaca 4 kali, Surah Kahfi:46 dan Surah Mariam:37, selawat albaqiat solihat, zikir yang Allah suruh baca, Surah Hujurat:46 ada menyatakan yang bermaksud apa sahaja amalan hendaklah  dahulukan Allah dan Rasul, Surah at-Taubat :128, kalimat Kaifiah iaitu hasbinaullahuwanikmalwakil, hadis  Imam Nasaie dan Hakim, iaitu sebagai pendinding benteng daripada gangguan yang tidak diingini, tertekan atau terbeban. Pendapat majoriti ulamak adalah berdiri dan membaca selawat Subhanallah...allahuakbar sebagai ganti solat sunat Tahiyatulmasjid, 

Nabi Ibrahim a.s telah berpesan kepada Nabi Muhammad s.a.w iaitu dua zikir yang perlu dibaca iaitu zikir Haauqallah dan Albaqiat solihah sebagai benteng di hari akhirat. 

Membaca huruf jawi sebagai ubat untuk mata, hadis imam nasaie lima perbuatan dikira ibadah iaitu 
1. Tengok Al-Quran, 
2. Melihat Kaabah, 
3. Melihat air zam-zam, 
4. Memandang wajah ibubapa dan 
5. Menatapi wajah para ulamak. 

Ikut kajian sains, jarak jauhnya saraf bila jantung sekali mengepam darah pergi ke seluruh badan mencecah jarak sejauh 90 ribu km.       

KELIMA, berdasarkan hadis Imam- imam semuanya telah sepakat, jangan bangkit berdiri sehingga imam kelihatan keluar, Imam Tarmidzi/Nasaie. Hadis Imam Bukhari kata jangan jadikan rumah seperti kuburan, maka lakukanlah solat sunat seperti witir di rumah. 

Hadis cara bangkit bila imam ada atau imam tiada lagi. Kalau imam ada, bagi yang duduk jangan bangkit selepas solat sunat, 
- Imam Syafie kata bangkitlah orang muda bila habis iqamat, bagi orang tua bangkit selepas bacaan 'qadqamtissolat'. 
- Imam Malik bangkit bila Allahuakbar 2 kali, 
- Imam Hanafi haiyaalasolat, 
- Imam Hanbal bangkit pada qadqamtisolah. 
Majoriti sependapat bangkit bila imam dah keluar bilik, sebab nak membezakan dengan peristiwa Maharaja Rom keluar bilik barisan soff dah sedia ada. 

KEENAM, tidak ada solat sunat bila sudah iqamat, tiap satu keadaan dikira bila telah hampir turut dikira hukum masa paling hampir, jika telah hampir untuk dibaca iqamat tetap makruh hukumnya solat sunat. Ikut usul fiqh, kena ada ketetapan kalau nak duduk terus duduk, kalau nak berdiri terus berdiri. 

KELAPAN imam arahkan betulkan rapatkan saff sambung masa depan.                                                    

Isnin keempat 8:30pm 25/11/13
Bila mati orang alim Allah halang tanah ulat dsb sentuh jasadnya dalam kubur sehingga hari kiamat termasuk 10 orang iaitu orang hafiz Al-Quran, orang alim dengan ilmunya, tukang azan yang ikhlas tak bergaji.
Syeikh Hussin Abu Husin Nasir Nataib pengasas pondok Pakya di Yan Kedah antara tujuh wali keramat tanah melayu dibuang daerah ke Penang kerana tak setuju dengan cukai rakyat, riba dalam koperasi.