Saturday, June 21, 2014

Demam Ibadat

Ustaz Zul Ramli, Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang, Ustaz Tarmizi, Halaqah TV9, 

RULE NO 1. Surah Al-Fatihah,  Iyaaqanaqbudu...maksud biasa kepada engkau kami sembah, sembah seperti kerja, setiap juzuk anggota kami abdikan diri kami, kami hinakan diri kami, dari kulit tapak kaki, kaki, betis, paha hingga kepala, ubun-ubun kita mengabdi diri kepada Allah. 

Satu lagi akal juga mengabdikan diri kepada Allah. Kami abdikan perasaan marah, rindu cinta sayang kita kepada Allah, kita terima bahawa kita adalah aset Allah. Kita rasa seluruh diri kita hanya untuk Allah, puasa pun seluruh urat darah beribadat kepada Allah. Ibadat maksud setiap perkara yang Allah suka.

Nabi kata orang yang bijaksana ada satu sifat iaitu orang yang suka tengok diri sendiri, Saidina Umar al-Khattab, malaikat Jibril as kata, seandainya lautan jadi dakwat, pokok jadi pen, aku tak mampu menulis kebaikan Umar sehingga habis. Tak pernah sehari Saidina Umar meninggalkan muhasabah diri. Umar sentiasa bersyukur dan sentiasa mengalir airmata hingga ada garisan hitam di sepanjang pipinya. Musuh yang terbaik adalah berbuat baik. 

RULE NO 2, Buat betul dengan betul-betul. Masak lemak cili api ikan sembilang salai macamana nak buat, kalau caranya tak betul takkan sedap. Saidina Umar ambil wuduk pun boleh menggeletar tangan. Bagaimana solat kita, bacaan al-Quran kita.. Kuncinya sejauh mana kita bermuhasabah buat perkara betul dengan betul-betul. Indikator surah al-Ankabuut:43-44.

Rasa berat nak beribadat, rasa beban. Persoalan hati, nabi kata dari Abi Hurairah, dalam diri manusia ada seketul daging, jika baik daging tersebut maka seluruh tubuh jadi baik dan sebaliknya. Unta, Imam Ghazali kata kerana sayang dan rindu yang tersangat, unta akan tak peduli apa yang dimakan minum, dan tak kisah apa berat yang dibawa bila rasa rindu. 

Bila kita tak rindu dengan Allah kita akan berkira untuk buat ibadat. Kita lebihkan soal material, manusia akan pergi kepada orang yang mempunyai harta, bila tiada harta akan rasa malu. Anak kita, kita tekankan tentang material lebih dari perkara hati atau agama. 

Ibadat dengan cara yang betul, ulama kata ibadah tidak selazat makanan yang sedap pada gigitan pertama. Nikmat dunia yang sedap tak sampai berkali-kali. Saidina Usman solat dua rakaat tapi khatam 30 juzuk. Kena set dalam diri ibadat kena ulang banyak kali dan konsisten untuk rasa kelazatannya. Mujahadah ke atas nafsu kita, perang nafsu ketika bulan puasa nanti. 

Indikator surah Muzammil:1-8. Hai orang yang berselimut bangunlah sepertiga malam untuk beribadat kepada Allah.

Kesimpulan, untuk berjaya dunia dan akhirat, ibadat adalah kemuliaan dari Allah untuk sekalian hamba Allah yang sangat hina, marilah muhasabah, ibadah yang betul diterima ada ciri, ibadah tanpa musim akhlak makin mulia, makin mesra dengan orang. Allah akan campak ketenangan dalam diri. Ketika perang Badar, seorang wanita melihat nabi masih boleh tersenyum ketika anak panah bagaikan hujan diatas kepala. 

Jumaat 20/6/14 930PM

Friday, June 6, 2014

Cinta Dunia Ibu Segala Dosa

Ustaz Awang Rani, Kitab Hikmah, hikmah ke 214, meresapnya rasa manisnya hawa nafsu ke dalam hati kita. Nafsu itu sentiasa ada, kalau didorong rasa baik akan baiklah perangai. Allah kata aku nak pilih manusia sebagai khalifah di atas mukabumi ini, malaikat kata kami tahu melalui Allah jua manusialah yang akan merosakkan mukabumi dan menumpah darah. Allah balas aku tahu apa yang aku buat. Ayat lain, Allah kata sesungguhnya kami akan mewariskan dunia dengan manusia-manusia yang soleh yang akan mentadbir bumi. Pembunuhan pertama Qabil kepada Habil, mula sebab korban Habil diterima daripada korban Qabil, kembar Qabil akan diarahkan kahwin dengan Habil. Sebab nafsu, Qabil cemburu dan bernekad membunuh Habil. Diajak bermain dibawah bukit, Habil disuruh tunggu dibawah dan Qabil naik atas bukit, lalu digolek batu besar ke bawah bukit. Nafsu nakkan perempuan yang cantik.
Manis pada nafsu akan menjadi penyakit sosial jika tidak dibendung, nak betulkan nafsu kena berbalik kepada Allah dan hukum Allah. Allah yang meletakkan dalam hati manusia rasa gerun ke atas hukumNya bukan atas hukuman manusia. Sebarkan ilmu dulu ke atas orang Islam tentang hukum Allah sebelum menjalankan undang-undang tersebut.
Hati itu nikmat iman dan makrifah tapi bila hati penuh dengan kecintaan kepada nafsu, hati sukar untuk diubati. Nabi bersabda cinta kasih kepada dunia ibu kepada segala dosa.
Khamis keempat 24/4/14

Wednesday, June 4, 2014

Aurat menurut Syariat Islam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH PAGI UNTUK MUHASABAH DIRI.
(Rabu 4 Jun 2014)

WAHAI MANUSIA TUTUPLAH AURAT ANDA !!!!!!!

Aurat berasal dari perkataan Arab yng mempunyai makna yang berbeza-beza menurut pandangan Ulama.

1. 'Ariya  bererti sesuatu yg  diminta untuk ditutup.

2. 'Aurat atau 'Aura iaitu sesuatu yg terdedah yg tiada penutupnya.

3. 'Aura atau 'Awara bermakna 'Uryaan artinya telanjang.

4.'Aurat makna yang lainnya adalah menunjukkan buruk atau hodoh jika di dedahkan.
                                                       Dari makna di atas menggambarkan kepada kita bahawasanya aurat itu sesuatu yang wajib untuk di sembunyikan dari pandangan mata manusia yang ingin melihatnya. Dan iika ternampak mata, maka orang yang melihatnya wajib menundukkan pandangan matanya.                                  
Tujuan ditutupnya aurat dalam Islam adalah:

1. Wajib ditutup dalam sholat untuk mengelakkan daripada godaan syaitan dan tidak sah sholat jika terbukanya aurat secara di sengajakan.

2. Di khalayak ramai atau sebaliknya, aurat adalah haram untuk didedahkan dan ingin dilihat oleh orang lain. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan kejahatan dan maksiat.

3. Untuk menjaga harga diri serta maruah diri, aurat wajib ditutup untuk mengelakkan fitnah yang akan menimpa seseorang jika sekiranya aurat tersebut terdedah.

Barang siapa yang membuka aurat tanpa ada perasaan malu, maka ia digolongkan kepada golongan orang-orang yang tidak ada rasa malu.

Rasulullah SAW bersabda dalam Hadith:

فإن لم تستحي فاسنع ما شئت

"Maka jika sekiranya kamu tidak ada rasa malu dalam dirimu, maka lakukanlah apa yang kamu suka (HR Al-Bukhari).

Dalam syariat Islam, Allah menyuruh manusia menutup auratnya  bertujuan untuk memuliakan dan menghormati nilai diri setiap individu manusia sama ada muslim atau muslimah, bukan untuk menghina atau menyusahkan manusia, akan tetapi ia bertujuan untuk menentukan keperibadian manusia serta kemuliaannya di sisi Allah. 

Allah SWT berfirman dalam Al-Quran:

وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَىٰ كَثِيرٍ مِّمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلًا

Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.
(Q.S al-isra': 70).

Dari keterangan di atas jelas menunjukkan bahawa aurat itu sesuatu yang buruk dan memalukan, serta boleh membawa kepada mudarat dan bahaya yang akan timbul sekiranya ia di dedahkan.

Sesungguhnya Allah SWT telah mengharamkan aurat untuk didedahkan kerana ia dapat mencacatkan sifat dan darjat serta kemuliaan manusia, tidak sopan, menunjukkan akhlak yg rendah serta boleh membawa kepada kerosakan dalam kehidupan masyarakat.

Allah SWT berfirman dalam Al-Quran:

يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌ ذَٰلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).
(Q.S al- A'raaf: 26).

Wahai saudara-saudariku sekalian. Aurat adalah sesuatu yang amat berharga dalam hidup seorang muslim dan muslimah. Bentuk penghargaan kita terhadap aurat kita adalah dengan menjaga aurat kita dari pandangan mata orang lain yang tidak layak memandang aurat kita.

Mendedahkan aurat akan menimbulkan sifat riyak serta sombong pada diri dengan menunjukkan kecantikan serta ketampanan diri dengan membuka aurat dihadapan orang ramai yang tak sepatutnya  mereka melihat aurat kita.

Ya Allah.!! jauhkanlah kami dari perkara-perkara negatif yang akan menimpa hidup kami. Serta hindarkan lah kami dari pada mendedahkan aurat dalam hidup kami. Elakkanlah kami dari perkara yang akan mendatangkan bala kepada kami. Sesungguhnya Engkau adalah Zat yang Maha Memelihara hamba-hamba-Nya yang beriman. Aamiinn. !!

Wallahu a'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
(Ustaz Sihabuddin Muhaemin)

Tuesday, June 3, 2014

Sempurna diri dunia dan akhirat

- HADIS TERUNGGUL -

Daripada Saidina Khalid bin Al-Walid RA berkata:
“Telah datang seorang Arab Baduwi kepada Rasulullah SAW dan dia menyatakan tujuannya:

Wahai Rasulullah...!
Kedatanganku untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku didunia dan akhirat.”

Rasulullah berkata kepadanya:
“Tanyalah apa yang engkau kehendaki.”

Arab Baduwi itu berkata:
Aku mahu menjadi orang alim.

Baginda menjawab:
"Takutlah kepada Allah SWT"

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu menjadi orang paling kaya.”

Rasulullah menjawab:
“Jadilah orang yang yakin pada diri.”

Bertanya lagi Arab Baduwi itu:
“Aku mahu menjadi orang yang adil.”

Lalu dijawab oleh Rasulullah:
“Kasihanilah manusia lain seperti engkau kasih pada diri.”

Dia bertanya:
“Aku mahu menjadi orang paling baik.”

Baginda menjawab:
“Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu menjadi orang istimewa di sisi Allah.”

Dan dijawab oleh Rasulullah:
“Banyakkan zikrullah.”

Arab Baduwi itu bertanya:
“Aku mahu sempurnakan imanku.”

Baginda menjawab:
“Perelokkan akhlakmu.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsini (baik). “

Baginda menjawab:
Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya dan jika engkau tidak berasa begitu, sekurang-kurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau.”

Arab Baduwi bertanya lagi:
“Aku mahu termasuk dalam golongan yang taat,”

Lalu dijawab baginda:
“Tunaikan segala kewajipan yang difardukan.”

Dia bertanya lagi:
“ Aku mahu berjumpa Allah dalam keadaan bersih daripada dosa.”

Rasulullah menjawab:
“Bersihkan dirimu daripada najis dosa.”

Dia terus bertanya:
“Aku mahu dihimpun pada hari kiamat di bawah cahaya.”

Baginda menjawab:
“Jangan menzalimi seseorang.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari kiamat.”

Baginda berkata:
“Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain.”

Dia bertanya:
Aku mahu dihapuskan segala dosaku.”

Baginda menjawab:
“Banyakkan beristighfar.”

Dia berkata:
“Bagaimana pula aku mahu menjadi semulia-mulia manusia,”

Lalu baginda menjawab:
“Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain.”

Dia bertanya:
“Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia.”

Baginda menjawab:
“ Sentiasa menyerah diri (tawakal) kepada Allah.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.”

Baginda menjawab:
“Sentiasa berada dalam keadaan bersih (daripada hadas).”

Dia bertanya:
“Aku mahu termasuk dalam golongan yang dikasihi Allah dan rasul-Nya.”

Baginda menjawab:
“Cintailah segala yang disukai Allah dan Rasul-Nya.”

Dia bertanya:
“ Aku mahu diselamatkan daripada kemungkaran Allah pada hari kiamat.”

Baginda menjawab:
“Jangan marah kepada orang lain.”

Dia bertanya lagi kepada Rasulullah:
“Aku mahu diterima segala permohonanku.”

Baginda menjawab:
“Jauhilah makanan haram.”

Dia bertanya:
“ Aku mahu Allah menutupkan segala keabianku pada hari kiamat.”

Baginda pun menjawab:
“Tutuplah keburukan orang lain.”

Dia bertanya:
“Siapa yang terselamat daripada dosa?”

Rasulullah menjawab:
“Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, meraka yang tunduk pada kehendak-Nya dan meraka yang ditimpa kesakitan.”

Dia terus bertanya:
“Apakah sebesar-besar kebaikan disisi Allah?”

Baginda menjawab:
“Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala).”

Dia bertanya lagi:
“ Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?”

Baginda menjawab:
“Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.”

Dia bertanya:
“Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?”

Baginda menjawab:
“Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang.”

Dia bertanya lagi:
“Apa yang akan memadamkan api neraka pada hari kiamat?”

Baginda menjawab:
“Sabar didunia dengan bala dan musibah.”

Dan telah berkata Imam Mustaghfirin: “Aku tidak pernah menemui hadis sebegini lengkap merangkumi kesempurnaan agama dan kehidupan selain hadis ini.”

Saturday, May 24, 2014

Nikmat yang termampu

Ustaz Awang Rani, Kitab Hikmat (alhakam) 213, bulan lepas, lihatlah orang yang dibawahmu janganlah lihat orang diatasmu. Allah nak kita mensyukuri nikmat yang kita ada, nak elakkan sifat hasad dengki, bagi urusan akhirat lihatlah orang yang diatasmu. Rezeki yang Allah bagi kita sentiasa cukup.
Jangan bingungkan kepadamu datangnya kurnia Allah kepadamu bertimbun untuk menunaikan kewajipan mensyukurinya. Pertama ucap Hamdalah, ambil wuduk dan sujud syukur, gunakan nikmat yang dapat untuk Allah. Nikmat kejadian dan nikmat sejak lahir. Nikmat lanjutan sepanjang hidup. Perasaan demikian akan merendah harga dirimu sendiri.                       Kesyukuran bukan boleh diukur dengan betapa besar nikmat yang Allah bagi. Allah beri nikmat ikut kadar kemampuan kita. Nabi Daud a.s. ada berkata ya tuhanku anak adam ini kau telah beri nikmat rambut ke atasnya, maka bagaimana nak syukurnya. Allah kata aku beri sebanyaknya dan
Umar Abd Aziz seorang tabi'in ada berkata nilai hamdalah itu lebih besar dari nikmat yang Allah beri.
Khamis kedua 10/4/14

Monday, April 28, 2014

Mati di jalan Allah

Ustaz Fadhil Sabah, Surau Islamiah, Surah asSyams ayat 7-10, Syed Muhammad al-Razali kata dunia ibarat racun. Syiar orang Islam mati di jalan Allah sebagai cita-cita tertinggi. Pertama berdoa kepada Allah mohon dapat mati di jalan Allah, siapa diantara kamu yang mahu bersyahid, kita kena rasa dekat dengan Allah dulu, Imam Ahmad cerita pasal anaknya yang bertanya bila nak rehat, dia jawab bila kaki dah melangkah masuk ke dalam syurga. Perjuangan Islam amat panjang, surah attaubah yang bermaksud  kalau melambatkan turun berjihad maka terimalah azab dan akibatnya. Jadi satu dosa jika kita tak turun berjihad. Siapakah yang tak mahu dihimpun bersama para syuhadah, diarak oleh malaikat sambil disanjung menghala ke syurga, menjadi siulan para bidadari, bersama para nabi, sodikin dan syuhadak.
Kisah Khalid al-Walid, seratus peperangan telah dia masuk tetapi tetap mati di atas katil seperti matinya seekor unta. Syed Khuttub ada berkata, seumur hidup pernahkah kita berfikir tentang Islam dan tentang penderitaan hidup dan berapa kali kita bersyukur setelah mendapat kesenangan. Islam sama sekali tidak memerlukan kita tetapi kita amat perlukan Islam, cahaya sinar Islam takkan pernah terpadam. Seorang pemuda yang membawa fahaman yang berbahaya, Bens Ali kata kenapa tuhan mencipta khinzir tetapi mengharamkan dagingnya.
Sesuatu yang tidak ditakdirkan kepada seseorang tidak akan menimpa diri orang itu. Nabi bersabda ada tiga cabaran hebat iaitu wanita, harta dan takhta, nabi boleh dapat ketiga-tiga perkara asas dengan mohon kepada Allah. Nabi saw kata nak banyak harta kita kena banyak bersedeqah. Orang yang berjuang di jalan Allah hidupnya tak senang, tidurnya tak lena, tak pernah rehat.
Kisah Abu Qaisamah datang berjumpa nabi s.a.w dan memyatakan keinginan untuk bersama didalam perang Badar, hingga buat undi antara ayah dan anak, anak dia dapat pergi dan akhirnya syahid, bila malam bermimpi berjumpa anaknya di taman syurga, dia mohon agar dia dapat rezki syahadah. Akhirnya dia mati syahid di dalam perang Uhud. Nak sematkan semangat berjuang dalam Islam dalam jiwa bukannya mudah, banyak ujiannya.
Ramai orang boleh buat lima perkara dalam Rukun Islam tetapi tak boleh meyakini dan memahami syahadah, menerima hukum hakam dalam Islam. Ilmu yang kontroversi seperti berzikir sambil menangis. Soalan wajib sebagai persediaan menghadap Allah swt 1. Tanya kepada anak dah boleh ke mandikan dan solatkan jenazah ibubapa, 2. Tanya anak kepada mak ayah ada tak perkara yang tak diredhai, 3. Tulis atas kertas berapa tahun lagi nak hidup atas dunia. Isnin minggu pertama 6/1/14 8:30pm.

Thursday, April 17, 2014

Senyumlah..

Ustaz Rasydan Yunus
Surau Islamiah
Hadis 20

Nabi saw berkata kepada Abu Zar, Wahai Abu Zar senyumlah kepada sahabat kamu akan mendapat pahala.

Kenapa perlu bermasam muka, hingga tiga hari tak bertegur suatu sifat yang tak baik.

Sebarkan salam kepada semua mendoaakan kebaikan kepada orang lain. Senyum itu mencerminkan keadaan dalam hati. Senyum yang ikhlas dari hati akan dapat pahala, menyejukkan hati kita.

Hadis 21

Riwayat Abu Daud, tidak ada di antara dua orang muslim yang berjumpa dan berjabat tangan melainkan mendapat keampunan bagi kedua muslim tersebut sebelum mereka berpisah.