Monday, February 27, 2012

Carling League Cup Winner 2012

WOW!!! Magic Moments...

Can't help myself to keep smiling all day today...


Hope to have this moment again and again...

You'll Never Walk Alone..


Thursday, February 23, 2012

Sakaratul Maut

Penceramah : Ustaz Aziz Arof,
Tempat : Surau Islamiah,

kitab baru ms16, hal selepas mati. Tak ramai yang terselamat daripada sakaratulmaut, malaikat maut datang kepada orang yang nazak dalam keadaan yang elok bagi orang yang beriman tapi bagi orang kafir akan datang dalam keadaan yang paling buruk.

14 safa 656H jatuhnya kerajaan Khalifah Umar, ada 1 wabak yang merebak hingga negara Syria dan Iraq. Cerita surah Yasin negeri Atoqia daqwah 3 orang rasul yang ditolak malah dibunuh hanya seorang yang beriman. Lalu Allah arah malaikat untuk menghancurkan penduduk dengan hanya bertempik sahaja habis semua mati.

Cerita bunyi malaikat berdengkur yang didengari di seluruh dunia seperti sarawak dll. 3 tanda bahagia 3 celaka orang yang nazak. 3 tanda bahagia, air mata bertakung di kelopak mata, 3 tanda kecelakaan, muka kemerahan, bibir ketap, berpeluh.

Malaikat maut ketika datang kepada nabi ibrahim dia dah tunggu dalam rumah nabi yang berkunci.

Rasul saw didatangi dengan malaikat jibril, mikail dan 3 tentera malaikat maut.

Surah Gujerat 49:26 kemana kita pergi ada rasulullah. Malaikat rahmat dan ahzab ditunjuk
sbntar sblm mlkt maut tarik roh. Mlkt mkn, mlkt minum, mlkt nafas sblm mlkt maut. Sur arof 7:40. Langit 1 tk trbuka bg roh yg jahat.

Cite Nabi saw wafat, 3mlm solat jenazah tnpa imam. Mandi 6org waris trdkt.

08:19pm Sat 04-02-12

Wednesday, February 22, 2012

Sekolah Rendah Islam Al-Imtar




Petikan Taklimat oleh ustaz Husni Mohd Harun selaku Penasihat SRI Al-Imtar.

surah al-a'raf:189 dan surah al-furqan:74,

Hadis Nabi Muhammad s.a.w. ada bersabda,

"setiap anak dilahirkan fitrah maka tanggungjawab ibubapa yang menjadikannya yahudi nasrani atau majusi",

"apabila mati anak adam terputus darinya kecuali 3 perkara iaitu anak soleh, ilmu yang bermanfaat dan sadaqah jariah(riw muslim)"

Pendidikan iman, asas kepada asas kepada sgala ibadah dan kebaikan, kanak-kanak diajar rukun iman.

Pendidikan akhlak, himpunan nilai-nilai akhlak perlu diajar sebaik boleh memahami.

Pendidikan jasmani, praktis sistem pemakanan dan rehat yang baik, biasakan dengan aktiviti menguatkan fizikal.

Pendidikan minda dan aqal, membina fikiran.

Pendidikan sosial seperti kasih sayang, adil dan lemah lembut.

Pendidikan emosi dan psikologi, faham sifat berani yakin.

Method pendidikan islam, ibadat, contoh teladan, amr bi ma'ruf nahi mungkar,

Pendidikan hikmah dan bijaksana, bercerita, pendekatan dialog, targhib dan tarhib, tanam jiwa anak dengan
adab, adat dan perbuatan baik, menggunakan peristiwa yang berlaku di sekeliling, hukuman.

Nak tahu lebih lanjut boleh pergi ke website al-Imtar

Tuesday, February 21, 2012

Kekuatan Aqidah

Penceramah : Ustaz Yusri Musa
Tempat : Surau Islamiah, Ampang

Bulan Muharam bulan hijrah, bagaimana nabi menguatkan akidah para sahabat sehingga dapat menakluk dunia, iaitu melalui :-
A. Suci jiwa
B. Tarbiah diri
C. Janji kita kepada Allah, iaitu baiatul aqabah.

A. Suci Jiwa
Peristiwa Bilal bin Rabah dihimpit batu dan dijemur panas terik padang pasir. Dalam hati berkata Allah lafaz ahad.. Bayangkan kekuatan dalaman Bilal, peristiwa gua hira' nabi muhammad saw menerima ayat Al-Quran pertama daripada Malaikat Jibril, terkandung didalamnya hukum syariat yang tersurat iaitu
1.hukum hakam ibadah,
2.hukum munakahat
3.hukum muamalat
4hukum jinayah. Hukum syariat yg tersirat ada 2 perkara.

Al-Quran akan meninggalkan sesiapa yang
1. tak mahu membacanya,
2. pandai baca tapi taknak faham dan,
3.pandai baca, faham tapi taknak ia dilaksanakan.

Berkat membawa maksud bertambah kebaikan akhlak, muamalat.
Maksud yang tersirat pula ialah, iqra berzikir menyebut nama Allah bersama
99nama Allah, kitab riyadus solihin ada menyebut hidup ibarat mendayung
sampan sepertimana makna tersirat bagi huruf Ba, suci jiwa dengan
zikrullah, dunia akhir zaman sibuk hidupkan jasad tapi mati jiwa hati.

B. Tarbiah diri
Kelaparan, kita tak pernah lapar jasad tapi lapar jiwa batin akan menjadi
seperti binatang buas malah lebih teruk lagi dengan buang anak, bunuh
santau dll. Kita banyak menipu dengan Allah ketika duduk, diri, baring.

Kandungan Al-Quran sendiri dalam bentuk Zikr seperti
1. Ibadah yang perlu diulang seperti solat, puasa, zakat
2. Perlunya ada ilmu yang perlu diulang-ulang
3. Perlunya untuk bersama-sama masyarakat mencurah dan menyampaikan ilmu
4. Perlu ikhlaskan hati kerana Allah.

C. Janji kita kepada Allah
Janji kita kepada Allah dan Rasulullah s.a.w mesti terpahat dalam hati orang beriman iaitu berinfak, melaksana perkara baik, elakkan perkara yang mungkar dan buat perkara yang yang Allah suka.

Empat sifat yang perlu ada dalam setiap muslimin iaitu Alim (berilmu), abid (kerja), amil (kepimpinan) dan...

07:39pm Tue 13-12-11

Monday, February 20, 2012

Cara Bersih Hati


Penceramah : Ustaz Alif Maharis
Tempat : Surau Islamiah

Nabi Muhammad saw dibelah dada dibersih hati sebanyak 2 kali sepanjang hidupnya. Allah sentiasa memelihara rasul dan nabi yang bersifat maksum. Ulama mengajar kita cara-cara membersihkan hati. Terdapat 3 cara iaitu :-

1. Sentiasa datang ke majlis ilmu, kita perlu mewajibkan diri kita datang ke majlis sebagai solat fardu ke6, Nabi saw ada bersabda umpama majlis ilmu adalah seperti taman syurga yang kita perlu masuk ke dalamnya, banyak hadis dan syair yang menyebut kelebihan dan tak kurang
juga yang menyindir orang-orang yang tidak datang ke majlis ilmu,

Imam Muhammad bin Idris Assyafie kisah pada umur 9tahun duduk di rukun yemen
didalam masjid nabawi membaca AQ yang mana sesiapa yang mendengar pasti
akan menangis, 15tahun menjadi tempat rujukan atau reference sebelum ke
imam malik.

2. Ziarah tanah perkuburan untuk mengingatkan mati, bukan setakat sedekah yasin, untuk ingatkan diri sudah cukupkah persediaan kita menghadapi mati, kisah nabi sulaiman dan malaikat izrail dan mamat ni, waktu sesuai lawat kubur pada 2/3 malam berdasarkan hadis nabi saw, kisah nabi n aisyah pergi kubur dekat masjid nabawi.

3. Ziarah orang sakit, kita lihat bagaimana orang sakit makan minum dll, boleh menginsafkan diri, dapat menggembirakan orang yang sedang sakit, akan dapat pahala.

Ketiga-tiga cara ini adalah cara membersihkan hati secara fizikal, ada cara bacaan dll.

08:53pm Tue 14-02-12

Wednesday, February 15, 2012

Ibadat Yahudi dan Nasrani


Penceramah : Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman,
Tempat : Surau Islamiah,
Kitab Rujukan : Tafsir Ibnu Katsir,Surah al-Baqarah ayat 62

Kata-kata Ibnu Abid, Salman Alfarisi pernah bertanya dengan Nabi Muhammad s.a.w. tentang ibadat yang dilakukan oleh kaum Yahudi dan Nasrani, keimanan mereka yang berpegang dengan Taurat yang diturun kepada Nabi Musa, bila datang Nabi Isa dan Injil, mereka yang tinggalkan sunnah Nabi Isa akan binasa, dan barangsiapa yang tidak mengikut syariat Nabi Muhammad selepas datang Al-Quran, ibadat mereka takkan diterima.

Maksud yahudi atau hawadah iaitu taubat atau balik daripada maksiat kepada Allah.

Ibadat yang nampak macam ibadat tapi bukan ibadat, syiar Islam yang seperti disembunyikan dan syiar agama lain dibesar-besarkan.

Nasrani pula adalah golongan yang suka menolong.

Mukminin pula umat yang beriman dengan sesungguhnya.

Apabila kamu redha agama dan redha akhlak pasangan kamu maka hendaklah kamu bernikah.

09:11pm Wed 15-02-12

Tuesday, February 14, 2012

Hijrah Fizikal

Oleh : Ustaz Faisal
Tempat: Masjid KLCC

Hijrah dalam ertikata yang sebenar mesti berhijrah fizikal. Untuk lari dari sesuatu atau mencari sesuatu. Terdapat 14 jenis hijrah yang ada dalam Tafsir al-Quttubi. Dalam hidup mesti ada penghijrahan bukan setakat hijrah sikap atau hijrah dari negeri kafir ke negeri Islam. Ada halangan untuk hijrah fizikal iaitu hilang suatu perkara yang disayang.

Allah ada berfirman yang bermaksud apabila kamu berhijrah maka akan diganti dengan perkara yang lebih baik berkali ganda. Contoh: peneroka felda, orang-orang cina yang datang dari negara China. Hijrah akan menjadikan kita lebih berusaha untuk hidup ataupun survival.

5 diskaun untuk org hijrah/musafir:-

1.Rakaat solat - orang yang bermusafir diberikan kemudahan oleh Allah swt untuk memendekkan rakaat dalam solat-solat fardhu iaitu mengqasarkan dan juga menggabungkan dua solat fardhu yang tertentu iaitu menjamakkan solat.

2.Puasa ramadhan - orang yang bermusafir juga turut mendapat keringanan dalam menjalankan ibadat puasa iaitu dibenarkan berbuka puasa pada ketika dalam perjalanan yang jauh.

3.Solat jumaat - tidak diwajibkan untuk menunaikan solat fardhu jumaat ketika masih dalam perjalanan.

4. Korban - tidak perlu melakukan ibadah korban

5. Wuduk tanpa buka kasut.

Kesimpulannya, bagi umat islam yang ingin berhijrah, semangat mesti ditanam dalam hati untuk mencari sesuatu yang lebih baik. Tak perlu takut untuk berhijrah.

Satu persoalan - Kenapa orang yang berhijrah akan menjadi lebih kaya dan berjaya?

08:28pm Wed 01-12-10

Wednesday, February 8, 2012

Shut down...

My reliable sources was shut down... voluntarily... after long helpful years...



I had enjoyed every moment that you gave me...

Hopefully you will be back some time in near future... All the best.

Friday, February 3, 2012

Salam Maulidur Rasul 1433H






Highway Traffic Updates



Memang tak larat nak merempuh kesesakan trafik dalam Bandaraya Kuala Lumpur. Apalagi jika anda dalam keadaan nak pergi ataupun balik kerja. For certain places and certain occasions, it will be jammed LIKE HELL! Tapi gambar atas nih lokasinya masih lagi di dunia iaitu di Subang pada jam 7.46PM bukan di neraka...

Tapi, kat sini aku nak bagi satu advice yang aku rasa berbaloi sebelum korang terus masuk mana-mana highway dan terus rempuh buta-buta traffic jam depan mata. Ada baiknya kalu before keluar rumah atau office, korang check website LLM nih...



ataupun klik sini, mungkin korang dapat merancang perjalanan melalui route yang terbaek untuk sampai ke destinasi dengan selamat dan cepat. Dalam website tersebut, LLM telah memberikan imej-imej CCTV daripada hampir kesemua lebuhraya dibawah pengurusan mereka. Dan imej-imej ini sentiasa up-to-date 24 jam. Just reload imej yang anda buka.

Peringatan ini ditujukan khas kepada mereka yang bakal dan sentiasa merempuh traffic jam di lebuhraya utama setiap hari. Pastinya korang jugak tak dapat menduga bila highway di kawasan korang mula jammed macam apa yang aku lalui.

Tapi kalau dah terror sangat dan dah bule predict sendiri, tak perlulah nak ikut advice aku ni, ye tak?.. heheh..

So, selamat mencuba dan moga sampai ke destinasi anda dengan CEPAT dan SELAMAT..

[sumber: LLMtrafik]

Thursday, February 2, 2012

2012 World Future Event



Hmm... Acara besar dunia untuk tahun 2012.. ada dua perkara yang aku kisah, yang lain ada aku kisah?.. heheh..

1. UEFA Euro 2012 di Poland dan Ukraine pada 8 Jun hingga 1 Julai



dan...

2. NASA's Mars Science Labs mendarat atas planet Marikh pada 6 hingga 20 Ogos.



Kita dah boleh sampai ke planet Marikh? Betul ke ni?... Aku masih kat mana...

[sumber: simplecleareasy]

Wednesday, February 1, 2012

Doraemon dan terjemahannya

Aku memang minat Doraemon dari kecik... tapi sampailah ke hari ini aku masih tak faham apa maksud lagu Doraemon yang best ini... sehinggalah pada saat ini aku baru terjumpa terjemahan lagu ini... Sangat teruja!




Dan lagi, dapat bertemu dengan penyanyi asal lagu ini... masih hidup atau tidak makcik ni...



Berdasarkan maklumat dari pakcik Wiki, Doraemon lahir pada Disember 1969 yang mana ia adalah sebuah kucing robot yang boleh travel back in time. Dipanggil juga Doraemon: Gadget Cat from the Future di sesetengah negara.

Yang menariknya pada tahun 2002, anime character ini telah diwarwarkan sebagai Asian Hero dalam satu survey khas yang dijalankan oleh majalah Time Asia. Adakah doraemon hero anda?

[sumber: wiki]