Wednesday, February 15, 2012

Ibadat Yahudi dan Nasrani


Penceramah : Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman,
Tempat : Surau Islamiah,
Kitab Rujukan : Tafsir Ibnu Katsir,Surah al-Baqarah ayat 62

Kata-kata Ibnu Abid, Salman Alfarisi pernah bertanya dengan Nabi Muhammad s.a.w. tentang ibadat yang dilakukan oleh kaum Yahudi dan Nasrani, keimanan mereka yang berpegang dengan Taurat yang diturun kepada Nabi Musa, bila datang Nabi Isa dan Injil, mereka yang tinggalkan sunnah Nabi Isa akan binasa, dan barangsiapa yang tidak mengikut syariat Nabi Muhammad selepas datang Al-Quran, ibadat mereka takkan diterima.

Maksud yahudi atau hawadah iaitu taubat atau balik daripada maksiat kepada Allah.

Ibadat yang nampak macam ibadat tapi bukan ibadat, syiar Islam yang seperti disembunyikan dan syiar agama lain dibesar-besarkan.

Nasrani pula adalah golongan yang suka menolong.

Mukminin pula umat yang beriman dengan sesungguhnya.

Apabila kamu redha agama dan redha akhlak pasangan kamu maka hendaklah kamu bernikah.

09:11pm Wed 15-02-12

No comments: