Penceramah : Ustaz Alif Maharis
Tempat : Surau Islamiah
Nabi Muhammad saw dibelah dada dibersih hati sebanyak 2 kali sepanjang hidupnya. Allah sentiasa memelihara rasul dan nabi yang bersifat maksum. Ulama mengajar kita cara-cara membersihkan hati. Terdapat 3 cara iaitu :-
1. Sentiasa datang ke majlis ilmu, kita perlu mewajibkan diri kita datang ke majlis sebagai solat fardu ke6, Nabi saw ada bersabda umpama majlis ilmu adalah seperti taman syurga yang kita perlu masuk ke dalamnya, banyak hadis dan syair yang menyebut kelebihan dan tak kurang
juga yang menyindir orang-orang yang tidak datang ke majlis ilmu,
Imam Muhammad bin Idris Assyafie kisah pada umur 9tahun duduk di rukun yemen
didalam masjid nabawi membaca AQ yang mana sesiapa yang mendengar pasti
akan menangis, 15tahun menjadi tempat rujukan atau reference sebelum ke
imam malik.
2. Ziarah tanah perkuburan untuk mengingatkan mati, bukan setakat sedekah yasin, untuk ingatkan diri sudah cukupkah persediaan kita menghadapi mati, kisah nabi sulaiman dan malaikat izrail dan mamat ni, waktu sesuai lawat kubur pada 2/3 malam berdasarkan hadis nabi saw, kisah nabi n aisyah pergi kubur dekat masjid nabawi.
3. Ziarah orang sakit, kita lihat bagaimana orang sakit makan minum dll, boleh menginsafkan diri, dapat menggembirakan orang yang sedang sakit, akan dapat pahala.
Ketiga-tiga cara ini adalah cara membersihkan hati secara fizikal, ada cara bacaan dll.
08:53pm Tue 14-02-12
No comments:
Post a Comment