Tempat: Masjid KLCC
Hijrah dalam ertikata yang sebenar mesti berhijrah fizikal. Untuk lari dari sesuatu atau mencari sesuatu. Terdapat 14 jenis hijrah yang ada dalam Tafsir al-Quttubi. Dalam hidup mesti ada penghijrahan bukan setakat hijrah sikap atau hijrah dari negeri kafir ke negeri Islam. Ada halangan untuk hijrah fizikal iaitu hilang suatu perkara yang disayang.
Allah ada berfirman yang bermaksud apabila kamu berhijrah maka akan diganti dengan perkara yang lebih baik berkali ganda. Contoh: peneroka felda, orang-orang cina yang datang dari negara China. Hijrah akan menjadikan kita lebih berusaha untuk hidup ataupun survival.
Allah ada berfirman yang bermaksud apabila kamu berhijrah maka akan diganti dengan perkara yang lebih baik berkali ganda. Contoh: peneroka felda, orang-orang cina yang datang dari negara China. Hijrah akan menjadikan kita lebih berusaha untuk hidup ataupun survival.
5 diskaun untuk org hijrah/musafir:-
1.Rakaat solat - orang yang bermusafir diberikan kemudahan oleh Allah swt untuk memendekkan rakaat dalam solat-solat fardhu iaitu mengqasarkan dan juga menggabungkan dua solat fardhu yang tertentu iaitu menjamakkan solat.
2.Puasa ramadhan - orang yang bermusafir juga turut mendapat keringanan dalam menjalankan ibadat puasa iaitu dibenarkan berbuka puasa pada ketika dalam perjalanan yang jauh.
3.Solat jumaat - tidak diwajibkan untuk menunaikan solat fardhu jumaat ketika masih dalam perjalanan.
4. Korban - tidak perlu melakukan ibadah korban
5. Wuduk tanpa buka kasut.
Kesimpulannya, bagi umat islam yang ingin berhijrah, semangat mesti ditanam dalam hati untuk mencari sesuatu yang lebih baik. Tak perlu takut untuk berhijrah.
Satu persoalan - Kenapa orang yang berhijrah akan menjadi lebih kaya dan berjaya?
08:28pm Wed 01-12-10
No comments:
Post a Comment