Penceramah : Ustaz Rashdan Yunus,
Tempat : Surau Islamiah,
Kuliah Maghrib,
Aidilfitri memberi maksud agama Islam sebagai agama fitrah umat manusia,
Zaman dahulu orang Mekah sambut raya dengan melempar darah binatang ke dinding Kaabah, tawaf diwaktu malam dalam keadaan berbogel,
Nabi s.a.w datang membawa nikmat agama fitrah, Nabi pergi ke Madinah orang ansar diberitahu bahawa agama Islam membenarkan umatnya menyambut raya bukan sekali tetapi dua kali, dan ajaran islam tidak berlawanan dengan fitrah.
Saidina Ali kata hati juga boleh letih seperti badan maka rehatkanlah ia.
Ketika aidilfitri Saidina Abu Bakar datang ke rumah Nabi Muhammad s.a.w. anak-anak baginda sedang bernyanyi sambil bergendang. Nabi ada berkata biarlah kita boleh tunjukkan bahawa Islam ada masa untuk bergembira.
Dalam gembira kena cari pahala murah rezki kena hubungkan silaturahim sesama saudara dan sahabat, tolong menolong atas dasar kebajikan dan taqwa, silaturahim makna hubungan keluarga berkasih sayang,
Allah berkata terputus sillaturahim antara hamba-hambaku maka aku akan putuskan hubungan aku dan dia. Balasan Allah paling cepat bila orang itu bersifat zalim atau cuba memutuskan sillaturrahim.
Nabi kata orang perangai buruk adalah orang yang suka bergaduh. 2 kali buruk orang yang taknak maafkan orang lain. 3 kali buruk orang yang benci masyarakat dan masyarakat benci kepada dia.
Penyebab putus hubungan adalah buruk sangka dan cemburu berlebihan antara suami isteri. Akan termasuk dalam golongan orang yang fasik.
08:44pm Sun 02-09-12
No comments:
Post a Comment