Tuesday, September 4, 2012
The Hunger Games (2012)
Bermakna permainan mendesak. Berdasar novel yang ditulis oleh seorang pemudi Amerika, Suzanne Collins ketika beliau berusia 16 tahun.
Cerita tentang seorang anak dara yang pandai memburu dengan menggunakan panah. Tinggal bersama ibu dan seorang adik perempuan usia 10-12tahun, di suatu kawasan yang dinamakan District 12. Terdapat 12 Daerah didalam sebuah negara yang beribu negarakan Corpucaine.
Sebuah negara maju dengan pelbagai teknologi termasuk suatu permainan survival ala reality tv yang mana setiap daerah diwajibkan menghantar wakil seorang lelaki dan seorang perempuan. Daripada 24 orang tribute hanya seorang diperlukan untuk menjadi juara tahunan.
24 orang tribute ini akan dibawa masuk ke dalam gelanggang yang besar dan luas dan dilengkapkan dengan ratusan kamera dan beberapa pengatur permainan hanya perlu menekan skrin untuk mengawal dan sebagainya.
Hunger Games, cerita yang agak menarik dan tidak mengusutkan fikiran. Tak percaya ? boleh tengok trailer ini...
11:03pm Tue 04-09-12
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment