Tuesday, September 25, 2012

Tips Masuk Syurga,

Penceramah : Ustaz Hamizan Mohd Shah,
Tempat : Surau Islamiah,

Orang Kristian pun nak masuk syurga, yahudi pun claim bangsa paling mulia dan layak masuk syurga, tetapi tidak lagi selepas mereka membunuh nabi, tidak beriman & beramal soleh.

Hadis Muaz bin Jabal datang jumpa Rasulullah, ya Rasulullah apa amalan nak masuk syurga dan jauh dari neraka, nabi kata soalan kamu sangat besar, sesungguhnya sangat mudah bagi orang yang Allah mudahkan kepadanya, dari logik akal solat mula dari ambil wuduk, masa solat dari 1 minit hingga setengah jam.

Syarat
1. Apa sahaja aktiviti hanya sembah Allah tak sekutukan Allah, syirik kecil contoh sakit pergi klinik nak mc, ambil ubat tidak bergantung kepada bukan Allah,
2. Jangan tinggalkan solat walau macamanapun sakit tidur atau perang
3. Tunai zakat
4. Puasa bulan Ramadan
5. Pergi haji bila mampu jangan tangguh.

Muaz hendakkah aku tunjuk kepada kamu pintu kebaikan (amalan sunat)
1. Puasa itu perisai, elak buat mksiat
2. Sedekah, bukan untuk orang kaya sahaja, dapat hapuskan kesalahan seperti api disimbah air, dua mkhluk Allah tidak buat selagi malaikat dan para nabi dan rasul, sura abasa, kesalahan kecil tidak perasan, duit sedekah infak itulah milik kita dan kekal hingga akhirat.
3.Orang solat malam bertahajud, jiwa akan tenang.

Pokok kepada segala urusan dalam dunia adalah Islam, letak Islam di atas segala perkara. Tiang kepada Islam adalah solat. Puncak Islam adalah jihad menentang kufar. Bagitau kamu siapa yang kawal semua ini adalah lidah kita. Berapa ramai yang masuk neraka hanya kerana lidah.    

07:54pm Tue 25-09-12

No comments: