Saturday, October 13, 2012

Ibadah Korban & Keikhlasan Menuntut Ilmu


Penceramah : Ustaz Mazlan Awang,
Tempat : Masjid Bandar Baru Ampang,


Ibadah Korban

Hadis Nabi s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:-

Tiada yang lebih mulia dari mengorbankan binatang ternakan kerana darahnya akan sampai ke sisi Allah sebelum ia jatuh ke tanah.

Korban wajib tidak dibenarkan kepada tuan dan keluarganya memakan daging sembelihan hanya korban sunat yang dibolehkan. Tidak memadai (tetapi sah) korbannya jika penerima korban terdapat orang kaya dan berada. Juga tidak digalakkan diberi kepada orang bukan Islam.

Keikhlasan Menuntut Ilmu

Surah kahfi:110 menerangkan tentang ibadat dan menuntut ilmu kena ikhlas kerana Allah jika tidak akan jatuh syirik.

Hadis 33 mencari ilmu untuk mencapai keredhaan Allah, jika mengharap habuan dunia nescaya tidak akan dapat mencium bau syurga.

Bersih hati untuk terima ilmu agama untuk diamal bukan berdebat atau perlekeh orang lain.
Imam al-Ghazali ada 3 penuntut
1. Kerana Allah dan selamat dunia akhirat.
2. nak dapat kekayaan, kemuliaan dan tahu perbuatannya syirik tetapi kalau sempat bertaubat dan tukar niat baru jadi orang yang berjaya. Kalau tak sempat, su'ul khotimah. Nauzubillah.
3. Untuk dapat pangkat tinggi di dunia dan mulia di sisi Allah. Pakaian ulama tapi menjual agama maka binasalah dia.

07:49pm Mon 15-11-10

No comments: